31.12.13

Bye 2013 and Hello 2014!!!




as salam..

masa-masa terakhir di tahun 2013... 

bersiaran daripada ward 4G PCMC... menemani hubby di malam tahun baru bersama Iskandar, adik Iman tinggal di rumah.. kesian Iman dah seminggu mummy balik tengah malam dan dia dah tido, pagi2 dah kena tinggal bila mummy ke pejabat, nasib baik Iman jenis yang bangun pagi so sempatlah manja2 dengan mummy sekejap...

Well, setahun dah hampir berlalu.. masa memang sekejap, baru terasa sambut tahun 2013, now 2013 dah habis 365 hari.. 

Sementara menunggu detik 12 malam untuk menjerit "happy new year!!!" hahaha memang tak lah, kang ada yang menjadi mangsa korban terkejut sebab dengar jeritan kat hospital ni kang, mari lah saya mengimbau kenangan silam sepanjang tahun 2013 hahahahaha 

Tahun 2013 dimulakan dengan kepenatan kami berpindah rumah (jarak 5km je dari rumah lama!! so jangan poyo sangat!!) dengan saya yang tengah preggy 4 bulan masa tu.. seronok dan penat!!

Our 2nd bibik melarikan diri dari rumah selepas kena dera dengan mak encik (ehhh lawak je ni!! saya tak dera sesape pon!!) saya redha dengan kepergian bibik saniah dan berdoa dia selamat walau di mana dia berada, harap2 dia dah selamat pulang ke kampung halaman dan mendapat apa yang dihajati, kalau tak pon semoga dia mendapat majikan yang lagi baik dari kami..  

Pengalaman mengandungkan Iman a bit different dengan masa mengandungkan iskandar, banyak sakit2 yang tetiba timbul but alhamdulillah dengan izin Allah semua dapat saya tempuhi dengan baik, takde pape yang kronik dan saya agak happy sepanjang 9 bulan preggy tu..

The best moment sepanjang tahun 2013 adalah time melahirkan Iman.. Kelahiran yang agak mudah, I guess Iman is a jackpot baby kot hehehe actually masa Iskandar dulu pon senang jugak.. On 5.6.13, lahirlah our second boy, Izz Iman Umair.. So saya dah ada 2 bodyguard di kiri dan kanan, so don't play2 with me haaa!!!

2013 juga tahun ujian buat kami husband and wife.. Ujian untuk 6 tahun bersama.. Saya anggap itu adalah sebagai wake call untuk kami lebih bermuhasabah diri dan mendekatkan diri serta mencari keredhaan Ilahi.. Yang penting, i love my husband so much and i'll always be beside him in any situation, insya Allah.. Saya memang bukan wife yang sempurna and will not be but saya akan cuba untuk jadi yang terbaik.. (gitewww!!! dah macam buat ucapan anugerah je!!!)

2013 juga sebagai tahun saya berubah posisi di bahagian yang bertugas sekarang.. sebelum ni sibuk di tapak projek, mengomen asik kepanasan dan kehitaman bila kena lawat projek so mase saya cuti bersalin 3 bulan (saya masih kecik hati dengan management bila tukarkan saya time cuti tau!! ye la, naik2 opis tengok dah ada orang lain dalam bilik sendiri) saya ditukarkan untuk buat planning dan budgeting.. tempat yang sangat mencabar minda dan potensi diri sampai dah rase nak mintak tukar keluar je ni huhuhuhu 

Dan pengakhiran tahun 2013 adalah agak menyedihkan bila my hubby warded due to dengue fever.. dah seminggu di sini but alhamdulillah dah masuk recovering stage dah cuma platelet darah masih rendah but improving.. Saya berdoa anak2 tak kena demam denggi ni, sebab bila tengok hubby yang sangat suffering menahan kesakitan rase sangat tak sampai hati...

Harapan saya 2014 akan memberi sinar yang gilang gemilang kepada kami sekeluarga dan anda semua!!! Azam tahun baru masih belum ada cuma yang penting saya nak jadi a better muslimah, a better wifey and mummy also a better person than who i am now!! 

Azam 2014 yang saya terpikir at this moment adalah NAK KURUS!!! ^_^

Oklah, to all my dear friends and readers, I wanna wish a "HAPPY NEW YEAR 2014" Semoga kita sentiasa di rahmati oleh Allah swt.. 






p/s : sila enjoy ur new year celebration secara berhemah dan bertamadun!! peace no war!!!



Luv,
 

30.12.13

Talking with Iskandar : mummy tau ke jalan pegi sekolah Izz?

as salam..

happy Monday guys!!! semangat2!! hujung tahun dah ni kena semangat lebih sikit.. gitew!!! hahahaha

Ok semua dah start update pasal "anak i sekolah situ, anak i register kinddie sini, anak i bla bla bla" dan jugak "boss, esok masuk lambat sket nak register anak sekolah" serta "bos, esok lambat ye nak orientasi sekolah anak!!" gitu la korang suka buat excuse guna anak sekolah time2 hujung tahun cam gini kan!!

Actually i pun tak terkecuali huahuahua!! last week cikgu Iskandar sms suruh datang register on saturday, tapi sebab banyak sangat urusan (pegi pasar, bawak Izz gunting rambut, amik gambar pasport Izz, masak, jaga hubby kat hospital dll) membuatkan i terlupa nak gi register.. 

So hari ni masuk opis kejap pastu bawak Izz gi sekolah PASTI AL HIDAYAH untuk register student 5 tahun untuk next semester.. Masa on the way ke sekolah, Izz tiba2 tanya;

Iskandar : mummy tau ke jalan pergi sekolah Izz?

Mummy  : mestilah mummy tau, kenapa?

Iskandar : Abah yang hantar Izz pegi school, mummykan amik Izz balik aje!!

(biasenya pagi2 memang hubby yang akan hantar Izz pergi sekolah dan tengahari saya akan ambik dia)

Mummy  : mummy tau la school Izz, in fact mummy lagi terer jalan nak pegi school Izz tau!!

Iskandar : taklah, abah lagi terer.. Kalau abah tak sakit mesti abah hantar Izz pegi school kan?

Mummy  : ye la *sengih je lah*  

Sampai sekolah, cikgu cari borang Izz dan mintak bayaran untuk pendaftaran.. Saya terkejut sebab actually saya dah bayar yuran untuk next year sebelum cuti sekolah lagi.. Konfius!! tapi sebab resit tidak dijumpai so maknanya tiada bayaran yang dibuat.. Penat saya ingat semula bila saya bayar and sapa yang amik tapi saya memang dah bagi duit tu pada somebody huhuhu.. Takpelah dah nasib kena bayar 2 kali la kot, so esok kena la pergi sekolah semula bayar yuran RM670 tu.. Dalam hati mula berbisik, dengan duit tu boleh beli hanbeg tu!! T____T

Lepas tu kami ke PCMC nak gi melawat hubby, sambil2 tu saya membebel "Izz tak payah sekolah la next year, nanti 6 tahun terus masuk pra sekolah depan umah tu je, murah je fee dia.. Next year Izz cuti sekolah for the whole year" Pastu dengan muka innocent Iskandar jawab "nanti macam mana Izz nak pandai?!!" *speechless* Owhhh maafkan mummy nak, mummy memang pelupa dan kedekut huwaaaa...

So pengajaran kepada semua, sila pastikan bayaran yang anda buat disertakan dengan resit dan pastikan RESIT DISIMPAN especially untuk bayaran dengan jumlah agak besar... 

Menyesal kemudian tiada berguna huwaaaa *hantuk pala kat dinding*

Luv,

19.12.13

dyipiz wedding : teaser ^_^




as salam..

Alhamdulillah, majlis walimatulurus Dian berjalan lancar dan alhamdulillah juga cuaca sangat baik walaupon musim monsun sedang melanda kawasan Pantai Timur.. Seminggu sebelum majlis memang kampung saya naik air, Mersing menjadi kawasan banjir paling teruk dalam negeri Johor.. 

Ok nak stori pasal majlis Dian tapi tunggu saya free sket ye, ni nak kena bekejar ke meeting pulak.. tapi sebelum tu kena shared gambar makcik buat kerja dulu hahahaha sebagai bukti saya tidak hanya pose cantik sahaja..


Makan2 selepas selesai majlis akad nikah hari Jumaat.. Saya takde amik gambar guna camera pon, gambar sikit2 guna iphone je (nak menunjukkan betapa bizinya saya membuat kerja) hehehe ni gambar dari camera gabak Kak Ninie.. Gambar banyak2 pada en photog lah so kena tunggu pengantin share..

Bye xoxo

Luv,

11.12.13

11.12.13

as salam..



111213 is this one of the iconic dates of the year?!! well not really, but certainly one can appreciate the rarity of it..

People said today is the last time this century with date lines up in consecutive order and we have to wait for a long time for it happen again!! only until 1 Feb 2013 (010203) for the dates to line up again.. so its a fairly rare sequence..

For me today is just like another day but with extra excitement because tomorrow we'll going "balik kampung" horayyy!!!



Happy holiday guys!!
 


Luv,
 

5.12.13

Izz Iman : 6 months old!!



as salam...



Hari ni budak kiut ni dah masuk 6 bulan so dah boleh kasi makan solid.. Sebelum ni kalau tengok orang makan, mulut dia pon mengunyah sama, pastu air liur berjujuran hehehe.. Sabar ye dik!! nanti mummy kasi awak makan banyak2 sampai gomok macam mummy ^_^

Alhamdulillah, 6 bulan jugak saya dah berjaya breastfed Iman exclusively.. Seronok sebab dapat bagi susu terbaik untuk anak.. Walaupon susu saya tak la meriah sangat tapi alhamdulillah memang mudah rezeki Iman, sentiasa ada bila diperlukan giteww!! 

Saya pon tak pernah lagi tinggalkan Iman semalaman maksudnya takde la out station macam zaman Iskandar kecik2 dulu.. Stok ebm memang tak banyak tapi adalah dalam freezer untuk saat2 kecemasan yang sekejap.. Mungkin jugak sebab saya tau dah tak kena kerahan tenaga kerja luar berhari2 lagi so saya agak rileks, takde la asik nak tension bila production merundum, lagipon mungkin anak dah 2 so kurang tekanan hehehehe dah pandai sikit la nak manage ebm kot..

Cuma sebab asik rileks2 sangat, jadual mengepam agak tak konsisten.. Bila pam tak konsisten ofcos la production agak mengecewakan, setiap hari hasil yang dibawak balik cukup2 makan je tapi saya masih bersyukur ^_^ 

Ok berbalik pada cite budak kiut di atas, a few milestones yang dia dah achieve;

  • dah boleh buat side rolls secara laju dan berbalik2
  • bila on tummy dah boleh berpusing 360 darjah
  • suka tengok hi5 (pengaruh abg Izz dia ni!!)
  • dah kenal nama dia sendiri
  • sangat suka ketawa bila diagah especially kalau abg Izz yang agah
  • sangat mesra orang!! dengan semua orang dia akan senyum2 dan ketawa
  • dah tau kalau nak kena tinggal, dia akan menagis bila nampak orang tinggalkan dia
  • suka sembur air liur 
  • morning person, dia pasti akan bangun sebelum kami pergi kerja 

Hmmmm tu je kot, ke mummy dah lupa benda2 lain lagi? maklumlah short term memory lost sebagai side effect post pregnancy syndrome hahahaha nanti kita sambung ye... daaa


Luv,
 

4.12.13

Raikan Cinta Mereka : Dyan & Hafidz (141213)

as salam..

Cuti2 sekolah ni memang musim orang kawen, beratur dah kad undangan raja sehari lah, raikan cinta lah, walimatul urus lah.. Setiap hujung minggu penuh dah jadual, alhamdulillah murah rezeki yang menjemput kami sekeluarga yek, insya Allah mana2 undangan yang kami berkesempatan nak hadir akan kami hadir, yang tak dapat kami nak penuhi tu kami mohon maaf dan kami doakan pengantin2 semua dari kejauhan je ye hehehe.. 

Tahun ni selepas 6 tahun saya punya kenduri, insya Allah mak abah akan terima sorang lagi menantu, selamat datang la pada bakal adik ipar saya ke keluarga kami, hehehehe kakak pulak yang over excited nih.. 

My adik si Dian tu memang sempoi, sebulan sebelum raya dia bagitau abah 'kawan' dia nak datang merisik dan bertunang terus, sebulan je preparation tunangnya.. Ingatkan kawennya lepas setahun rupanya bulan 8 tunang, bulan 12 terus nak buat majlis.. 4 bulan nak menyiapkan semua hal majlis nikah n kawen, pengantinnya memang semua okeh tapi akak2 pulak gabra lebih.. Abah n mak cool je, kata diorang "yang penting nikahnya je majlis2 lain buat ikut kemampuan.." Itu kata2 lepas majlis tunang, towards the end, boleh tahan jugak majlis yang nak buat ni, ye la kan anak pompuan yang last, anak kesayangan pulak tu, mestilah mak abah berhabis jugak.. hehehe saya ok je, happy bila tengok mak n abah happy, cuma kesian bila call mak dengar dia mengadu penat buat macam2 sendiri, ye la kami semua jauh, tak de sape nak membantu..

Seriouslly saya memang tak menolong apa2 pun, balik nanti pon sehari sebelum majlis, cuma tolong topup apa2 yang pengantin kurang je.. Padahal masa majlis saya dulu, Dian la yang paling banyak menolong huhuhu ok rase bersalah!!!

So far benda yang saya kena buat cuma tempah pin badges untuk family dan beli paperbag untuk guest VIP, dua2 pon belum buat lagi hahahaha haiyooo jgn marah ye pengantin!! Akan diusahakan secepat mungkin...

Ok lah, di kesempatan ini saya bagi pihak pengantin dan family nak menjemput sesiapa yang kebetulan berada di Mersing untuk datang makan2 nasi minyak di rumah kami, jangan segan2 cakap je kawan Anie, ewah2!! hehehe.. Jemput datang ye ^_^






Luv,
 

28.11.13

Antara sebab mak jadi zombie!!

as salam...

Salam khamis, well dah petang pon, so patut wish salam petang khamis dan malam jumaat.. kan?.. owhhh sangat tidak sesuai..

Hari ni mengantuk secara melampau -_- ya serius, tapi saya ada alasan yang munasabah.. Iman tak sihat, secara luaran masih nampak cergas macam biase tapi hidung meleleh2 hingus.. Iman dah jadi budak hingusan.. 

Malam semalam pergi klinik tapi nasihat terbaik yang cik doktor bagi "baby memang biase sakit2 sikit sebab nak built-up imune system mereka" dan tiada ubat sebagai bekalan.. Hasilnya malam tadi Iman tak boleh tido sebab mungkin hidung dia tersumbat, semua posisi tido telah dicuba.. tapi hasilnya gagal.. 

Akhirnya hubby suggested untuk tidokan Iman dalam rocker, ya berjaya.. tapi perlu digoyang sentiasa, bila dihenti goyangan maka merengek la Iman.. Hubby surrender dengan alasan "u jaga Iman, i jage Iskandar" padahal Iskandar dah lama ketiduran.. perlu ke jage budak yang dah tido.. mungkin jage dari kena gigit nyamuk atau jatuh katil.. ok fine.. Menjadi isteri solehah, saya iya kan je lah cadangan bernas hubby tu.. Tido yang betul2 lena adalah selepas masuk waktu Subuh dan selepas aircond dioffkan, apasal la dari awal tak terpikir nak tutup aircond, adoiiii lah!!!

Itu lah alasan kenapa saya tak cukup tido malam tadi dan menyebabkan saya sangat mengantuk hari ni walaupon dah makan satu mangkuk ice cream bersama chocolate syrup dan chocolate chips hahahaha serious takde kena mengena mengantuk dan ice cream...

Lunch time tadi saya balik rumah macam biase untuk makan dan hantar ebm.. Lepas makan nampak katil empuk tapi otak arahkan jangan tido walaupon hati meronta2 nak suruh badan baring, yes otak menang dan ini lah hasilnya, merepek depan komputer opis hehehehe

Iman memang sangat comel walaupon berhingus dia tetap comel dan walaupon merengek2 sampai mummy dapat mata panda dan dah macam zombie tapi Iman tetap comel.. ade ke orang tak cakap anak sendiri comel o_O

Merepek2 sambil menanti waktu habis bekerja, petang ni ada date dengan kawan2 sekolah, lama tak jumpa geng2 mak jemah.. So KLCC here we come!!

