31.12.13

Bye 2013 and Hello 2014!!!




as salam..

masa-masa terakhir di tahun 2013... 

bersiaran daripada ward 4G PCMC... menemani hubby di malam tahun baru bersama Iskandar, adik Iman tinggal di rumah.. kesian Iman dah seminggu mummy balik tengah malam dan dia dah tido, pagi2 dah kena tinggal bila mummy ke pejabat, nasib baik Iman jenis yang bangun pagi so sempatlah manja2 dengan mummy sekejap...

Well, setahun dah hampir berlalu.. masa memang sekejap, baru terasa sambut tahun 2013, now 2013 dah habis 365 hari.. 

Sementara menunggu detik 12 malam untuk menjerit "happy new year!!!" hahaha memang tak lah, kang ada yang menjadi mangsa korban terkejut sebab dengar jeritan kat hospital ni kang, mari lah saya mengimbau kenangan silam sepanjang tahun 2013 hahahahaha 

Tahun 2013 dimulakan dengan kepenatan kami berpindah rumah (jarak 5km je dari rumah lama!! so jangan poyo sangat!!) dengan saya yang tengah preggy 4 bulan masa tu.. seronok dan penat!!

Our 2nd bibik melarikan diri dari rumah selepas kena dera dengan mak encik (ehhh lawak je ni!! saya tak dera sesape pon!!) saya redha dengan kepergian bibik saniah dan berdoa dia selamat walau di mana dia berada, harap2 dia dah selamat pulang ke kampung halaman dan mendapat apa yang dihajati, kalau tak pon semoga dia mendapat majikan yang lagi baik dari kami..  

Pengalaman mengandungkan Iman a bit different dengan masa mengandungkan iskandar, banyak sakit2 yang tetiba timbul but alhamdulillah dengan izin Allah semua dapat saya tempuhi dengan baik, takde pape yang kronik dan saya agak happy sepanjang 9 bulan preggy tu..

The best moment sepanjang tahun 2013 adalah time melahirkan Iman.. Kelahiran yang agak mudah, I guess Iman is a jackpot baby kot hehehe actually masa Iskandar dulu pon senang jugak.. On 5.6.13, lahirlah our second boy, Izz Iman Umair.. So saya dah ada 2 bodyguard di kiri dan kanan, so don't play2 with me haaa!!!

2013 juga tahun ujian buat kami husband and wife.. Ujian untuk 6 tahun bersama.. Saya anggap itu adalah sebagai wake call untuk kami lebih bermuhasabah diri dan mendekatkan diri serta mencari keredhaan Ilahi.. Yang penting, i love my husband so much and i'll always be beside him in any situation, insya Allah.. Saya memang bukan wife yang sempurna and will not be but saya akan cuba untuk jadi yang terbaik.. (gitewww!!! dah macam buat ucapan anugerah je!!!)

2013 juga sebagai tahun saya berubah posisi di bahagian yang bertugas sekarang.. sebelum ni sibuk di tapak projek, mengomen asik kepanasan dan kehitaman bila kena lawat projek so mase saya cuti bersalin 3 bulan (saya masih kecik hati dengan management bila tukarkan saya time cuti tau!! ye la, naik2 opis tengok dah ada orang lain dalam bilik sendiri) saya ditukarkan untuk buat planning dan budgeting.. tempat yang sangat mencabar minda dan potensi diri sampai dah rase nak mintak tukar keluar je ni huhuhuhu 

Dan pengakhiran tahun 2013 adalah agak menyedihkan bila my hubby warded due to dengue fever.. dah seminggu di sini but alhamdulillah dah masuk recovering stage dah cuma platelet darah masih rendah but improving.. Saya berdoa anak2 tak kena demam denggi ni, sebab bila tengok hubby yang sangat suffering menahan kesakitan rase sangat tak sampai hati...

Harapan saya 2014 akan memberi sinar yang gilang gemilang kepada kami sekeluarga dan anda semua!!! Azam tahun baru masih belum ada cuma yang penting saya nak jadi a better muslimah, a better wifey and mummy also a better person than who i am now!! 

Azam 2014 yang saya terpikir at this moment adalah NAK KURUS!!! ^_^

Oklah, to all my dear friends and readers, I wanna wish a "HAPPY NEW YEAR 2014" Semoga kita sentiasa di rahmati oleh Allah swt.. 






p/s : sila enjoy ur new year celebration secara berhemah dan bertamadun!! peace no war!!!



Luv,
 

30.12.13

Talking with Iskandar : mummy tau ke jalan pegi sekolah Izz?

as salam..

happy Monday guys!!! semangat2!! hujung tahun dah ni kena semangat lebih sikit.. gitew!!! hahahaha

Ok semua dah start update pasal "anak i sekolah situ, anak i register kinddie sini, anak i bla bla bla" dan jugak "boss, esok masuk lambat sket nak register anak sekolah" serta "bos, esok lambat ye nak orientasi sekolah anak!!" gitu la korang suka buat excuse guna anak sekolah time2 hujung tahun cam gini kan!!

Actually i pun tak terkecuali huahuahua!! last week cikgu Iskandar sms suruh datang register on saturday, tapi sebab banyak sangat urusan (pegi pasar, bawak Izz gunting rambut, amik gambar pasport Izz, masak, jaga hubby kat hospital dll) membuatkan i terlupa nak gi register.. 

So hari ni masuk opis kejap pastu bawak Izz gi sekolah PASTI AL HIDAYAH untuk register student 5 tahun untuk next semester.. Masa on the way ke sekolah, Izz tiba2 tanya;

Iskandar : mummy tau ke jalan pergi sekolah Izz?

Mummy  : mestilah mummy tau, kenapa?

Iskandar : Abah yang hantar Izz pegi school, mummykan amik Izz balik aje!!

(biasenya pagi2 memang hubby yang akan hantar Izz pergi sekolah dan tengahari saya akan ambik dia)

Mummy  : mummy tau la school Izz, in fact mummy lagi terer jalan nak pegi school Izz tau!!

Iskandar : taklah, abah lagi terer.. Kalau abah tak sakit mesti abah hantar Izz pegi school kan?

Mummy  : ye la *sengih je lah*  

Sampai sekolah, cikgu cari borang Izz dan mintak bayaran untuk pendaftaran.. Saya terkejut sebab actually saya dah bayar yuran untuk next year sebelum cuti sekolah lagi.. Konfius!! tapi sebab resit tidak dijumpai so maknanya tiada bayaran yang dibuat.. Penat saya ingat semula bila saya bayar and sapa yang amik tapi saya memang dah bagi duit tu pada somebody huhuhu.. Takpelah dah nasib kena bayar 2 kali la kot, so esok kena la pergi sekolah semula bayar yuran RM670 tu.. Dalam hati mula berbisik, dengan duit tu boleh beli hanbeg tu!! T____T

Lepas tu kami ke PCMC nak gi melawat hubby, sambil2 tu saya membebel "Izz tak payah sekolah la next year, nanti 6 tahun terus masuk pra sekolah depan umah tu je, murah je fee dia.. Next year Izz cuti sekolah for the whole year" Pastu dengan muka innocent Iskandar jawab "nanti macam mana Izz nak pandai?!!" *speechless* Owhhh maafkan mummy nak, mummy memang pelupa dan kedekut huwaaaa...

So pengajaran kepada semua, sila pastikan bayaran yang anda buat disertakan dengan resit dan pastikan RESIT DISIMPAN especially untuk bayaran dengan jumlah agak besar... 

Menyesal kemudian tiada berguna huwaaaa *hantuk pala kat dinding*

Luv,

19.12.13

dyipiz wedding : teaser ^_^




as salam..

Alhamdulillah, majlis walimatulurus Dian berjalan lancar dan alhamdulillah juga cuaca sangat baik walaupon musim monsun sedang melanda kawasan Pantai Timur.. Seminggu sebelum majlis memang kampung saya naik air, Mersing menjadi kawasan banjir paling teruk dalam negeri Johor.. 

Ok nak stori pasal majlis Dian tapi tunggu saya free sket ye, ni nak kena bekejar ke meeting pulak.. tapi sebelum tu kena shared gambar makcik buat kerja dulu hahahaha sebagai bukti saya tidak hanya pose cantik sahaja..


Makan2 selepas selesai majlis akad nikah hari Jumaat.. Saya takde amik gambar guna camera pon, gambar sikit2 guna iphone je (nak menunjukkan betapa bizinya saya membuat kerja) hehehe ni gambar dari camera gabak Kak Ninie.. Gambar banyak2 pada en photog lah so kena tunggu pengantin share..

Bye xoxo

Luv,

11.12.13

11.12.13

as salam..



111213 is this one of the iconic dates of the year?!! well not really, but certainly one can appreciate the rarity of it..

People said today is the last time this century with date lines up in consecutive order and we have to wait for a long time for it happen again!! only until 1 Feb 2013 (010203) for the dates to line up again.. so its a fairly rare sequence..

For me today is just like another day but with extra excitement because tomorrow we'll going "balik kampung" horayyy!!!



Happy holiday guys!!
 


Luv,
 

5.12.13

Izz Iman : 6 months old!!



as salam...



