14.1.13

Iskandar's 4th birthday celebration...

as salam...

Selamat hari isnin, semoga kita semua lebih produktif ^_^ eventho sedang mengalami monday blues hahahaha macam diri sendiri jek, ehh!!!

So today saya nak update cite tertangguh minggu lepas, hehehe entri untuk birthday Izz Iskandar.. Boleh la kan dari takde update langsung..

Kami buat makan2 sikit last weekend, bersempena masuk rumah baru dan birthday Iskandar yang ke-4 (entri khas untuk perkembangan anak bujang tu akan dibuat nanti... insya Allah!!!) dan juga sebab ATM menang piala sumbangsih hahahaha yang ni hubby buat lawak masa bagi ucapan alu2an masa kenduri tu..

Despite of ketiadaan air yang melanda 2 hari sebelum majlis dan membuatkan kami kelam kabut sekejap hehehe tapi alhamdulillah hari majlis berlangsung air kembali berkhidmat, fiuhhh!! kalau tak berpeluh nak angkut air dari ground floor..

Rumah baru kami ehhh bukan rumah kami pun, saya masuk kuaters dalam kawasan kem je, selain dekat gile dengan opis (tapi masih bawak keta ke opis!!) alasan utama adalah untuk merasa rumah yang luas sket, chewahhh!! oklah, selesa untuk kami anak beranak, kalau family datang pon takde lah cramp macam duk kat gurney heights tu, Izz pon seronok dapat bawak basikal dalam rumah, taklah asyik langgar dinding macam rumah sebelum ni.. But saya rindu rumah gurney heights sebenarnya, kat sana kalau jerit dari bilik pon satu rumah boleh dengar, tak yah jalan jauh... Izz dah pandai demand, kalau keluar jalan2 mesti nak balik rumah big (read:kuaters) taknak balik rumah small (read:gurney heights) dah, hamboi2!!!

Ok balik ke cerita asal.. Actually kami plan nak sambut birthday Izz macam yang biasa kami buat, pegi Genting je but bila terpikir nak buat doa selamat masuk rumah baru so kami sekalikan je buat double celebration.. Ingatkan nak panggil jiran tetangga and kariah surau kawasan ni je tapi sebab dah nk buat birthday so kami pon jemput lah kawan2 yang terdekat, family dan kawan2 opis.. Sorry lah pada yang tak dapat jemputan, mungkin saya terlupa dan please blame my hormone hahahaha a week before majlis saya agak tak sihat, m.c seminggu uu!!! hahahaha

Terima kasih tak terhingga pada yang family dan kawan2 yang banyak menolong especially my mak n abah serta dian, sanggup datang awal nak membantu.. pada mama yang jadi "caterer" terjun walaupon bayaran kami ciput je tapi makanan yang disediakan melebihi jangkaan dan mendapat pujian ramai, adik beradik hubby yang datang menolong, family mak teh dari port dickson dan family dari shah alam.. Jiran tetangga yang datang.. Dan kawan2 yang sentiasa support kami, walupon nak masuk kawasan kem ni agak susah dan sesat barat nak jumpa rumah kami dengan direction yang kelaut hahaha thanks guys!! aku tau korang memang sanggup bersusah payah dan always at my side (emo plak!!) Pada yang tak dapat hadir (especially Kak Ninie) thanks for all the wishes and doa.. Luv u all!!! hahaha ni birthday aku ke birthday Izz?!! ehh!!!

Jom layan gambar ^_^ more pictures di fb ye

birthday boy!!
angry bird's birthday cake..
Izz with angry bird balloons..
cake by mycuppycupcake
candy corner..
the crowds.. thanks for coming ye, ni pertandingan lepaskan balon yang berbelit2 hahahaha
table set up by me ^_^
starry lolipops.


last but not least... mak birthday boy!!  

For those yang sedang mencari idea untuk membuat candy corner sendiri, bolehlah tiru idea akak ni yek hahaha walaupun tak berseni tapi oklah.. Kalau nak yang meletop perlulah serahkan pada yang pakar tapi kalau budget tight serta kekurangan masa bolehlah d.i.y sahaja.. Firstly kena ada balang2 yang lutsinar, boleh beli atau pinjam kawan2 yang ada, in my case beli di chow kit saja, lepas tu kita decorate sikit dengan reben2 ikut suka walaupon tak kena dengan warna tema, hehehe.. After that bolehlah masukkan candy2, marshmalow, gula2 dan apa2 saje manisan kegemaran.. Kalau boleh carilah yang cute2 supaya cantik dipandang dan sedap di makan, again, in my case saya beli di chow kit jugak, murah dan banyak pilihan.. Mostly barang2 untuk birthday party ni memang saya beli kat chow kit je sebab murah dan banyak choice, cuma kena rajin berjalan la...

Untuk birthday cake and cuppies saya order daripada mycuppycupcake, sebab utama saya pilih mycuppycupcake adalah kerana location yang dekat dengan rumah so senang nak amik dan design yang dia buat sangat cute... Harga dia berbaloi lah dengan design yang dia buat...

Untuk belon2 angry birds tu pulak secara tak sengaja saya terjumpa dengan abg zul di pasar pagi setiawangsa a day before event, actually saya dah survey nak order belon helium di balloon buzz tapi dah jumpa yang lagi murah so why not kan, lagipun abg zul siap buat delivery ke rumah lagi.. Cuma belon angry bird tu tak cukup untuk semua kids yang datang, sorry ye salah budget plak... 

Oklah, thats all for now.. See u in the next entry ye ^_^ 

Bye and gud nite (entry ni ditulis pada jam 8 pagi dan selesai karangan jam 10 malam hahahaha gile lama nak menyiapkan satu entri je pon!!!)


 
Luv,

1 comment:

glowing party house said...

Hati2... Make sure belon tu guna Helium, bukan self made gas-hydrogen.. silap gaya kene lilin,lighter,rokok boleh terbakar.

Kami party shop di kajang, dan pakar dalam hiasn belon balloon decoration dan helium balloons. Kami hanya guna gas helium asli selamat tidak teebakar. Www.facebook.com/glowingpartyhouse tq n becareful.