10.4.13

Entry birthday yang tertunggak : Happy Birthday to My Love!!

as salam...

Hello semua.. Long time no see kan.. Banyak benda nak cerita ni selepas 2 minggu menyepikan diri ^_^ tapi kita dahulukan cerita yang penting ye..

Last Friday, my hubby punya birthday (5 April) tapi sebab saya sedang berkursus di JB kan so wished birthday thru telephone jek.. Mak busy ok sebab nak kena amik test, so wished pun short and simple "happy birthday sayang, ok bai!!" hahaha..

Jumaat malam tu baru kami berjumpa di rumah, tu pon macam dah lambat dan masing2 kepenatan, tapi memandangkan hari jadi orang tersayang, saya gagahkan jugak diri untuk ajak hubby pegi dinner (hahaha padahal dia lagi bersyukur kalau tak pegi mana2!!).. Tak tau nak ke mana, kami pun ke Wangsa Walk saje, jalan2 pilih tempat makan pastu hubby ajak tengok movie tapi sebab takde cerita menarik nak bawak Izz tengok so kami plan nak makan saje tapi Izz pulak nampak tempat games so terpaksalah melayan dia main2 dulu..

Lepas puas main games, baru lah pegi makan tu pun masing2 dah merah2 mata menahan mengantuk, lepas makan terus balik umah tido, hahaha simple sungguh sambutan birthday my hubby...

Hari Sabtu adalah hari melawat mertua so takde apa aktiviti kecuali pergi birthday party anak2 cousin hubby di Shah Alam, so aktiviti dipenuhi dengan makan dan makan sahaja.. Seperti biase budak2 la happy kalo pergi birthday party kan, tapi mak budak pun terlebih excited bila anak2 main games hahaha..

happy birthday dania dan dahlia!!
Izz with uncle clown, seriusly saya terkejut bila tengok Izz dah tak takut dengan clown, before this kalau nampak clown confirm menangis.. Time ni Izz tengah nyanyi "twinkle2 lil star", cute jek!!

Hari Ahad dimulakan dengan pergi melawat our friend's newborn, comel sangat baby zafirah.. "aunty doakan zafirah sentiasa sihat dan kuat ye, cepat besar ye sayang".. Sebelum balik sempat saya bisik kat mama zafirah supaya terima takdir dan kuat terima ketentuan Allah..

Selepas tu hubby plan nak ke Setia City Mall tapi sebab GPS kami yang bengong, makan sampailah kami ke Empire Shopping Mall (hahaha tak ke jauh bunyinya tu!!).. Hubby menuntut hadiah birthday dia yang saya buat2 tak ingat hahaha tapi kalau dah dia mentioned takkan nak buat2 lupa kan, tapi i ikhlas ok.. So dapatlah 2 belt yang dia berkenan, kopak lah makcik untuk bulan ni hahaha ehh!! ikhlas2!! Dan untuk birthday dinner saya belanja makan kat Serai, dapatlah one slice pavlova sebagai kek birthday dan juga nyanyian merdu birthday song dari si comel Izz Iskandar untuk his abah..

Izz beria nyanyi birthday song..
This was mine, hahaha gile makan tak hingat..
Izz bersama broccoli soup.. Kekaguman tengok dia makan sup ni masih bersisa tapi rasenya kalau dia nampak broccoli tu sebiji2 confirm dia tak makan punya!!!

Hehehe HAPPY BIRTHDAY SAYANG!! We love u so much!!


Luv,

No comments: