5.12.13

Izz Iman : 6 months old!!



as salam...



Hari ni budak kiut ni dah masuk 6 bulan so dah boleh kasi makan solid.. Sebelum ni kalau tengok orang makan, mulut dia pon mengunyah sama, pastu air liur berjujuran hehehe.. Sabar ye dik!! nanti mummy kasi awak makan banyak2 sampai gomok macam mummy ^_^

Alhamdulillah, 6 bulan jugak saya dah berjaya breastfed Iman exclusively.. Seronok sebab dapat bagi susu terbaik untuk anak.. Walaupon susu saya tak la meriah sangat tapi alhamdulillah memang mudah rezeki Iman, sentiasa ada bila diperlukan giteww!! 

Saya pon tak pernah lagi tinggalkan Iman semalaman maksudnya takde la out station macam zaman Iskandar kecik2 dulu.. Stok ebm memang tak banyak tapi adalah dalam freezer untuk saat2 kecemasan yang sekejap.. Mungkin jugak sebab saya tau dah tak kena kerahan tenaga kerja luar berhari2 lagi so saya agak rileks, takde la asik nak tension bila production merundum, lagipon mungkin anak dah 2 so kurang tekanan hehehehe dah pandai sikit la nak manage ebm kot..

Cuma sebab asik rileks2 sangat, jadual mengepam agak tak konsisten.. Bila pam tak konsisten ofcos la production agak mengecewakan, setiap hari hasil yang dibawak balik cukup2 makan je tapi saya masih bersyukur ^_^ 

Ok berbalik pada cite budak kiut di atas, a few milestones yang dia dah achieve;

  • dah boleh buat side rolls secara laju dan berbalik2
  • bila on tummy dah boleh berpusing 360 darjah
  • suka tengok hi5 (pengaruh abg Izz dia ni!!)
  • dah kenal nama dia sendiri
  • sangat suka ketawa bila diagah especially kalau abg Izz yang agah
  • sangat mesra orang!! dengan semua orang dia akan senyum2 dan ketawa
  • dah tau kalau nak kena tinggal, dia akan menagis bila nampak orang tinggalkan dia
  • suka sembur air liur 
  • morning person, dia pasti akan bangun sebelum kami pergi kerja 

Hmmmm tu je kot, ke mummy dah lupa benda2 lain lagi? maklumlah short term memory lost sebagai side effect post pregnancy syndrome hahahaha nanti kita sambung ye... daaa


Luv,
 

No comments: