14.10.13

Salam Aidil Adha 2013!!!

as salam..

hehehe nampak sangat takde kerja kan, sampai 2 entry.. Hari ni ramai orang cuti, so nak buat kerja pon tak boleh, my bos beria nak buat meeting kul 9.30 pagi tapi bila call dia kata dia nak pegi pasar, sabo je lah, kalo tau baik i pon cuti hari ni, boleh gak gi pasar ke kan hehehe

Ok since raya puase hari tu takde wish apa2, raya haji ni nak lah buat ucapan sikit ^_^

Selamat berhari raya aidil adha kepada pembaca semua, kepada sesiapa yang berkorban tahun ni, selamat berkorban dan semoga ibadah kalian di terima Allah s.w.t, Insya Allah.. kepada yang pulang beraya di kampung, selamat memandu dan selamat menjadi "co-pilot" jugak, kalau mengantuk silalah berenti di R&R dan minum kopi, tak puase kan ^_^

tahun ni, saya tak balik kampung walaupon turn raya di kampung halaman..  sebab apa tak balik, saya pon tak tau.... so bertakbir dan beraya lah kita di Jalan Pendekar je, petang2 sikit baru balik Shah Alam kot..

Malam nanti nak buat muffin, esok nak hantar ke surau, ada jamuan sebelum sembelih korban.. jiran tetangga semua askar so kita hidup pon dah macam askar, diorng tak bercuti sebab kena standby kan, so kita pun cuti ala2 tak cuti je, buat benda2 yang wajib je raya korban tahun ni..

Ok semua, sekali lagi nak ucap "Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha"

Luv,

Octopus October : my birthday!!!

as salam...

Hurmmmmm benci.. benci.. benci.. suka taknak update belog kan?!! hehehehe sorry sayang2 semua.. 

October sudah bertukar menjadi Octopus, banyak sangat benda nak buat tapi tak cukup masa dan tak cukup tangan hehehe..

Tapi apa2 pon sebelum merepek cerita2 lain, saya nak share hari saya pada 7 Oktober yang lepas..

Well as u all know, 7 Oct was my birthday o_O (macam la orang kesahkan!!!) so update hari ni just nak share pasal itu hahahaha

Memulakan hari Isnin 7Okt dengan hati yang riang gumbira walaupon biasenya Isnin penuh dengan monday blues.. Jadual harian dipenuhi dengan mesyuarat pagi dan petang.. Dalam mesyuarat lebih kurang kul 5 petang dapat msg dari my officers wishing me happy birthday, tak kisah sangat pon kalo diorng tak wish sebab saya kan baru tukar unit baru so ofcos la diorng masih tak kenal saya, and then ada yang bagitau saya ada surprise dalam bilik but saya rase saya dah tau kot apa kejutannya..

Habis miting dah pukul 7 malam baru dapat masuk bilik opis dan ada bouquet of red rosses atas meja, ehem ehem biaselah mesti hubby yang hantar, sape lagi nak kasi kan hehehe..

Malam lepas isyak, hubby belanja makan kat Alexis, GE Mall.. Makan pon cepat2 sebab nak kena balik awal, Iman kat rumah.. 

Ok tu je, sekian terima kasih..

Hahahahaha baik takyah update!!!






Gambar adalah senget menyeget sebab saya tak sempat nak mengedit.. 

Gambar last tu captionnya ini "the best gift for me ever, Alhamdulillah!! I love them till Jannah"

p/s : thanks to all the birthday wishes!! ^_^
 
Luv,