10.7.14

Ramadan Kareem!!! 1435H.. WC dan Gaza




assalamualaikum..

salam 12 Ramadhon.. selamat berpuasa semua.. 

Lama tak bersiaran... Kehidupan masih seperti biase dan diteruskan huhuhu.. Cuma takde mase nak update blog tapi sekali sekala ada juga mencelah di instagram.. 

Bulan Ramadan penuh keberkatan ni saya belum lagi mengasapkan dapur, sahur or berbuka semua guna khidmat bibik je.. Biase bibik masak untuk berbuka je, tu pon 2 jenis lauk je.. Kadang2 akak jiran sebelah hantar kueh, dah ada 3/4 piring dia kat umah belum pulangkan lagi sbb tak tau nak isi apa.. Param pon belum penah jejak kaki lagi.. Sahur biasenya saya sorang2 je tercongok kat dapur sebab bibik jenis tak bangun sahur.. So sebab sorang2 minum air je lah, cam tak berbaloi nk memanaskan lauk pauk segala padahal makan sorng2.. Tunggu hubby balik ke darat lah baru meriah sikit atas meja dengan makanan kot.. Tapi bagus jugak macam ni, kurang sikit makan, harap2 buleh la turunkan berat badan!!!

Sekarang tengah musim WC tapi saya memang tak amik port.. Biase bace status kawan2 update kat fb je, macam2 ulasan sukan ada hehehe menghiburkan macam bace komik Ujang!! 

Tapi saya takde la koman sangat occayyy!! saya tau Brasil as tuan rumah kena belasah dengan German sampai 7-1, semua cakap samba dah jadi sambal.. Bagus lah tu makan nasi brasmathi dengan sambal belacan pon sodap!!! Final will be between Argentina and German.. Knowing my hubby, walaupon Italy dah kalah teruk tapi dia mesti sokong Argentina.. Iskandar pon mesti pilih Argentina sebab jersey warna biru, si Izz tu bila tgk match bola je tak kira pasukan apa yang main (dia bukan tau pon) pilihan dia mesti pasukan yang pakai jersey biru!! hurmmm pilihan saya? takde keje la makcik nak menyokong bola2 ni.. lagipon JDT pon dah menang aritu hahahaha takde kaitan!! tapi saya masih berharap Malaysia akan masuk WC one fine day, so bolehlah saya menyokong dengan sepenuh hati... insya Allah (doa bulan pose ni semoga dimakbulkan... aminn...)  

Cuma harapan saya, walaupon kita sibuk dengan musim sahur bola berbuka bola ni, jangan lupakan saudara seagama kita sedang diuji dengan meriam dan perluru di Palestine.. Semenanjung Gaza sedang bergolak lagi.. Bila tengok gambar2 yang ramai share di fb mengenai Gaza memang sayu hati especially gambar budak2 yang bergelimpangan, darah merata2 dan jasad2 kecil.. Ya Allah!! besarnya dugaan mereka di bulan yang mulia ni.. sedeh hati bergenang airmata.. Cuma bila pikir mereka semua syahid saya gembira dan beruntung sungguh meraka.. Kita yang hidup ni tak pasti lagi macam mana kesudahan kita.. 

Di kesempatan bulan Ramadan penuh berkat ini, kita sama2 lipatgandakan amalan dan tambah pelaburan di akhirat dengan hulurkan sumbangan dan derma iklas pada saudara seislam kita di sana.. Banyak NGO yang boleh kita salurkan sumbangan dan mereka akan gunakan untuk beli keperluan dan juga ubat2an bagi masyarakat Islam di sana.. Bayangkan bulan puasa dan negara sedang berperang, nauzubillahhiminzalik.. bersyukur la kita hidup di negara yang aman walaupon tidak 100% selamat ni.. setidak2nya pasar ramadan masih ramai orang datang bershopping.. Apa lagi yang kita mahukan!!! 

Antara website yang boleh kita korek maklumat untuk hulurkan sumbangan dan derma ke Gaza;

Islamic Relief 
Aman Palestine 
Aqsa Syarif




dan banyak lagi... sila tanya pakcik google..

Btw ada juga yang tanya saya bila saya usulkan cadangan sumbangan derma pada NGO2 di atas untuk tabung Gaza, betul ke akan sampai duit derma kita tu? or confirm ke NGOs tu telus? well itu semua antara mereka dan Allah, yang penting diri kita sendiri, apa yang kita nak buat kalau asik nak cari salah orang.. Kita dah niat derma Allah akan terima niat kita, kita bagi duit, itu urusan badan2 NGOs untuk tindakan sewajarnya.. Jangan di susahkan benda yang mudah, kita buat tanggungjawab kita mereka buat tanggungjawab mereka.. Insya Allah kalau kita ikhlas, takde la susah hati ke mana duit derma tu pergi...

Selain daripada tu, saya jugak nak galakkan kita teruskan boikot barangan Israel, walaupon memang agak sukar.. saya sendiri pon masih lagi mencuba untuk terus istikhomah, walaupun tak mampu nak boikot semua, sekurang2nya tidak dapat boikot 100%, tidak la langsung terus tak boikot 0% kan.. Tak mati kot kalo tak minum starbuck tu or boleh cari alternatif lain, coffee bean perhaps!! McD pon sama tapi saya pon agak sukar nk totally say no.. cuma kita buat apa yang kita mampu ye same2..

Teruskan berdoa dan semoga doa semua umat Islam di bulan penuh barakah ini menjadi kenyataan.. Dan kita kena yakin satu hari nanti bila Allah perkenankan semua umat Islam akan bersatu dan menentang semua musuh Allah dan Islam akan menang.. Allahhu Akbar!!!! 

Apa2 pon kita sama2 mengutuk serangan Yahudi Israel Laknatullah.. semoga semua orang Yahudi mendapat balasan setimpal daripada Allah swt..

Dan untuk kita juga bila kena tanya dengan Allah nanti apa yang kita dah buat untuk saudara di Palestine, kita dah ada jawapan ^_^





Sekian tazkirah dari setazah marhani hehehehe kita cuma sampaikan benda yang baik2 ye untuk perkongsian bersama..

Again untuk semua readers, selamat menjalani ibadah puasa.. Banyakkan amalan dan mari kita berlumba untuk perolehi keredhaan dan keberkatan Ramadan..

salam manis ^_^



Luv,

1 comment:

Nuratika Aziz said...

couldnt agree more with you akak..sama2lah kita doakan rakyat Palestin :'(

btw,selamat beraya dengan hubby akak :DD