2.5.13

2nd Pregnancy : 35 weeks and counting...

as salam...
Salam Khamis, 21 Jamadil Akhir 1434..

My pregnancy dah masuk 35 week, last checkup on last Tuesday, baby weighted 2.4kgs and mine 68.9kgs.. Hampir2 nak masuk 70kg dah tapi I dah redha je hehe memandangkan makan pon tak boleh nak control sekarang, hubby pon semakin menggalakkan makan makan makan.... 

Nothing much discussed dengan doc masa checkup sebab hubby did the talking part more than me, yeah that was his 2nd time ikut for antenatal checkup, sedeh kan?!! hahaha.. Sanggup amik cuti tu, but the hidden agenda adalah supaya dia dapat bertanya dengan doktor adakah selamat meninggalkan saya di akhir2 pregnancy sebab dia still kena pegi outstation lagi.. Saya dah cakap ok je if dia kena kerja luar, agak2 sakit nak beranak nanti saya drive la sendiri gi hospital T___T

Selain dari tu, berat baby dah normal semula, actually before this bukan la tak normal cuma slightly bigger but still in the range, but saya kan mmg saiko, risau tak tentu pasal!!! So mummy dengan senang hatinya minum coffee blended lepas checkup tu hahahaha...

Sebab checkup saya habis awal so hubby ajak pergi Kidzania, konon2 nak bawak Izz main happy2.. Sampai sana ada 3/4 bas beratur, bila check kat kaunter rupanya Kidzania dah penuh sebab banyak sekolah buat lawatan hari tu so cancel bawak Izz gi Kidzania, maybe next time kot, nasib baik jugak Izz sangat behave, takde la mengamuk2 bila tak jadi bersuka ria..

Tukar plan lain, pegi Ikea pulak, walaupon hari kerja tapi masih ramai orang, semua pon orang dapat mc kot hahaha.. So lunch and shopping2 kat Ikea, sebelum asar kami dah bergerak balik ke rumah..

Oklah, takde idea dah.. Bye dan selamat bekerja ^_^


Luv,

1 comment:

Karimah Abdullah said...

Didoakan semoga semua berjalan lancar dan selamat.