6.3.13

2nd Pregnancy : 3 kgs in a month.. omg!!!

as salam..

Semalam saya ada checkup dengan Doc Seri.. To dated, my pregnancy dah masuk 27 week, weighted 65.4kg *pengsan*, baby dah 1kg..

Hahaha dah agak dah my weight gain mesti naik mencanak punya, dah doc question kenapa sebulan naik sampai 3 kg?!! Waduh2, baru last month show off berat tak naik, tak pasal2 kena diet plak, deng!! Ok fine!! Kawan2 seopis, sila jangan ajak saya makan lunch benda2 merepek lagi (last month kami makan steak sampai 2 kali dalam seminggu!!)

Semalam abg Izz teman mummy tengok baby adik, macam biase lah kan sebab hubby kena outstation lagi.. Seronok betul pegi PCMC time weekday ni, saya sampai 5 minit sebelum schedule time, dalam setengah jam dah siap scan n jumpa doc semua.. Lepas tu amik ubat n layan Izz makan nasi lemak kat Coffee Bean sambil saya minum coffee ice blended hehehe sebulan sekali je pekena ice blended, kira ok lah kan, hehehe..

Boleh tak masa scan tu saya tanya doc, "baby still boy ke?" hahaha gilo betul soalan aku ni, and doc answered me "haah, sorry dear.. confirm boy!!".. Bukan apa, saya terpengaruh betul bila akak2 kat opis ni asyik cakap diorang agak2 baby saya girl, macam2 teori la diorang buat hahaha siap cite la scan2 ni bukan 100% confirm, hmmmm memang lah kan.. Tu semua Allah punya kuasa ^_^ cuma saya harap baby sihat fizikal dan mental, sempurna dan dipermudahkan semua untuk kami, amin!!!

So far memang takde beli barang baby lagi pon, mood shopping tak datang lagi lah.. Hubby dah tanya2 jugak bila saya nak cari barang baby, tapi entah la.. Saya ingat nak selongkar baju2 Izz masa baby dulu, tengok mana yang boleh pakai lagi, tapi bila pikir nak mencari kotak dalam stor azimat tu, malasnya la!!! Dah la bibik pon tak boleh harap sangat, kalau suruh kemas dia main letak2 je macam Izz susun blok mainan dia, Izz pon lagi creative.. Tengoklah, maybe next month kot baru ready pape yang patut.. Saya tengah berpikir2 ni apa yang nak dibeli, rase macam nk beli stroller baru, rase macam nk beli baby cot baru hahahaha semua pon nak baru..

Oklah, dari saya terus merepek.. Baik stop.. ehh!!! sebelum tu.. Semalam lepas habis semua urusan di PCMC saya tanya Izz nak buat apa for the rest of the day sebab kul 12 dah settle n saya dapat m.c kan hehehe, Izz cakap nak gi painting (he refers to art's class kat great eastern mall) then saya cakap ok, kita pergi after mummy semayang zohor kat umah.. But bila dah sampai rumah, saya start mengemas mainan2 Izz semua dan terbaring kepenatan.. Lepas saya siap semayang, Izz datang kat saya n cakap, "mummy, no painting lah, mummy tired kan, mummy sleep, Izz watch cartoon aje!!" how sweet lah that boy!!! hehehe please beware all girls out there, here come a gentleman with his sweet talk to melt ur heart!!!

#prayforSabah


Luv,


No comments: