4.12.13

Raikan Cinta Mereka : Dyan & Hafidz (141213)

as salam..

Cuti2 sekolah ni memang musim orang kawen, beratur dah kad undangan raja sehari lah, raikan cinta lah, walimatul urus lah.. Setiap hujung minggu penuh dah jadual, alhamdulillah murah rezeki yang menjemput kami sekeluarga yek, insya Allah mana2 undangan yang kami berkesempatan nak hadir akan kami hadir, yang tak dapat kami nak penuhi tu kami mohon maaf dan kami doakan pengantin2 semua dari kejauhan je ye hehehe.. 

Tahun ni selepas 6 tahun saya punya kenduri, insya Allah mak abah akan terima sorang lagi menantu, selamat datang la pada bakal adik ipar saya ke keluarga kami, hehehehe kakak pulak yang over excited nih.. 

My adik si Dian tu memang sempoi, sebulan sebelum raya dia bagitau abah 'kawan' dia nak datang merisik dan bertunang terus, sebulan je preparation tunangnya.. Ingatkan kawennya lepas setahun rupanya bulan 8 tunang, bulan 12 terus nak buat majlis.. 4 bulan nak menyiapkan semua hal majlis nikah n kawen, pengantinnya memang semua okeh tapi akak2 pulak gabra lebih.. Abah n mak cool je, kata diorang "yang penting nikahnya je majlis2 lain buat ikut kemampuan.." Itu kata2 lepas majlis tunang, towards the end, boleh tahan jugak majlis yang nak buat ni, ye la kan anak pompuan yang last, anak kesayangan pulak tu, mestilah mak abah berhabis jugak.. hehehe saya ok je, happy bila tengok mak n abah happy, cuma kesian bila call mak dengar dia mengadu penat buat macam2 sendiri, ye la kami semua jauh, tak de sape nak membantu..

Seriouslly saya memang tak menolong apa2 pun, balik nanti pon sehari sebelum majlis, cuma tolong topup apa2 yang pengantin kurang je.. Padahal masa majlis saya dulu, Dian la yang paling banyak menolong huhuhu ok rase bersalah!!!

So far benda yang saya kena buat cuma tempah pin badges untuk family dan beli paperbag untuk guest VIP, dua2 pon belum buat lagi hahahaha haiyooo jgn marah ye pengantin!! Akan diusahakan secepat mungkin...

Ok lah, di kesempatan ini saya bagi pihak pengantin dan family nak menjemput sesiapa yang kebetulan berada di Mersing untuk datang makan2 nasi minyak di rumah kami, jangan segan2 cakap je kawan Anie, ewah2!! hehehe.. Jemput datang ye ^_^






Luv,
 

No comments: