25.4.13

Taksub..

as salam...

Banyak benda yang membuatkan saya berfikir sekarang ni, especially pasal politik yang tak sudah.. Mungkin hanya akan surut lepas keputusan PRU13 keluar, tu pon kalau puak2 yang bertanding ni terima keputusan dengan tenang dan berlapang dada.. Kalau ada yang tak puas hati itu ini, mungkin akan panjang lagi la ceritanya kan...

Saya teringat perbualan dengan seorang pakcik beberapa tahun dahulu, 2008 to be exact, pakcik ni driver di PU Butterworth.. Masa tu saya ditugaskan untuk menemuduga calon2 yang nak kerja dan pakcik ditugaskan mengambil dan menghantar saya ke hotel dan PU setiap hari untuk seminggu.. Saya tak ingat nama pakcik tapi saya namakan dia Pakcik X sempena Prof X dalam cerita X-Men (hahahaha tetiba je, takde kena mengena langsung)

Perbualan dengan Pakcik X bukanlah berkisarkan politik tapi lebih kepada ketaksuban pada sesuatu benda..

"Puan tau tak kenapa pegawai2 xxxxx ni ramai yang sombong dan bangga diri? Sebab orang2 bawah semua kena sembah dan tabik kat diorang setiap masa.. Cuba pokok kayu tu orang sembah tiap2 hari, dari cuma pokok kayu je pon boleh jadi pokok berhantu.. Taksub sangat.. Tapi tak semua lah macam tu.. Pakcik ni dah 30 tahun kerja dengan diorang"

Perbualan ini hanya pendapat peribadi Pakcik X dan saya tidak mengiya atau menidakkannya, semua orang berhak beri pandangan di negara yang demokrasi ni kan.. So jangan salahkan Pakcik X jika anda tidak bersetuju..

Saya nak relatekan dengan situasi kita sekarang.. Kalau dah setiap masa dengan smartphone, tengok status fb dan tengok utube asyik mengulang kutuk orang tu tak betul, orang ni tak betul.. Lama2 kita pun terpengaruh dengan cerita2 yang disogokkan, sahih ke tak semua tolak tepi sebab apa... terlalu taksub!! Terima semua tanpa difilter dulu..

Tapi again kita tak boleh nak halang berita/fitnah tersebar sebab negara kita negara demokrasi, semua berhak untuk bersuara, berkongsi pandangan dan mencuba nasib.. Cuma jangan paksa orang lain terima ideologi kita dan janganlah cuba menghasut dan suka tengok orang berpecah belah.. Ilmu sedikit jangan cuba nak jadi cikgu, belajar dulu dan cari cikgu yang betul nak mengajar ke arah kebaikan bukan semata-mata untuk kepentingan/kepuasan peribadi..

Sekian, terima kasih..

Terima kasih Pakcik X, saya doakan pakcik sentiasa berbahagia selalu...


Luv,


No comments: