23.6.15

Life in Dubai : This is how we end up here, far away from the motherland..

Assalamualaikum..

hye hye... ahahahaha mesti terperanjatkan tetiba ada entry baru.. jom jom mari kita terus merepek..

Tajuk mmg sangat gempak, ehh sebelum tu selamat menyambut bulan penuh keberkatan, selamat berpuasa hari keenam, walaupun uols dah berbuka iols masih berpikir nak masak berbuka lauk apa ^_^ tapi takpe mari update belog dulu..

Alhamdulillah, kami sekeluarga telah terdampar di bandar bernama Dubai.. Telah mula membina kehidupan baru, mula mencari rentak, mula membina rutin.. just the four of us, tapi uols masih di dalam hati ini!! awww *homesick melampau mengalahkan mase duduk asrama*

Saya dah lama berangan nak mencuba nasib duduk di negara orang, jauh dari keluarga, kawan2 dan my comfort zone.. Alhamdulillah jadi kenyataan walaupun bukan sesempurna seperti yang diimpikan..

Saya dapat tahu hubby dapat tukar ke Dubai bulan Dec 14, tapi masih belum confirm sepenuhnya.. Bulan Jan 15 arahan untuk dia sediakan semua keperluan, tiket untuk kami ready untuk terbang akhir bulan.. Saya bercuti sebulan (tambah seminggu cuti kecemasan!!) ikut hubby ke sana dengan anak2.. Alhamdulillah selesai semua urusan dalam waktu yang ditetapkan; dapat cari apartment, selesai visa residents untuk kami anak beranak dan dapat cari sekolah untuk Iskandar (mencabar!!!).. Walaupon semua selesai tapi perbincangan/perdebatan mengenai our future masih berterusan.. Samada saya akan cuti tanpa gaji (CTG) atau teruskan kerja tp perlu berjauhan masih jadi topik hangat..

Balik bercuti saya apply CTG dengan nota yet to be confirm, boss bising "nak cuti ke taknak ni?!!" tapi saya kerja je macam biase hahaha.. Selepas berminggu perbincangan melalui What'sapp dan Skype berterusan, ambil kira pandangan semua, akhirnya kami setuju untuk saya teruskan dengan CTG dan pindah ke Dubai dan keluarga kami bersatu hahahahaha *itu pun susah nak buat keputusan kan*

Selepas lebih 2 minggu, saya masih rindukan Malaysia dan semua.. Masih cuba menerima kenyataan saya sedang bercuti panjang dan tak perlu kerja.. Cuba untuk menjadi stay-at-home-mum (sahm) yang terbaik untuk anak2.. Ramai orang cakap seronok lah dapat cuti panjang, but for me hmmmmm ntah la mungkin belum lagi rasa seronok tu kot.. tunggu la lagi 3 tahun kalau2 saya terus resign taknak kerja ^_^

Kadang2 saya masih lagi berbunyi "kenapa lah u tak kena posting kat London ke, Paris ke...." dan jawapan hubby "bersyukur sayang!! bersyukur" hahahaha memang suka nak kena tazkirah kan..

So far aktiviti harian seperti surirumah yang lain, cuma tambahan saya ialah menjadi tarzan hahahaha.. Iskandar akan mula sekolah bulan Sept, meanwhile duduk kat rumah cari gaduh dengan Iman dan asik tengok cartoon, suruh study memang boleh buat gaduh tp saya bawak rotan, nasib baik kat sini merotan anak bukan satu kesalahan, kalau tak tambah la lagi satu kes mak kena masuk penjara sebab rotan anak!!!

Rumah masih belum lengkap sepenuhnya, masih menunggu barang dalam kontena dari KL, hopefully boleh sampai seperti planning, kalau tak raya kita makan nasi putih je, ketupat segera semua dalam tu.. Barang paling penting dan dirindui adalah the weighing scale, ntah bape la kilo dah terkumpul ni T_T

Okay, I'll be back again ye.. Insya Allah, semoga anak2 behave dan mak boleh terus berbelog ^_^

Till then.... I miss u so much..

bye..

xoxo,

No comments: