18.8.14

superMAK activated!!!

assalamualaikum..

first day hantar Iman pegi sekolah... homaiii!! homaiii!! tak sabar nak tunggu 5.30 p.m nak punch out pastu berdesupppp pegi sekolah amik anak2... lambatnya nak balik!! keras kejung dh tunggu ni hahahaha

Lain rasenya bila tinggalkan anak2 kat rumah dan hantar diorng pergi sekolah.. Mummy pon gigih kul 6 pagi dah terpacak kat dapur masak bubur untuk bekalan Iman.. Lunch hour tadi balik rumah rase kosong je anak2 takde, plan asal nak qada' tido tapi mood rajin nak mengemop lantai pulak hahaha gile rare mood tu!!! pastu berkejar balik opis sebab despatch myeg dah sampai nak hantar roadtax getz yang dah mati 3 minggu lepas huhu..

Alhamdulillah kehidupan masih under control walaupun terpaksa menjadi superMAK kepada 2 orang budak lelaki yang aktif dan comel.. Semua kerja rumah kena buat sendiri, masak untuk makan anak2 dan lain2 lagi.. 

Ok memang poyo jugak la entry hari ni, walaupon mak2 bekerjaya yang lain dah lama buat apa yang saya buat ni dan takde komplen pon.. huhuhu saya tak sangka saya berjaya menempuh kehidupan tanpa maid dan suami disisi o_O padahal baru sehari je pon!!! another few days to go sebelum bantuan kemanusian dari Miri sampai... 

Dah la, merepek je lebih.. 

Ni gambar yang cikgu hantar thru wasap, lega sikit bila tgk Iman ok2 je kat sekolah, bagus betul cikgu ni memahami perasaan ai, ke mummy yg terlebih over emo?!! erkkkk


first time bersosial haha sebelum ni tgk muka bibik je..
kat umah pon tak tido dalam babycot.. berjaya cikgu tidokan Iman, kagum i!





Actually PASTI tak amik budak2 bawah 3 tahun tapi atas dasar kasihan dan hubungan baik kami selama Iskandar sekolah kat sana, pihak pengurusan atas sokongan cikgu2 terima jugak Iman untuk sementara ni, sampai hujung bulan je.. Kalau sampai hujung bulan tak dapat maid ganti memang berkampung la anak2 kat opis mummy..


Ok dah, nak tunggu depan punch clock hahahaha..

bye!! 


Luv,

No comments: