23.5.14

Bercuti di Bandung, Indonesia.... part 4

assalamualaikum...

Jom.. lets sambung cerita Bandung sebelum menjadi basi atau terperam jadi perkasam....

Owhhh sebelum tu boleh saya cerita sikit pasal khidmat supir di Bandung? Izinkan saya berkongsi sedikit maklumat based on my observation dan experience yang tak seberapa..

Setiap kali nak bercuti ke Bandung, kebanyakkan orang akan mencari transportation bagi memudahkan pergerakan, especially kalau dalam itinerary ada melibatkan lawatan ke daerah Lembang.. Biasenya sebelum sampai dah mula cari dan engaged supir (kenderaan + pemandu) thru website atau fb.. Macam2 la pakej supir yang ada.. Google je mesti jumpa..

In my case, oleh kerana ini lawatan keempat en suami ke Bandung so dia ada dah contact number supir2 tapi bila kami discuss, tak semua hari kami perlukan supir (tapi kebetulan semua supirnya busy!!).. Bear in mind, khidmat supir dikira samaada ikut jam atau hari.. Kalau ikut hari, kenalah fully utilize or else membazir je.. Tapi untuk yang baru pertama kali nak ke Bandung, saya nasihatkan untuk dapatkan service supir bagi memudahkan pergerakan anda..

So strategy kami untuk jalan2 berdekatan kita naik teksi je (SILA GUNA TEKSI BERMETER!!!) untuk lawatan ke area Lembang baru engage supir..

Everytime naik teksi, kami bertanya2 jugak berapa charge if kami nak engage for the whole day (12 hrs guna avanza/innova) kebanyakkan bagi jawapan yang sama IDR600ribu kecuali ada sorang pakcik nak charge kami IDR900ribu (melampau sungguh!!) So hubby decided untuk mintak hotel je yang sediakan supir sebab harganya masih sama IDR600ribu..

Rupanya if kita mintak service supir dari hotel akan ada komisyen yang hotel amik, so if direct terus pada supir harga mungkin boleh turun sikit hingga IDR400ribu.. So next time dah tau nak contact sapa ^_^



HARI KETIGA (MONDAY)

Hubby decided untuk kami teruskan aktiviti sight seeing pada hari isnin, walaupun saya keberatan sebenarnya, biase lah mood untuk shopping sudah mari hehehe baru ingat nak pusing Pasar Baru.. Tapi bila pikir2 balik, "ok fine!! takkan lah kami nak lama2 sampai malam kot di area Lembang kan, petang mesti sempat singgah satu dua FOs"

Bangun pagi siapkan anak2 dan terus breakfast.. Jam 9 turun ke lobby tengok supir dah ready dengan toyota kijang (innova).. Supir sangat sopan dan baik, namanya Darsim.. Kami bagitau Darsim nak ke daerah Lembang dan tempat yang nak dilawat (Tangkuban Parahu ---> lunch at Restoran Sindang Reret ---> de Ranch ---> Lembang Floating Market ---> Kampung Gajah ---> shopping di Jalan Dago (ni saya tambah dan dapat jelingan hubby o_O) ---> dinner di Stone Cafe) 

Saya tanya Darsim, logik tak jadual ni?, dia jawab "bisa kak!! kalau mau ke Kopo untuk berbelanja pun bisa" tapi sebab Kopo tu tempat jual kain je, terus hubby reject hahahaha

So terus la perjalanan kami ke daerah Lembang dengan lancar tanpa macet.. Kanan kiri gerai jual arnab buat Iskandar sangat excited..


TWA GUNUNG TANGKUBAN PARAHU

Sampai di entrance kena bayar fee for each person kecuali baby dan juga kereta, IDR75ribu/person.. 

Kami sampai jam 10 pagi, agak ramai orang, kebanyakkannya orang tempatan.. cuaca sejuk tapi sinaran matahari agak terik.. si Darsim parking jauh so kena la kami menapak naik turun bukit, so disini tak sesuai untuk tolak stroller baby ye.. pemandangan sangat cantik dan mengkagumkan.. subahanallah!! indah sungguh ciptaan Allah.. Bau sulfur agak kuat tapi sebab Iskandar takde complaint so ok lah, kami risau dia bising2 busuk2 je... 

Nampak je kuda terus Iskandar nak naik kuda.. Oklah 2 ekor kuda dengan bayaran IDR100ribu, Iman muka sedeh sebab bangun tido terkejut!! Pusing la seround naik kuda lepas tu snap2 gambar dan jalan2 menikmati pemandangan.. Macam biasa kat sana ramai penjual akan approach anda dan paksa2 untuk beli cenderamata yang diorng jual.. Kalau tak mau beli tolak la mereka dengan baik, ucap terima kasih dan geleng kepala sambil senyum, insya Allah they will go away.. Kebanyakkan barangan yang dijual di Tangkuban Parahu agak mahal dari di Bandung so pandai2 lah ye..

Since kami dah pernah ke Tangkuban Parahu sebelum ni serta dah penah pon menapak turun ke kawah Domas yang jauh ke bawah dan makan masa hampir sejam untuk sampai.. So lawatan kali ni kami berlegar2 kawasan kawah ratu aje, tak kuasa la nak jungle tracking lagi, nanti ke tipu lagi.. 

Hampir sejam di sana, kami ajak Darsim untuk ke tempat lain...

pintu masuk tempat bayar entrance fee
naik kuda yihaaaa!! notice muka Iman yang kesedihan sbb bangun tido terkejut..
i just love this pic..
us together.. selfies menggunakan bantuan monopod dan shutter
kawah ratu.. indah ciptaan Allah untuk kita berfikir..

Lepas turun dari Tangkuban Parahu, terus jumpa Restoran Sindang Reret dan sebab baru jam 11 pagi, lagipun perut masih belum lapar so we decided untuk cancel lunch di sana.. Kita cari tempat makan lain je..

Next tempat lawatan dalam senarai ialah DE RANCH.. Tapi malangnya de Ranch CLOSE ON MONDAY...  hahahaha kecewa sungguh Iskandar nak jadi cowboy!! Baru saya teringat kenapa saya tak berapa setuju nak ke Lembang on Monday, sebab saya ada terbaca de Ranch tutup for maintenance every monday.. so terpaksa lah lupakan hajat nk bergumbira di de Ranch.. insya Allah dilain waktu lah..


LEMBANG FLOATING MARKET

Destinasi seterusnya adalah Lembang Floating Market.. Harga entrance adalah IDR10ribu/person, baby tak kena bayar dan kereta IDR5ribu.. Tiket masuk tu boleh tukar untuk dapatkan air minuman di pintu masuk.. Konsep floating market ini seperti pasar di atas air.. Kawasan cantik tapi pengisian agak hambar hehehe ayat tak boleh blah!!! again sebab hari Isnin so takde orang berjualan atas bot, mencik!!! cuma ada bot2 yang jual makanan tapi kami tak pergi pon.. 

Anak2 lagi terhibur masuk Taman Kelinci.. ada lagi bayaran untuk masuk taman kelinci ni tapi dapat carrot 2 biji sorang untuk bagi arnab makan.. So berkejaran la Iskandar dengan arnab2 semua, dipaksa arnab makan carrot padahal arnab2 tu semua macam dah kekenyangan.. 

Sementara tunggu hubby solat, kami jalan2 menikmati keindahan dan tengok ikan.. Kemudahan surau memang disediakan tapi silap saya sebab tak bawak telekung sendiri sebab di sana takde disediakan telekung.. Hampir kul 1 kami jalan2 dalam floating market untuk cari tempat makan tapi semua tak penuhi selera hubby.. So kami mintak Darsim untuk bawa ke tempat makan yang sedap dan menarik..

Lembang Floating Market..


RESTORAN MANG ENGKING

Restoran ni memang takde dalam senarai saya.. Tetapi berbaloi untuk dicuba, menyediakan masakan Sunda.. Konsep pun menarik, makan dalam pondok atas tasik, dengan ikan banyak lumba2 makan bila kita lempar makanan dalam tasik.. Di sini juga ada tempat rendam kaki sambil ikan gigit2 kaki, hehehe tapi kami tak cuba lah..

Makanan sedap dan murah.. Tapi kebanyakkan nasi Iskandar sedekahkan kat ikan.. Iman pon asik la nak terjun dalam air.. Kami nak makan pon terpaksa take turn..

di pintu masuk
fishy... fishy...
suasana tempat makan..


Kami pelawa Darsim makan sekali tapi dia dengan jujur jawab, "biasanya kalau tempat sebegini kami memang diberi makan oleh pihak restoran"..


Habis makan cuaca semakin gelap... Akhirnya hujan turun.. Jadi plan untuk ke KAMPUNG GAJAH juga terpaksa CANCEL sebab konsep di Kampung Gajah adalah terbuka so confirm tak boleh buat apa kalau time hujan...  so saya dah terbayang2 untuk aktiviti shopping bermula tapi hubby pulak suggest untuk pergi ke Trans Studio Bandung.. Saya beria cakap "alaaa tempat tu macam genting highland je.. lagipon jauh dari sini" tapi hubby tetap insist untuk ke Trans Studio sebab katanya hari ni khas untuk happykan budak2!!!... OK FINE *sambil tarik muka*

So Darsim bawak kami lalu kawasan kampung di area kaki gunung.. Subahanallah!! sangat cantik.. kawasan tu macam di Kundasang Sabah.. ada rumah2 dan tempat tanaman sayur.. banyak jugak rumah yang besar2, mungkin rumah untuk bercuti orang2 kaya Indonesia.. Yang uniknya setiap jalan kampung akan ada AJK yang tunggu untuk kutip tol, bayaran maintenance jalan katanya, untuk baiki kerosakan.. Jalan agak sempit dan sukar kalau berselisih kenderaan.. Kami keluar dari Jalan Dago Atas.. Terus menuju ke Trans Studio, agak jauh jugak lah.. Sebelum sampai Darsim singgah di kedai yang ada jual tiket untuk masuk Trans Studio, katanya kalau beli di kaunter lebih mahal..


