18.2.13

Cerita Hari Ini 18.02.13 - Getz having monday blues!!!

as salam...

Salam monday blues!!

Memulakan hari dengan sungguh ceria walaupun terpaksa berhempas pulas menyiapkan Izz ke sekolah, dah bribe macam2, siap bukak cartoon nak suruh dia cepat bangun tapi tetap seperti hari2 yang lain jugak, disaster!!! hahahaha

Bila dah siap dengan semangat, tiba2 keter plak tak boleh jalan, rupanya tayar depan pancit, waduh2!! dugaan besar di permulaan minggu.. Terus hantar Izz balik rumah, tukar baju dia dan kasi dia tengok cartoon.. Izz sangat happy tapi tetap bagi soalan untuk cover kehepian dia, "Izz tak pegi school ke mummy?" "Oooo car mummy wheel dia rosak kan mummy kan?" "Izz duk umah ngan bibik ke?"

Dah settlekan Izz, saya start berjalan kaki ke opis tapi sampai blok hujung jalan tetiba nampak lancer my opismate masih di parking, terus texted dia mintak tumpang hehehehe.. Nasib baik ada kawan, kalau tak pecah rekod ai kena jalan kaki gi opis..

Sampai opis, terus meraih simpati ngan my staf "Kesian saya pagi ni, dah la keter tayar pancit, laki pulak jauh, nasib baik tak kena jalan kaki, kalau tak mesti tengahari baru sampai" hahahaha.. Sekarang my opisboy tengah tengok2kan kereta tu, dia tanya ada spare tyre tak, saya jawab ntah la ek, u tengok la apa yang ada, hahahaha serious semua pon saya tak tau sebenarnya..

Kalau tak boleh betul, back to my original plan kecemasan, biar je lah getz tu tersadai kat parking sampai hubby balik, hehehe.. Confirm yg paling seronok adalah Izz sebab dapat cuti kecemasan jugak..

Hmmm hopefully dapatlah opisboy tu betulkan keter saya.. Sekian cerita hari isnin saya.. hehehe

Bye.. eh!!! ^_^


Luv,


No comments: