21.3.13

Kids Day Out : Hello Kitty Town dan Lil Big Club, Puteri Harbour JB

as salam..

Maaf untuk mendiamkan diri seketika ini, many things happen beyond my control lately, chewahhhh hehehehe ok itu alasan je sebenarnya..

This entry saya nak cerita pasal keseronokkan kami bercuti di JB last 2 weeks, specifically cerita kegembiraan kanak-kanak ribena di Hello Kitty Town dan The Little Big Club, Puteri Harbour JB..

Plan asal adalah nk meraikan perkahwinan Din 10/3/13 (our schoolmate tapi sumpah saya tak kenal dan tak penah perasan dia mase kat sekolah 15 tahun dulu hahaha) but since dah pegi ke JB so kami pun membuat plan menyeluruh untuk bercuti hujung minggu di JB, siap amik cuti Jumaat dan Isnin lagi.. Accomodation memang tak perlu risau kalau ke JB sebab semua free hehehe, kami tido 2 malam di rumah Kak Ninie dan satu malam di umah makcik hubby..


9 Mac 2013

Kami ke Puteri Harbour hari Sabtu, kul 10 dah sampai hehe senang je ke sana sebab Kak Ninie ikut sekali, dia memang terer jalan2 kat JB ni.. Sebab sampai masa opening time, so memang tak ramai orang, tak payah queue panjang pon.. And yang paling best kebetulan Kak Ninie ada kawan yang kerja kat sini so kami dapat discount 10% untuk tiket masuk..

Harga tiket untuk pemegang Mykad adalah RM50 for each park tapi kalau beli untuk 2-2 park (Hello Kitty dan Lil Big Club) dapat RM85 seorang..

Bangunan ini ada beberapa tingkat, yang bawah sekali kaunter tiket dan ada kedai jual souvenir dan cafe..

Second floor adalah Hello Kitty Town..


Area ni adalah sangat comel, sesuai lah dengan character Hello Kitty pon, girly2 giteww tapi anak i lelaki, camno?!!! hahaha belasah je... Ada beberapa aktiviti yang boleh dibuat kat sini, antaranya jalan2 dalam rumah Hello Kitty, oklah dapat tengok camne rupa rumah imaginasi Hello Kitty; ada hall, bedroom, kitchen, bathroom, ada wardrobe lagi uuu!!! hahaha

 
 
Lepas dah jalan2 dalam rumah Hello Kitty kami ke tempat aktiviti yang lain; nails decoration hahaha ni adalah aktiviti budak2 pompuan, menghias kuku masing2 tapi saya layan jugak lah bila Izz pon sibuk nk tampal sticker kat kuku dia cuma abah dia tak kasi colour kuku je..




Then kami ke kitchen untuk mendecorate biscuit Hello Kitty pulak.. Sorang satu dapat biskut bentuk Hello Kitty dan boleh hias guna chocolate dan strawberry jem yang disediakan, bila dah siap boleh lah di makan biskut masing2, tapi tak sedap sangat pon, hehehe Izz and abah dia je yang makan beria..



Ada juga tempat untuk amik gambar pakai costume.. Tapi kami tak beli pon gambar tu sebab mahal hehehe..



Ada satu lagi aktiviti, buat rantai hmmm actually diorng kasi satu rantai dan boleh pilih satu bentuk pendant, tu je..

Lepas dah beraktiviti tu, budak2 dah teruja bila nampak ada play area so spent about 1/2 hour kat situ kasi diorang lari2 panjat semua..

Bila dah penat, kami sambung masuk Black Wonder, area ni agak suram2 sket, maybe nak tunjuk another side of colouful Hello Kitty hehehe, macam masuk dalam istana lama dan ada aktiviti jugak yang boleh dibuat, iaitu cari perkataan tersembunyi.. Kalau dapat cari akan dapat sijil but malangnya kami tak dapat hahaha semua sebab Izz yang asyik takut2!!! je dalam tu, siap menangis lagi, ngade2 sungguh..



Ok, selain daripada aktiviti tu semua, ada juga parade by Hello Kitty and the gang dan ada stage show.. So kena alert dengan jadual yang diorng sediakan, ada time untuk show2 ni semua.. Kanak2 ribena seronok lah dapat dance2 dengan Hello Kitty ni, parents tengok je lah..




Ada tea cup ride jugak yang Izz dan abahnya repeat naik beberapa kali, hehehe...



Di floor ni ada satu food stall tapi just jual simple meal je lah, kalau lapar sikit2 tu boleh la singgah, nak alas perut kan..


2nd dan 3rd floor adalah Little Big Club..

2nd floor..

This park memang berbaloi untuk bawak boys sebab banyak fav cartoon characters yang diorang kenal, such as Thomas & Friends, Barney, Pingu, Bob the Builder dan juga Angelina Bellerina untuk girls.. Kat park ni ada beberapa area untuk each characters.. First akan jumpa area rumah Barney dan ada time jugak maskot Barney akan keluar untuk bergambar.. Lepas tu ada studio menari Angelina, sama juga, ada time si Angelina ni akan kluar untuk ajar kids menari hehehe cute je bila girls kena pakai tutu and crown, tapi tak sesuai la for boys kan...

Then ada rumah igloo Pingu, dalam tu ada beberapa games untuk kids dan parents.. Kat sini je hampir 1/2 hour kami menanti Izz dan Niena puas main..

Selain tu, ada play area untuk character Bob the Builder, another 1/2 hour spent here.. *pengsan*



Di floor ni ada satu stage yang besar kat pintu masuk, untuk show Thomas & Friend but ada time dia sendiri la (again!! sila semak jadual show) Izz sangat enjoy masa tengok sing-along show ni dan siap joget2 lagi hehehe kids memang cute kan?!!

Bila dah penat, budak2 mengadu lapar so kami makan simple meal di floor ni, stall dia kecik je dan makanan tak banyak pilihan..

Bila dah recharge, kami ke third floor..

3rd floor..

Kat atas ni memang happening, ada few rides sesuai untuk preschool kids, parents pon boleh join sekali, confirm diorang akan sangat happy..

First kami naik Thomas the train ride (the only ride for preggy mommy ye).. Oklah pusing2 je naik train hahahaha


Then diorang naik flying bus..



After that, Niena nak naik bumper car tapi Izz tak lepas height yang ditetapkan so Niena enjoying her bumber car ride with Kak Ninie while Izz naik helicopter with his abah.. mummy jadi penonton je lah!!!



Lepas tu, diorang naik windmill pusing2 pulak..



Last sekali, naik this ride, apa benda nama eh?!! Suka sangat budak2 ni sampai taknk turun, luckily tak ramai orang so adik yang jaga tu kasi je diorng main sampai 3 kali, hehehe..



Kat atas ni ada kawasan kedai makan yang agak besar dan selesa compared to the other 2 floors.. Banyak jugak pilihan makanan tapi sebab kami dah agak kenyang dan after selesai main kat parks ni kami dah plan nak makan with Abg Man kat area Tanjung Pelepas so kami tak makan kat sini..

Habis pusing both parks dan sampai budak2 cakap ok we're DONE!! baru kami turun semula ke bawah tapi tak sangka hujan sangat lebat so naik semula ke Hello Kitty Town (as long as u tak tanggal gelang kertas entrance tu so boleh masuk banyak2 kali), sempat la tengok another round of stage show dan naik tea cup ride tu...

Agak2 hujan dah reda, kami turun untuk keluar but nak keluar ni kena lalu kat kedai sauvenir dulu, so spent a few bucks there untuk anak2 happy.. Belikan Izz pencil case dan VCD Thomas dan sling bag untuk Niena..



Keseluruhannya, kami habiskan masa dari kul 10 hingga 12.30 di Hello Kitty Town dan 12.30 hingga 3.30 di Lil Big Club..




Sebelum balik, singgah di surau dulu tapi surau dia kecik je, not gud.. not gud.. tak selesa tapi bersih cuma mesti sempit kalau ramai orang.. itu je my complaint hehehe..

Conclusionnya, taman tema ini memang menyeronokkan untuk kanak2.. Selesa dan bersih, bilik air pon sangat dijaga rapi.. My kid sangat happy dan tak abis2 cerita his experiance.. Cuma rasenya jangan datang time school holiday kot, confirm ramai orang hehehe..

Oklah tu je, enjoy ur trip there for those yang akan ke sana.. Happy2!!!



Luv,

1 comment:

Irma Ruhani said...

wah, bestnya... thanks for the reviews.