30.12.13

Talking with Iskandar : mummy tau ke jalan pegi sekolah Izz?

as salam..

happy Monday guys!!! semangat2!! hujung tahun dah ni kena semangat lebih sikit.. gitew!!! hahahaha

Ok semua dah start update pasal "anak i sekolah situ, anak i register kinddie sini, anak i bla bla bla" dan jugak "boss, esok masuk lambat sket nak register anak sekolah" serta "bos, esok lambat ye nak orientasi sekolah anak!!" gitu la korang suka buat excuse guna anak sekolah time2 hujung tahun cam gini kan!!

Actually i pun tak terkecuali huahuahua!! last week cikgu Iskandar sms suruh datang register on saturday, tapi sebab banyak sangat urusan (pegi pasar, bawak Izz gunting rambut, amik gambar pasport Izz, masak, jaga hubby kat hospital dll) membuatkan i terlupa nak gi register.. 

So hari ni masuk opis kejap pastu bawak Izz gi sekolah PASTI AL HIDAYAH untuk register student 5 tahun untuk next semester.. Masa on the way ke sekolah, Izz tiba2 tanya;

Iskandar : mummy tau ke jalan pergi sekolah Izz?

Mummy  : mestilah mummy tau, kenapa?

Iskandar : Abah yang hantar Izz pegi school, mummykan amik Izz balik aje!!

(biasenya pagi2 memang hubby yang akan hantar Izz pergi sekolah dan tengahari saya akan ambik dia)

Mummy  : mummy tau la school Izz, in fact mummy lagi terer jalan nak pegi school Izz tau!!

Iskandar : taklah, abah lagi terer.. Kalau abah tak sakit mesti abah hantar Izz pegi school kan?

Mummy  : ye la *sengih je lah*  

Sampai sekolah, cikgu cari borang Izz dan mintak bayaran untuk pendaftaran.. Saya terkejut sebab actually saya dah bayar yuran untuk next year sebelum cuti sekolah lagi.. Konfius!! tapi sebab resit tidak dijumpai so maknanya tiada bayaran yang dibuat.. Penat saya ingat semula bila saya bayar and sapa yang amik tapi saya memang dah bagi duit tu pada somebody huhuhu.. Takpelah dah nasib kena bayar 2 kali la kot, so esok kena la pergi sekolah semula bayar yuran RM670 tu.. Dalam hati mula berbisik, dengan duit tu boleh beli hanbeg tu!! T____T

Lepas tu kami ke PCMC nak gi melawat hubby, sambil2 tu saya membebel "Izz tak payah sekolah la next year, nanti 6 tahun terus masuk pra sekolah depan umah tu je, murah je fee dia.. Next year Izz cuti sekolah for the whole year" Pastu dengan muka innocent Iskandar jawab "nanti macam mana Izz nak pandai?!!" *speechless* Owhhh maafkan mummy nak, mummy memang pelupa dan kedekut huwaaaa...

So pengajaran kepada semua, sila pastikan bayaran yang anda buat disertakan dengan resit dan pastikan RESIT DISIMPAN especially untuk bayaran dengan jumlah agak besar... 

Menyesal kemudian tiada berguna huwaaaa *hantuk pala kat dinding*

Luv,

No comments: