25.1.13

Family Outing : KLCC 240113

as salam..

Salam Maulidur Rasul... dah lepas sehari tapi semoga kita terus berselawat salam dan memuji junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w

Semalam bercuti sempena Maulidur Rasul, takde apa yang kami buat.. Pagi2 hubby dah sibuk berjogging sampai 4 kali pusing MinDef, sebab dia nak membakar 1000 kalori.. Hehehehe semua sebab dapat nasihat kesihatan daripada trainer tak bertauliah iaitu saya!! haha saya cakap kalau nak turun 1 kg kena bakar 1000 kalori, betul2 pulak dia buat tapi memang turun 1kg dengan segera... Saya pulak yg psycho dah sebab dia sibuk nak kurus tapi saya makin membesar, penat pujuk dia cakap nanti lah lepas saya dah bersalin baru kita kurus sama2 hahahaha dah tak pasal2 i rase macam taknak makan takut gemuk!!! padahal makan ke tak makan akak tetap akan blooming like balloon...

Tapi lepas zohor hubby ajak gi shopping, pandai dia ajak shopping betul2 time i dah dapat gaji + bonus sebab dia taknk swipe kad dia la tu... Macam biasa tempat pilihan adalah KLCC, untuk mengelakkan jam dan mengelak kos bayar parking, oklah dapat bawak Izz naik LRT..

Since my baby bump dah start showing, kenalah cari maternity clothes yang bersesuaian (hahahaha padahal penuh dah baju masa pregnantkan Izz dulu dalam almari) dan bagi memudahkan orang mengenalpasti bahawa saya tidak buncit tapi saya sedang preggy hahaha.. Lagi satu saya nak mencari kasut kerja yang super comfy bagi menampung lebihan berat badan yang terpaksa ditanggung oleh kaki saya.. My current 3-inch shoes is killing me softly..

Pemandangan biasa di mana2 shopping malls bila time cuti adalah padat dan merimaskan so hubby kasi saya 3 jam untuk bershopping lepas tu kena balik sebab dia ada hal malam tu.. So saya pon jalan2 dan shopping2 di tempat yang dah diplan awal2, sempat masuk mothercare untuk habiskan duit beli seluar baju Izz (kasi can lah bulan2 terakhir melabur untuk abg Izz, lepas ni dia kena share pelaburan dengan baby adik!!) Merata kami mencari kasut untuk Izz tapi budak 4 tahun ni kaki dia besar sangat, susah nak cari saiz..

Yang tak bestnya kat KLCC ni takde boutique untuk maternity clothes, so terpaksalah masuk Isetan untuk cari baju modernmum dan 9months tapi memang tak banyak pilihan, saya adalah kecewa!! Kasut lagi lah tak jumpa, last2 saya beli 4-inchs wedges dari charles&keith je, memang cari nahas hahahaha...

Bagi mengurangkan rase kecewa, hubby ajak makan kat Penang Village, oklah sempat saya tapau cuppies dari Bisou.. Tiba2 hubby tunjuk tiket wayang, hahahaha sempat dia beli tiket TGV masa saya pilih cuppies tu, so menungguhlah kami dari kul 4.30 petang sampai 8.45 malam sebab nak tengok movie "Juvana", alasan utama sebab adik dia ada jadi extra dalam cite tu, layan je lah... Jadinya takdelah nak balik awal ke hape, sampai rumah kul 11 malam jugak..

Kesimpulannya, i need another round of shopping for my changing body hahahaha..

Ok dah, bye...

Luv,




No comments: