22.5.14

Bercuti di Bandung, Indonesia.... part 3

assalamulaikum..

Hello again.. saya sedang berusaha sedaya upaya untuk selesaikan cerita2 Bandung ni supaya tak menjadi cercaan orang ramai hehehe

Sorry jugak kalau cerita cuti saya ni macam takde kesinambungan dan melompat2.. saya cuba update dan cerita sebaik mungkin tapi kadang2 macam ehh-penting-nak-masuk-point-ni!! tu yang jadi macam caca merba -__-

Sebelum continue, saya nk share sikit pasal itinerary yang saya dah buat sebelum pergi bercuti.. Ni pon dah lama buat, plan bersungguh siap bace dan analisis semua pengalaman orang (bace kat blog dan juga tripadvisor), alter sikit2 untuk jadikan "my perfect Bandung's itinerary" hahahahaha.. Basically this trip untuk bawak anak2 makan angin dan sight seeing.. Tapi aktiviti "shopping till ur drop and finish all the rupiah inside hubby's wallet" tetap ada.. Masuk sekali la niat nak cari baju raya dan juga nak beli baju anak2 yang dah semakin membesar..

Semua maklumat dah ada dan saya target on the last day sebelum bercuti sambil2 buat kerja di opis (hehehehe memang taklah kan, otak dah pikir cuti, camno nak buat kerja!!) saya nak compile semua itinerary yang the bestest itu..

Tapi manusia hanya merancang sob sob sob.. itulah hari my maid lari meninggalkan Iman keseorangan di rumah.. So dah takde pikir dah apa jadual nk buat kat Bandung.. Saya pon dah takde mood dan dalam hati kita redah je lah..

Tapi dalam kepala otak masih lagi ingat apa tempat yang wajib kena lawat, iaitu; 

untuk sight seeing
  1. Gunung Tangkuban Parahu
  2. de Ranch
  3. Kampung Gajah
  4. Lembang Floating Market
untuk shopping
  1. Pasar Baru
  2. FOs Jalan Dago, Jalan Riau dan Jalan Cihampelas
  3. Kartika Sari
tempat makan
  1. Sindang Reret, Lembang
  2. Sapu Lidi, Cihampelas
  3. Stone Cafe, Dago Atas

Tapi berbalik kepada hukum alam, kita hanya merancang Allah jua yang menentukan dan DIA maha mengetahui apa yang lebih baik untuk kita.. So apa yang dirancang tidaklah sepenuhnya menjadi kenyataan.. 

Ok mari kita teruskan...


HARI PERTAMA (SATURDAY)

Ni dah cerita dalam part 1 dan part 2... Basically kami sampai pon dah petang, checkin hotel dan pegi makan serta groceries shopping di Cihampelas Mall.. Selesai hari pertama..



HARI KEDUA (SUNDAY) 

Hari bermalas malasan di hotel, masih tiada mood sebenarnya tapi bila pikir2 balik ape kejadah aku nak emosional sangat bibik lari? hahahaha 

So lepas anak2 semua siap dan selesai solat jamak, kami keluar hotel dalam jam 1 petang, hajat dihati nak pegi lunch kat RESTORAN SAPU LIDI Jalan Cihampelas tapi dimaklumkan oleh staf hotel yang kedai tu dah "dibongkar" (dah tutup dan dipecahkan) owhhhh kecewa jadi kami terus ke Cihampelas Mall cari makanan.. Selesai makan, Iskandar ajak main di game centre.. Agak besar jugak la tempat game dia dan ramai jugak orang, every game lepas kita main akan keluar tiket, kumpul2 tiket tu boleh tukar dgn barangan kat kaunter.. Yang seronok kat sini mestilah Iskandar dan abah dia.. Iman bagi belon cukuplah nak buat dia terhibur.. Lama jugak tunggu diorng habis main sampai saya cakap "kalau setakat nak main game baik main kat AEON AU 2 je!!!" tensen mak... 

main game.. hoyeahh!!!
mummy boring nak oii!! ni tak masuk dalam agenda ni..

Lepas kul 3 baru keluar dari Cihampelas Mall dan kami mulakan dengan pegi jalan2 di Jalan Cihampelas dan sempat singgah 2 FOs tapi takde hasil shoppingan lagi, then hubby cakap tak sesuai nak jalan2 kat situ sebab jalan sangat sesak dengan kenderaan dan orang.. As i said before, hujung minggu adalah mase paling tak sesuai nak berada di jalanan sebab macet dia sangat teruk.. Lagipon nak berjalan tepi jalan pon payah dengan motor2 dan orang sangat ramai, dah la sempit dan jalan tak rata, bayangkan nk tolak stroller, memang mencabar kesabaran sungguh..

Jalan Cihampelas ni FOs dia tak semewah di Jalan Dago atau Jalan Riau, kebanyakkan FOs dia macam kedai2 baju biase tapi ada banyak la patung superhero kat situ, anak2 akan terpegun "wahhhh!! i saw Spiderman" gitu!! hehe baju2 dia pon banyak macam baju superhero dan baju2 yg updated punya character.. Baju nk buat souvenir pon banyak dengan harga murah2..

Hubby suggested untuk pegi tempat lain, so kami balik ke hotel semula dan amik teksi.. Di sebelah Cihampelas Mall ada tempat teksi Cipanganti (warna merah dan guna meter).. Terus menuju ke Rumah Mode.. Rumah Mode sedang direnovasi tapi cuma kawasan tempat makan je, tempat shopping masih ok, orang ramai opkos sebab hari minggu.. So yang banyak shopping di sini ialah encik suami, saya tukang jage anak2 dan jage beg dia.. Sebelum dia bayar sempat la saya capai baju anak2 2 pasang sorng, untuk saya takde beli pape.. 

Habis shopping dah masuk Maghrib, jam 6 petang.. Terus keluar dan amik teksi, silap kami sebab nampak teksi terus tahan, masuk2 tengok tak guna meter tapi supir tu kata takpe, satu jam dia charge IDR50ribu je.. Sebelum balik mintak teksi tunggu kami makan di Restoran Ayam Goreng Ibu Suharti.. Rase macam ayam KFC tapi lagi rangup, puas hati lah.. Makan cepat2 sebab takut teksi charge mahal.. Sampai hotel teksi tu charged kami IDR150ribu, tipu tau sebab tak sampai 2 jam je kami guna teksi termasuk mase menunggu kami makan.. Then kami dah belajar dari kesilapan, JANGAN GUNA TEKSI YANG TAK PAKAI METER!!! Saya lupa apa nama teksi tu tapi dia warna biru, bukan Bluebird..


ayam goreng rangup di Kedai Ayam Goreng Ibu Suharti, berdekatan dengan Rumah Mode..

Sampai hotel... ehhh singgah lagi Cihampelas Mall.. Hubby beli mineral water sementara saya lepak Coffee Bean dan Iskandar sibuk nak makan aiskrim Baskin Robin... Iskandar dah hint2 nak gi main game tapi hubby tak kasi sebab dia NAK TENGOK BOLA!!! masuk bilik bila cari channel sport takde yang tunjuk game Man City, so bersungguh la hubby keluar lagi ke Cihampelas Mall cari cafe yang tunjuk game bola.. Saya ngan anak2 lepak bilik pastu tido.. 


Budak2 yang tak reti penat.. Mummy pon surrender..

Ok, jumpaan kita di.... part 4



Luv,
 

2 comments:

Carrie-Ma said...

Baiknya mummy part ayat, "untuk saya takde beli pape" peace!

HaNiE said...

Tu awal2 je!! standard lah, hero kalah dulu!!!!