TRANS STUDIO BANDUNG

Kami sampai di Trans Studio Mall lebih kurang jam 3 petang.. Memang betul kata Darsim kalau beli dari luar harga tiket masuk IDR150ribu/person tapi kalau beli di kaunter IDR160ribu.. Tapi terpaksa beli lagi satu tiket dikaunter sebab baby pon kena ada tiket masuk (hoiiii anak aku baru 11 bulan, apa game yang dia boleh main?!! rasional2!!) tapi berani ke nak hentak2 kaki kat situ hahahaha.. Mula2 rasa macam rugi sebab masuk pon dah petang, takut tak boleh cover semua games dengan anggapan mesti ramai orang beratur nak main each game..

Tapi alhamdulillah.. Hari Isnin tak ramai pengunjung.. Kemudahan yang disediakan pon sangat memuaskan, toilet bersih, surau lengkap ada telekung dan ada baby room jugak.. Dalam ni sistem dia menggunakan kad so semua makanan atau minuman nak beli kena guna kad dan if tak abis guna boleh refund..

Konsep dia adalah indoor games.. semua tempat ada theme masing2.. ada tempat superhero, dunia sains, pirates, dunia anak kecil, litar lumba, rumah hantu, dan macam2 lah.. dia macam genting highland tapi tak becampur dengan tempat shopping, macam kat hello kitty JB tapi lagi besar dan banyak games..

Masa kami masuk mula2 ke Dunia Sains dulu sebab di tempat games lain agak ramai orang beratur.. Kemudian ke main stage sebab tengah ada show pasal Ariel the Mermaid ke hape ntah, tak paham sangat sebab guna bahasa Indonesia tapi boleh enjoy dia punya lampu dan showmanship yang mantap..

Lepas tu ke Dunia Anak Kecil tempat Iskandar melompat keseronokan sebab semua games dia boleh main.. kalau kat tempat lain banyak games yg dia tak boleh main sebab ketinggian tak cukup.. 

Lepas jam 6 petang, tempat tu makin tak ramai orang, maybe ramai dah balik sebab diaorng datang dari pagi (buat assumption sendiri!!) So nak main games dah tak perlu beratur sampai staf2 dia yang tarik dan ajak kita cuba games diorang.. Kami laki bini take turn jage budak2 untuk cuba semua games hahahaha yang lagi best hubby siap main game yang sama sampai 3 kali.. Saya pon punya lah dari awal mood suam2 kuku sebab tak dapat shopping ehhh bukan main lagi seronok kalah anak2.. Iskandar naik racing car sampai 2 kali.. Yang paling best dapat main roller coaster, super laju dan pusing2 360 darjah.. Best dan mesti cuba!!! Sebelum balik hubby naik bot di pirates themepark, sepatutnya Iskandar tak boleh main sebab dia tak cukup tinggi minimum tapi boleh plak dia jinjit so lepas, adik yang jage tu pon macam malas je nak layan sebab last customer kot so lepas lah Iskandar main game tu dengan abah dia..

Hampir jam 9 kami pon keluar, close hour pon memang jam 9 malam.. Kami antara orang yang paling last keluar sampai kat gate tu punya ramai staff2 dia yang bersorak2 hahaha mesti tak sabar nk suruh kami balik!! One thing saya notice kat sini, staf2 sangat peramah dan suka sangat dengan budak2.. Tapi attire staf diorang yang pompuan memang sangat seksi lah -_- 

Iskandar's favourite..


Hubby smsed Darsim untuk jemput kami jam 10 malam, sementara tu kami dinner di A&W Trans Studio Mall..   

Kami sampai hotel lebih kurang jam 10.30 malam.. Penat jangan cakap lah hahaha tapi happy sangat.. Bayaran supir untuk hari tu IDR650ribu, lebih 50ribu sebab Darsim kata dah lebih dari 12 jam perkhidmatan (tambahan IDR50ribu untuk setiap 1 jam) which is correct lah, sape suh lama2 sangat hehehe.. Tapi kesimpulannya memang kami happy.. Dan saya terpaksa mengaku pergi Trans Studio memang sangat berbaloi!!! cuba kalau boleh jangan pergi time ramai orang sebab takut nanti masa beratur nak main game lagi lama dari main game tu sendiri..


Owhh entry sangat panjang!! so kita sambung ke.... part 5 pulak ye..
^_^


Luv,
 

No comments: