25.4.13

Taksub..

as salam...

Banyak benda yang membuatkan saya berfikir sekarang ni, especially pasal politik yang tak sudah.. Mungkin hanya akan surut lepas keputusan PRU13 keluar, tu pon kalau puak2 yang bertanding ni terima keputusan dengan tenang dan berlapang dada.. Kalau ada yang tak puas hati itu ini, mungkin akan panjang lagi la ceritanya kan...

Saya teringat perbualan dengan seorang pakcik beberapa tahun dahulu, 2008 to be exact, pakcik ni driver di PU Butterworth.. Masa tu saya ditugaskan untuk menemuduga calon2 yang nak kerja dan pakcik ditugaskan mengambil dan menghantar saya ke hotel dan PU setiap hari untuk seminggu.. Saya tak ingat nama pakcik tapi saya namakan dia Pakcik X sempena Prof X dalam cerita X-Men (hahahaha tetiba je, takde kena mengena langsung)

Perbualan dengan Pakcik X bukanlah berkisarkan politik tapi lebih kepada ketaksuban pada sesuatu benda..

"Puan tau tak kenapa pegawai2 xxxxx ni ramai yang sombong dan bangga diri? Sebab orang2 bawah semua kena sembah dan tabik kat diorang setiap masa.. Cuba pokok kayu tu orang sembah tiap2 hari, dari cuma pokok kayu je pon boleh jadi pokok berhantu.. Taksub sangat.. Tapi tak semua lah macam tu.. Pakcik ni dah 30 tahun kerja dengan diorang"

Perbualan ini hanya pendapat peribadi Pakcik X dan saya tidak mengiya atau menidakkannya, semua orang berhak beri pandangan di negara yang demokrasi ni kan.. So jangan salahkan Pakcik X jika anda tidak bersetuju..

Saya nak relatekan dengan situasi kita sekarang.. Kalau dah setiap masa dengan smartphone, tengok status fb dan tengok utube asyik mengulang kutuk orang tu tak betul, orang ni tak betul.. Lama2 kita pun terpengaruh dengan cerita2 yang disogokkan, sahih ke tak semua tolak tepi sebab apa... terlalu taksub!! Terima semua tanpa difilter dulu..

Tapi again kita tak boleh nak halang berita/fitnah tersebar sebab negara kita negara demokrasi, semua berhak untuk bersuara, berkongsi pandangan dan mencuba nasib.. Cuma jangan paksa orang lain terima ideologi kita dan janganlah cuba menghasut dan suka tengok orang berpecah belah.. Ilmu sedikit jangan cuba nak jadi cikgu, belajar dulu dan cari cikgu yang betul nak mengajar ke arah kebaikan bukan semata-mata untuk kepentingan/kepuasan peribadi..

Sekian, terima kasih..

Terima kasih Pakcik X, saya doakan pakcik sentiasa berbahagia selalu...


Luv,


22.4.13

STOP!!

as salam...

Kejadian malam tadi T__T


Abah      :  pas.... umno... bla bla bla... politik...
Mummy  :  politik..... bla bla bla bla.. pas.. umno...

*gaduh manja*


Iskandar  :  mummy!! abah!! stop stop stop!!!

Abah       :  bla bla bla... politik... umnongok!!!
Mummy   :  bla bla bla... politik... pas boleh blah!!!!

*gaduh kasar*


Iskandar  :  mummy stop!! abah stop!! STOP!!! (siap buat sign tangan suruh stop)

Abah       :  politik2!!! semua salah umno....
Mummy   :  politik2!!! semua salah pas....

*gaduh giler ganas*


Abah masuk bilik air....
Mummy nangis2....

Iskandar  :  (tengok mummy nangis) kenapa mummy nangis?!! (pegi kat pintu bilik air) abah, mummy nangis!!! (datang semula kat mummy) mummy jangan nangis!!! *hugs mummy* mummy jangan nangis, Izz sayang mummy!!!


Alhamdulillah, saya diberikan kekuatan oleh anak sekecil 4 tahun.. He never judge me and always showered me with his loves, unconditionally.. Nothing else I should ask kecuali cepatlah habis musim PRU ni...

Btw, sila jangan buat spekulasi, kami laki bini mmg suka hover kalau berdebat especially pasal politik ni, hahahaha...

Peace no war!! I still love u sayang..


Luv,


13.4.13

2nd Pregnancy : My WISH lists..

as salam..

Here's my wishlists for this time pregnancy.. Those are big items and a bit pricey, that's why i'm calling it wishlist, hehehe so if i cant get it.... well nevermind, it just a wish maaaa ^_^


Quinny Zapp Extra Stroller + Maxi Cosi Carrier
(already bought it with hubby's bonus, ours is black)


Looking forward for this, Medela Free Style Breastpump


Tommee Tippee Steriliser + Warmer
 
 
Fisher Price Newborn to Toddler Rocker
 
 

Ok, thats all for now.. ^_^ *blinking eyes to mr hubby*


Luv,


12.4.13

2nd Pregnancy : Big Baby????

as salam..

My pregnancy dah masuk 32 weeks, latest checkup last Tuesday baby weighted 2.02kg, mummy 67kg.. Marilah sama2 menggemukkan diri wahai anakku hahaha!!!

Alhamdulillah semua normal dan progressing well.. Seperti biase ditemani oleh abg Izz sebab hubby outstation.. Saya dah start merasakan Braxton Hicks, sakit bila perut tegang2 ni, rase tak selesa dan saya terima seadanya, sakit tu nikmat!! ehh!!! hahahaha

Doc tanya birth plan saya, samaada mau amik epidural seperti dahulu, dan dengan confident makcik jawab, "if second baby ni cepat sket process (nak beranak) kan doktor?, kalau boleh tak payah la amik epidural".. She answered "haah, biasanya kalau dah second baby ni cepat but are u sure?" hahaha saya sambung "tengoklah keadaan masa deliver tu nanti" hehehe.. Conversation mengenai process nak beranak ni membuatkan saya seriau, omg another 8 weeks to go!!!!

Masa scan session, doc cakap baby adik ni ada potensi besar, estimated birth weight kalau ikut chart lebih kurang 3.5++kg, so makcik sekali lagi dengan confident tanya, "if baby besar boleh normal ke doc?" dan dia jawab "depends on u jugak, tengok boleh lepas ke tak, maybe boleh induce after 38 week but kena make sure u memang dah ready" Alamak another induce experiance membuatkan saya cuak..

Hahahaha pastu terus tak tanya soalan kat doktor dah.. Terus jugak tak beli ice blended kat Coffee Bean kat bawah macam selalu2 saya buat hahaha tapi skrang tengah minum teh ais tanpa rase bersalah!!! hahaha (orang cakap kalau banyak minum ais banyak2 nanti baby besar, orang cakap lah!! tak tau betul ke tak)

Tapi bila saya google pengalaman2 mommies lain, biasenya ultasound scanning sometimes tak betul, estimated hanyalah guestimated!! hehehe sedapkan hati sendiri tapi bila terpikir balik dulu time Izz, estimated birth weight dia lagi kurang dari yang sebenar, hahahaha i should be "cuak" right now!!!

Tolong doakan saya dapat bersalin secara normal ye kawan2, semoga jugak takde sebarang komplikasi insya Allah..

Tq loves!! Sayang kamu ketat2!! ^_^


Luv,


10.4.13

Entry birthday yang tertunggak : Happy Birthday to My Love!!

as salam...

Hello semua.. Long time no see kan.. Banyak benda nak cerita ni selepas 2 minggu menyepikan diri ^_^ tapi kita dahulukan cerita yang penting ye..

Last Friday, my hubby punya birthday (5 April) tapi sebab saya sedang berkursus di JB kan so wished birthday thru telephone jek.. Mak busy ok sebab nak kena amik test, so wished pun short and simple "happy birthday sayang, ok bai!!" hahaha..

Jumaat malam tu baru kami berjumpa di rumah, tu pon macam dah lambat dan masing2 kepenatan, tapi memandangkan hari jadi orang tersayang, saya gagahkan jugak diri untuk ajak hubby pegi dinner (hahaha padahal dia lagi bersyukur kalau tak pegi mana2!!).. Tak tau nak ke mana, kami pun ke Wangsa Walk saje, jalan2 pilih tempat makan pastu hubby ajak tengok movie tapi sebab takde cerita menarik nak bawak Izz tengok so kami plan nak makan saje tapi Izz pulak nampak tempat games so terpaksalah melayan dia main2 dulu..

Lepas puas main games, baru lah pegi makan tu pun masing2 dah merah2 mata menahan mengantuk, lepas makan terus balik umah tido, hahaha simple sungguh sambutan birthday my hubby...

Hari Sabtu adalah hari melawat mertua so takde apa aktiviti kecuali pergi birthday party anak2 cousin hubby di Shah Alam, so aktiviti dipenuhi dengan makan dan makan sahaja.. Seperti biase budak2 la happy kalo pergi birthday party kan, tapi mak budak pun terlebih excited bila anak2 main games hahaha..

happy birthday dania dan dahlia!!
Izz with uncle clown, seriusly saya terkejut bila tengok Izz dah tak takut dengan clown, before this kalau nampak clown confirm menangis.. Time ni Izz tengah nyanyi "twinkle2 lil star", cute jek!!

Hari Ahad dimulakan dengan pergi melawat our friend's newborn, comel sangat baby zafirah.. "aunty doakan zafirah sentiasa sihat dan kuat ye, cepat besar ye sayang".. Sebelum balik sempat saya bisik kat mama zafirah supaya terima takdir dan kuat terima ketentuan Allah..

Selepas tu hubby plan nak ke Setia City Mall tapi sebab GPS kami yang bengong, makan sampailah kami ke Empire Shopping Mall (hahaha tak ke jauh bunyinya tu!!).. Hubby menuntut hadiah birthday dia yang saya buat2 tak ingat hahaha tapi kalau dah dia mentioned takkan nak buat2 lupa kan, tapi i ikhlas ok.. So dapatlah 2 belt yang dia berkenan, kopak lah makcik untuk bulan ni hahaha ehh!! ikhlas2!! Dan untuk birthday dinner saya belanja makan kat Serai, dapatlah one slice pavlova sebagai kek birthday dan juga nyanyian merdu birthday song dari si comel Izz Iskandar untuk his abah..

Izz beria nyanyi birthday song..
This was mine, hahaha gile makan tak hingat..
Izz bersama broccoli soup.. Kekaguman tengok dia makan sup ni masih bersisa tapi rasenya kalau dia nampak broccoli tu sebiji2 confirm dia tak makan punya!!!

Hehehe HAPPY BIRTHDAY SAYANG!! We love u so much!!


Luv,