25.2.13

Cerita HOT!! - PRU13 dan kisah cinta tragis...

as salam..

It's Monday but it's OK!!!

Kehidupan saya dah kembali normal bila Getz dah boleh bergerak semula, thanks to hubby.. u are my hero, as always!! hahaha

Tau tak apa cerita yang gila kentang HOT sekarang ni?!! Mestilah pasal PRU13 kan.. Kat rumah pon setiap hari saya akan dengar hubby mengomen pasal pilihanraya, setiap hari jugak akan dengar (dan buat2 tak dengar) ceramah politik sana sini bila hubby bukak youtube.. For me, everything getting irritated and annoying.. Kadang2 saya rase gila melampau orang2 politik ni, cakap macam dia je yang betul, especially bila bab mengutuk dan menjatuhkan hukum, gila lah buat main hukum hakam ni, dan yang bestnya ada pulak yang menyokong!! Kenapalah tak guna otak yang Allah bagi untuk berfikir secara rasional.. Balik2 yang rugi orang kita jugak tapi masalahnya yang menjahanamkan pon orang kita jugak!! Itulah bila nafsu dah menguasai otak.. Hebat sangat ke kita ni sampai hukum Allah pon nak langgar?!! Benda simple pon tak boleh nak buat lagi nak rase HEBAT.. cer try test buat lalat sekor, boleh tak?  

Bila pilihanraya adalah soalan cepumas sekarang ni, macam2 spekulasi lah, but for sure tarikh 22/2 bukan tarikh bubar parlimen yang ditunggu2.. mungkin 1/3 kot.. Yang pasti bubar parlimen confirm sebelum mengundi dan mengundi lepas bubar, hehehe.. Takpelah, kita tunggu je lah dan saya berharap PRU14 nanti tak payah lah nk berteka teki sangat, tahun 2018 tu insya Allah Malaysia dah jadi negara maju, so jangan la takut sangat, be gentle please!!

Bila cakap pasal politik, sometimes saya akan jadi emo especially bila bercakap dengan orang yang tidak sealiran, selalunya saya akan diam bila rase "this things are going to be mess".. Tak payah pergi jauh lah, dengan boss kat rumah pon sama, walaupun kami berkongsi cinta yang sama chewahhh!! tapi pendapat politik kami berbeza, provokasi selalu menjadi punca saya tarik muka dan hubby akan ajak Izz ketawakan saya bila saya jadi emo tak tentu pasal.. Tapi percayalah, percanggahan pendapat itu bagus bila dibahas secara ilmiah dan emosi terkawal serta dengan fakta yang benar tapi kurangkan provokasi kepada pihak lawan.. People are different and it's normal if we thinking in different way, kalau Allah buat manusia tu semua sama, senang lah kan, tak payah ada undang2 semua.. Itu semua rahsia Allah dan tugas kita mudah, hidup berlandaskan Al-Quran dan Hadis.. Wahhh berat topik ni dan saya sesungguhnya bukan lah orang yang layak untuk bercakap..

For myself, PRU13 ni adalah kali ketiga saya boleh mengundi, tapi untuk 2 PRU yang lepas saya tak mengundi pon, mungkin jugak untuk yang ketiga ni, sebab tempat mengundi saya di kampung sedangkan saya ada di KL, memang ada niat nak tukar tempat mengundi tapi saya sayang nak erase alamat Kampung Air Merah dari IC saya (hahaha alasan!!!) haha actually saya tak pasti nak pangkah siapa, silap pangkah buruk padahnya so biarlah saya jadi pemerhati sahaja, at least saya tak dapat dosa bila salah pilih pemimpin hahahaha.. Sejak kecil saya dah terbiasa dengan parti "tupperware" sebab mak selalu bawak, tapi sekarang ni dah banyak parti lain, contohnya "apple lady" dan "luminarc" so saya tak tau nak pakai brand apa dah.. Perlukan saya mencuba yang baru atau guna yang lama?!! hahaha

Ok, habis pasal PRU13, ni lagi satu cerita HOT kentang!! pasal fizz fairuz (FF)-almy nadia (AN)-azlyn masiela (AM).. hahaha cerita hangat artis yang dah macam sinetron indon.. Sapa yang follow cerita diorang ni mesti tau kan so takyah lah akak kepochi di sini, secara ringkasannya si FF yang dah bercinta 7 tahun bagai nak rak dengan AN tetiba bertunang secara rahsia dengan AM, seminggu lepas tu FF umum putus tunang sebab AM sebenarnya isteri orang, suami AM sendiri yang jumpa dan terangkan pada FF pasal AM yang jadi second wife dia dan diorang kahwin di Siam dan tak daftarkan di Malaysia dan semua orang tak tahu pasal diorang dah kahwin, AM penah sakit hilang ingatan.. Sehari lepas tu AM keluarkan kenyataan FF tipu dan nak buruk2 dia dan keluarga dan nafi dah kahwin secara rahsia dan salahkan AN sebab masih berhubung dengan FF.. 

Seronok betul makan popcorn sambil menghayati plot2 dan subplot kisah cinta tragis mereka.. Setiap hari mesti ada perkembangan yang baru dan semakin dramatik hahaha.. Agak2nya ada kot produser yang nak amik buat telenovela ni kan, confirm letup meletop.. Saya memang suka gosip2 ni walaupun tidak berilmiah tapi bagi saya "something" untuk release tension, benda yang tak perlukan saya memerah otak untuk berfikir dan terhibur hahaha terima kasih artis Malaysia ^_^


Luv,


4 comments:

lala yusof said...

jom undi sape yg anda nak undi;-)

Irma Ruhani said...

Haha kerana PRU13 rumahtangga pun haru biru..Dapat bayangkan tak... bila salah seorang pasangan tu benar2 terlibat dengan urusan pilihan raya..lagi panas telinga disindir dan di kutuk...

HaNiE said...

yes lala yusof, undi adalah hak anda!! hehe and undi adalah rahsia ^_^

HaNiE said...

yes dear irma,
i can imagine that.. bila semua benda pon nak babitkan politik, memang buat naik hangin je, hehehe but we should remain cool kan, hehehe tektik encik2 suami je ni, saje nak cari benda buat gaduh2 manje...