30.1.13

sijil cuti sakit yang comel untuk Iskandar..

as salam...

Happy Wednesday guys!! feeling better hahahaha apasal tetiba soalan tak relevan ni?!!

Takde apa sangat nak share cuma last monday masa sedang bercuti ganti hari thaipusam tapi hubby tak cuti so plannya saya dan izz duduk di rumah saje.. Bila bangun pagi tengok mata izz penuh dengan taik mata so saya membuat anggapan budak ni kena sakit mata, bila sms hubby dia suh bawak izz gi klinik..

So saya pon membawa anak bujang saya gi klinik walaupun bila dah dibersih2kan dan dah mandi dah macam ok pulak mata dia tu.. Bila doktor check cakap its too early nak detect which is dia kena eye infection or trauma (luka dalam mata kena apa2) so doktor kasi ubat mata je and suh datang semula if mata dia tak baik within one week, baiklah!!!

Bila saya tanya boleh tak izz pegi sekolah esoknya (selasa) terus doktor jawab, takpelah i kasi m.c... Ok sangat cute bila budak 4 tahun dah dapat sijil cuti sakit sendiri.. Hahaha rase cam nk tukar nama kat m.c tu ke nama saya je..

Lepas tu saya bawak izz gi jusco, makan2 n main2 kat playground lepas shopping barang dapur sikit.. Sebelum asar kami dah balik rumah semula.. 

tunggu turn jumpa doktor
m.c comel
upah ice cream sebab teman mummy shopping

Sekian cerita cuti thaipusam saya hahahaha...

Owhh semalam izz m.c dari pegi school ^_^

Luv,





25.1.13

Family Outing : KLCC 240113

as salam..

Salam Maulidur Rasul... dah lepas sehari tapi semoga kita terus berselawat salam dan memuji junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w

Semalam bercuti sempena Maulidur Rasul, takde apa yang kami buat.. Pagi2 hubby dah sibuk berjogging sampai 4 kali pusing MinDef, sebab dia nak membakar 1000 kalori.. Hehehehe semua sebab dapat nasihat kesihatan daripada trainer tak bertauliah iaitu saya!! haha saya cakap kalau nak turun 1 kg kena bakar 1000 kalori, betul2 pulak dia buat tapi memang turun 1kg dengan segera... Saya pulak yg psycho dah sebab dia sibuk nak kurus tapi saya makin membesar, penat pujuk dia cakap nanti lah lepas saya dah bersalin baru kita kurus sama2 hahahaha dah tak pasal2 i rase macam taknak makan takut gemuk!!! padahal makan ke tak makan akak tetap akan blooming like balloon...

Tapi lepas zohor hubby ajak gi shopping, pandai dia ajak shopping betul2 time i dah dapat gaji + bonus sebab dia taknk swipe kad dia la tu... Macam biasa tempat pilihan adalah KLCC, untuk mengelakkan jam dan mengelak kos bayar parking, oklah dapat bawak Izz naik LRT..

Since my baby bump dah start showing, kenalah cari maternity clothes yang bersesuaian (hahahaha padahal penuh dah baju masa pregnantkan Izz dulu dalam almari) dan bagi memudahkan orang mengenalpasti bahawa saya tidak buncit tapi saya sedang preggy hahaha.. Lagi satu saya nak mencari kasut kerja yang super comfy bagi menampung lebihan berat badan yang terpaksa ditanggung oleh kaki saya.. My current 3-inch shoes is killing me softly..

Pemandangan biasa di mana2 shopping malls bila time cuti adalah padat dan merimaskan so hubby kasi saya 3 jam untuk bershopping lepas tu kena balik sebab dia ada hal malam tu.. So saya pon jalan2 dan shopping2 di tempat yang dah diplan awal2, sempat masuk mothercare untuk habiskan duit beli seluar baju Izz (kasi can lah bulan2 terakhir melabur untuk abg Izz, lepas ni dia kena share pelaburan dengan baby adik!!) Merata kami mencari kasut untuk Izz tapi budak 4 tahun ni kaki dia besar sangat, susah nak cari saiz..

Yang tak bestnya kat KLCC ni takde boutique untuk maternity clothes, so terpaksalah masuk Isetan untuk cari baju modernmum dan 9months tapi memang tak banyak pilihan, saya adalah kecewa!! Kasut lagi lah tak jumpa, last2 saya beli 4-inchs wedges dari charles&keith je, memang cari nahas hahahaha...

Bagi mengurangkan rase kecewa, hubby ajak makan kat Penang Village, oklah sempat saya tapau cuppies dari Bisou.. Tiba2 hubby tunjuk tiket wayang, hahahaha sempat dia beli tiket TGV masa saya pilih cuppies tu, so menungguhlah kami dari kul 4.30 petang sampai 8.45 malam sebab nak tengok movie "Juvana", alasan utama sebab adik dia ada jadi extra dalam cite tu, layan je lah... Jadinya takdelah nak balik awal ke hape, sampai rumah kul 11 malam jugak..

Kesimpulannya, i need another round of shopping for my changing body hahahaha..

Ok dah, bye...

Luv,




17.1.13

Izz Iskandar... mummy handsome boy!!

as salam..  



Alhamdulillah, mummy lil' boy already entered his 4th years old early this month.. Nothing to describe my feeling watching my son growing up infront of my eyes, from a cute lil' baby to this young handsome man, thank u Allah for giving me this opportunity..

Izz Iskandar still my manja baby, like to be cuddle and pampered by mummy and abah.. Despite of the fact that his going to be a big brother soon, Iskandar still co sleeping with us, had tried a few tips to make him sleep at his own bedroom, we’ve decorated his room with angry birds cartoon from the curtain to the bed sheet, but nothing works so far.. But personally, i felt it’s ok, coz the king size bed is too big for me and hubby, hahahaha..

He has started his formal preschool at PASTI last 3 weeks.. Believe me, it is not easy to get him ready every morning to school, he got so many excuses for morning call, so many dramas from that lil drama king.. He only enjoyed and excited on the first day of school, other than that for the 3 weeks (.... and counting!!) was disaster... Sangat menguji kesabaran kami and few times already kena rotan, not good for a rest of the day kan.. I really need help on this, for those who can share how to have a happy kid to school, please please give me the tips!!! I think Iskandar like to go to school, but the only problem is to get him ready every morning.. He sleep early sometimes before Isyak (the limit is 10 o’clock at the night for shut down) but still have problem to wake up the next morning..

I have a feeling that Iskandar is going to love his baby adik hehehe coz he likes to kiss my belly (his baby adik literally!!) and likes to say this “Izz nak baby girl, nanti boleh main masak2!!” hahahaha mummy wish for that too.. But when we said “ kalau baby boy?” He answered “baby boy boleh main ball!!” so he doesn’t really care baby adik is boy or girl actually.. Iskandar had accompanied me for my 2 previous checkups/ultrasounds since his abah was too busy with works, so he got attach and know he has baby adik in my belly..

Other than that, he still an active boy and has so many ideas to do.. Likes to watch cartoon, play (read : destroy) with his toys, going out for jalan-jalan, follow his abah to exercise at the park and do another stuffs like other kids.. Owhh yes, he likes to bake with his Acik Ieyan too..

He still likes to use his standard merajuk statements, "Mummy marah Izz, mummy tak sayang Izz, Izz taknak sayang mummy, nak sayang abah aje!!" and make his merajuk face..


What ever it is, mummy and abah will always love u Iskandar..

Be a good boy, abg Izz!!! ^_^


Luv,


14.1.13

Iskandar's 4th birthday celebration...

as salam...

Selamat hari isnin, semoga kita semua lebih produktif ^_^ eventho sedang mengalami monday blues hahahaha macam diri sendiri jek, ehh!!!

So today saya nak update cite tertangguh minggu lepas, hehehe entri untuk birthday Izz Iskandar.. Boleh la kan dari takde update langsung..

Kami buat makan2 sikit last weekend, bersempena masuk rumah baru dan birthday Iskandar yang ke-4 (entri khas untuk perkembangan anak bujang tu akan dibuat nanti... insya Allah!!!) dan juga sebab ATM menang piala sumbangsih hahahaha yang ni hubby buat lawak masa bagi ucapan alu2an masa kenduri tu..

Despite of ketiadaan air yang melanda 2 hari sebelum majlis dan membuatkan kami kelam kabut sekejap hehehe tapi alhamdulillah hari majlis berlangsung air kembali berkhidmat, fiuhhh!! kalau tak berpeluh nak angkut air dari ground floor..

Rumah baru kami ehhh bukan rumah kami pun, saya masuk kuaters dalam kawasan kem je, selain dekat gile dengan opis (tapi masih bawak keta ke opis!!) alasan utama adalah untuk merasa rumah yang luas sket, chewahhh!! oklah, selesa untuk kami anak beranak, kalau family datang pon takde lah cramp macam duk kat gurney heights tu, Izz pon seronok dapat bawak basikal dalam rumah, taklah asyik langgar dinding macam rumah sebelum ni.. But saya rindu rumah gurney heights sebenarnya, kat sana kalau jerit dari bilik pon satu rumah boleh dengar, tak yah jalan jauh... Izz dah pandai demand, kalau keluar jalan2 mesti nak balik rumah big (read:kuaters) taknak balik rumah small (read:gurney heights) dah, hamboi2!!!

Ok balik ke cerita asal.. Actually kami plan nak sambut birthday Izz macam yang biasa kami buat, pegi Genting je but bila terpikir nak buat doa selamat masuk rumah baru so kami sekalikan je buat double celebration.. Ingatkan nak panggil jiran tetangga and kariah surau kawasan ni je tapi sebab dah nk buat birthday so kami pon jemput lah kawan2 yang terdekat, family dan kawan2 opis.. Sorry lah pada yang tak dapat jemputan, mungkin saya terlupa dan please blame my hormone hahahaha a week before majlis saya agak tak sihat, m.c seminggu uu!!! hahahaha

Terima kasih tak terhingga pada yang family dan kawan2 yang banyak menolong especially my mak n abah serta dian, sanggup datang awal nak membantu.. pada mama yang jadi "caterer" terjun walaupon bayaran kami ciput je tapi makanan yang disediakan melebihi jangkaan dan mendapat pujian ramai, adik beradik hubby yang datang menolong, family mak teh dari port dickson dan family dari shah alam.. Jiran tetangga yang datang.. Dan kawan2 yang sentiasa support kami, walupon nak masuk kawasan kem ni agak susah dan sesat barat nak jumpa rumah kami dengan direction yang kelaut hahaha thanks guys!! aku tau korang memang sanggup bersusah payah dan always at my side (emo plak!!) Pada yang tak dapat hadir (especially Kak Ninie) thanks for all the wishes and doa.. Luv u all!!! hahaha ni birthday aku ke birthday Izz?!! ehh!!!

Jom layan gambar ^_^ more pictures di fb ye

birthday boy!!
angry bird's birthday cake..
Izz with angry bird balloons..
cake by mycuppycupcake
candy corner..
the crowds.. thanks for coming ye, ni pertandingan lepaskan balon yang berbelit2 hahahaha
table set up by me ^_^
starry lolipops.


last but not least... mak birthday boy!!  

For those yang sedang mencari idea untuk membuat candy corner sendiri, bolehlah tiru idea akak ni yek hahaha walaupun tak berseni tapi oklah.. Kalau nak yang meletop perlulah serahkan pada yang pakar tapi kalau budget tight serta kekurangan masa bolehlah d.i.y sahaja.. Firstly kena ada balang2 yang lutsinar, boleh beli atau pinjam kawan2 yang ada, in my case beli di chow kit saja, lepas tu kita decorate sikit dengan reben2 ikut suka walaupon tak kena dengan warna tema, hehehe.. After that bolehlah masukkan candy2, marshmalow, gula2 dan apa2 saje manisan kegemaran.. Kalau boleh carilah yang cute2 supaya cantik dipandang dan sedap di makan, again, in my case saya beli di chow kit jugak, murah dan banyak pilihan.. Mostly barang2 untuk birthday party ni memang saya beli kat chow kit je sebab murah dan banyak choice, cuma kena rajin berjalan la...

Untuk birthday cake and cuppies saya order daripada mycuppycupcake, sebab utama saya pilih mycuppycupcake adalah kerana location yang dekat dengan rumah so senang nak amik dan design yang dia buat sangat cute... Harga dia berbaloi lah dengan design yang dia buat...

Untuk belon2 angry birds tu pulak secara tak sengaja saya terjumpa dengan abg zul di pasar pagi setiawangsa a day before event, actually saya dah survey nak order belon helium di balloon buzz tapi dah jumpa yang lagi murah so why not kan, lagipun abg zul siap buat delivery ke rumah lagi.. Cuma belon angry bird tu tak cukup untuk semua kids yang datang, sorry ye salah budget plak... 

Oklah, thats all for now.. See u in the next entry ye ^_^ 

Bye and gud nite (entry ni ditulis pada jam 8 pagi dan selesai karangan jam 10 malam hahahaha gile lama nak menyiapkan satu entri je pon!!!)


 
Luv,

7.1.13

Selamat Tahun Baru 2013

as salam...

"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
 Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu
 Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
 Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia...."

la la la la la.... terukir di bintang by yuna, juara AJL ke-27

Hahahaha mood berbunga2 walaupon malam tadi tengok AJL sikit je sebab dah kengantukan secara melampau...

Wohoooo dah seminggu masuk tahun baru, tapi baru update hari ni.. not a good sign for azam membanyakkan entri tahun ni, hehe actually takde buat azam pon lagi sebab busy sangat lately dengan personal matters; pindah rumah baru, kemas rumah lama sebab nk sewakan, kenduri n sambut birthday iskandar dan macam2 lagi lah.. Nanti if ada kesempatan saya cerita satu2 ye ^_^

Selamat Tahun Baru 2013 untuk semua!! wish u a year of luck ^_^

Luv,