Hari ni budak kiut ni dah masuk 6 bulan so dah boleh kasi makan solid.. Sebelum ni kalau tengok orang makan, mulut dia pon mengunyah sama, pastu air liur berjujuran hehehe.. Sabar ye dik!! nanti mummy kasi awak makan banyak2 sampai gomok macam mummy ^_^

Alhamdulillah, 6 bulan jugak saya dah berjaya breastfed Iman exclusively.. Seronok sebab dapat bagi susu terbaik untuk anak.. Walaupon susu saya tak la meriah sangat tapi alhamdulillah memang mudah rezeki Iman, sentiasa ada bila diperlukan giteww!! 

Saya pon tak pernah lagi tinggalkan Iman semalaman maksudnya takde la out station macam zaman Iskandar kecik2 dulu.. Stok ebm memang tak banyak tapi adalah dalam freezer untuk saat2 kecemasan yang sekejap.. Mungkin jugak sebab saya tau dah tak kena kerahan tenaga kerja luar berhari2 lagi so saya agak rileks, takde la asik nak tension bila production merundum, lagipon mungkin anak dah 2 so kurang tekanan hehehehe dah pandai sikit la nak manage ebm kot..

Cuma sebab asik rileks2 sangat, jadual mengepam agak tak konsisten.. Bila pam tak konsisten ofcos la production agak mengecewakan, setiap hari hasil yang dibawak balik cukup2 makan je tapi saya masih bersyukur ^_^ 

Ok berbalik pada cite budak kiut di atas, a few milestones yang dia dah achieve;

  • dah boleh buat side rolls secara laju dan berbalik2
  • bila on tummy dah boleh berpusing 360 darjah
  • suka tengok hi5 (pengaruh abg Izz dia ni!!)
  • dah kenal nama dia sendiri
  • sangat suka ketawa bila diagah especially kalau abg Izz yang agah
  • sangat mesra orang!! dengan semua orang dia akan senyum2 dan ketawa
  • dah tau kalau nak kena tinggal, dia akan menagis bila nampak orang tinggalkan dia
  • suka sembur air liur 
  • morning person, dia pasti akan bangun sebelum kami pergi kerja 

Hmmmm tu je kot, ke mummy dah lupa benda2 lain lagi? maklumlah short term memory lost sebagai side effect post pregnancy syndrome hahahaha nanti kita sambung ye... daaa


Luv,
 

4.12.13

Raikan Cinta Mereka : Dyan & Hafidz (141213)

as salam..

Cuti2 sekolah ni memang musim orang kawen, beratur dah kad undangan raja sehari lah, raikan cinta lah, walimatul urus lah.. Setiap hujung minggu penuh dah jadual, alhamdulillah murah rezeki yang menjemput kami sekeluarga yek, insya Allah mana2 undangan yang kami berkesempatan nak hadir akan kami hadir, yang tak dapat kami nak penuhi tu kami mohon maaf dan kami doakan pengantin2 semua dari kejauhan je ye hehehe.. 

Tahun ni selepas 6 tahun saya punya kenduri, insya Allah mak abah akan terima sorang lagi menantu, selamat datang la pada bakal adik ipar saya ke keluarga kami, hehehehe kakak pulak yang over excited nih.. 

My adik si Dian tu memang sempoi, sebulan sebelum raya dia bagitau abah 'kawan' dia nak datang merisik dan bertunang terus, sebulan je preparation tunangnya.. Ingatkan kawennya lepas setahun rupanya bulan 8 tunang, bulan 12 terus nak buat majlis.. 4 bulan nak menyiapkan semua hal majlis nikah n kawen, pengantinnya memang semua okeh tapi akak2 pulak gabra lebih.. Abah n mak cool je, kata diorang "yang penting nikahnya je majlis2 lain buat ikut kemampuan.." Itu kata2 lepas majlis tunang, towards the end, boleh tahan jugak majlis yang nak buat ni, ye la kan anak pompuan yang last, anak kesayangan pulak tu, mestilah mak abah berhabis jugak.. hehehe saya ok je, happy bila tengok mak n abah happy, cuma kesian bila call mak dengar dia mengadu penat buat macam2 sendiri, ye la kami semua jauh, tak de sape nak membantu..

Seriouslly saya memang tak menolong apa2 pun, balik nanti pon sehari sebelum majlis, cuma tolong topup apa2 yang pengantin kurang je.. Padahal masa majlis saya dulu, Dian la yang paling banyak menolong huhuhu ok rase bersalah!!!

So far benda yang saya kena buat cuma tempah pin badges untuk family dan beli paperbag untuk guest VIP, dua2 pon belum buat lagi hahahaha haiyooo jgn marah ye pengantin!! Akan diusahakan secepat mungkin...

Ok lah, di kesempatan ini saya bagi pihak pengantin dan family nak menjemput sesiapa yang kebetulan berada di Mersing untuk datang makan2 nasi minyak di rumah kami, jangan segan2 cakap je kawan Anie, ewah2!! hehehe.. Jemput datang ye ^_^






Luv,