Ok babai!!

 
Luv,

27.11.13

241113 Happy 6th Years Anniversary!!!

as salam...

Hari ni datang kesedaran diri untuk update belog ^_^ terima kasih pada setia membaca karangan2 merepek makcik yek..

Saya memang dah agak 'liat' nak membelog sebab takde masa nak menaip panjang2, dan jugak sejak bergiat aktif kat instagram hehehe kat situ senang je tempek gambar pastu post, selesai!! tapi walau apa pun, 'kalau' ada masa 'free' saya akan usahakan untuk menaip ^_^ doakan yek!! (hahahaha poyo cam nak amik exam jek) silalah follow insta saya..

Last weken baru celebrated our 6th years anniversary, takde la celebrate apa pon, makan sedap jek hmmmm tapi takde la over sedap sangat, cuma saya teringin nak makan salted eggs crab, tu pon sebab tengok gambar geng2 mak jemah share dalam group wasap.. So hubby bawak la makan kat Restoran Chinese Muslim Haji Sharin Low kat Jalan Ampang, bukan candle light dinner yer sebab kitorng makan tengah hari tu pon bukan makan same2 sebab take turn menjaga Iman yang cranky nak tido.. 

Habis makan kami ke Jusco AU2 untuk beli barang rumah sambil bawak Iskandar dan Iman main kat playground situ.. Itulah cara kami celebrate our wedding anniversary hahahaha so romantic!!!  


Bila belek2 hp baru perasan takde pon gambar kami berdua, banyaknya gambar anak2 je tu pon semua tak semenggah sebab abg Izz asik bergerak je so semua gambar gegar2 or abg Izz buat muka pelik2, rosak gambar menten ayu mummy tau!!! sampai kena warning "gambar elok2, kalau tak no main kat playground!!!" whoahhhh gitu skali nak amik gambar yek..

Alhamdulillah 6 tahun bersama, banyak suka duka dan bebelan terpaksa ditempuhi hahahaha.. So many things happen in these years, doa kami semoga kami lagi tabah dan diberkati Allah Yang Maha Esa... Things happen for reasons kan? Saya bersyukur dengan semua yang ada dan ujian yang saya terima adalah sebagai peringatan dan untuk menguatkan lagi our ikatan kasih sayang... chewahhh hehehe jiwang plak.. To dear hubby (walaupon dia tak bace) i sayang u!! phewitt... hahahaha next




My permata hati intan belian gunung everest semualah.. Alhamdulillah, 6 tahun bersama dan hasil chenta hati kami Izz Iskandar Muhammad dan Izz Iman Umair.. 

Walaupon selalu buat mummy jadi tarzan tapi mummy and abah sayang korang ketat2.. tengok tu abg Izz tarik rambut adik, ade je si abang ni tau!! tapi Iman admire sangat abg dia ni, semua yang abg Izz buat akan attract his attention, cuba mummy or abah yang agah, dia buat muka donno je, kalau abg Izz agah sikit je, dia punya gelak ngekek2..

Oklah, ini saje karangan untuk hari ini ^_^

Thanks and bye!!!
 

Luv,
 


14.10.13

Salam Aidil Adha 2013!!!

as salam..

hehehe nampak sangat takde kerja kan, sampai 2 entry.. Hari ni ramai orang cuti, so nak buat kerja pon tak boleh, my bos beria nak buat meeting kul 9.30 pagi tapi bila call dia kata dia nak pegi pasar, sabo je lah, kalo tau baik i pon cuti hari ni, boleh gak gi pasar ke kan hehehe

Ok since raya puase hari tu takde wish apa2, raya haji ni nak lah buat ucapan sikit ^_^

Selamat berhari raya aidil adha kepada pembaca semua, kepada sesiapa yang berkorban tahun ni, selamat berkorban dan semoga ibadah kalian di terima Allah s.w.t, Insya Allah.. kepada yang pulang beraya di kampung, selamat memandu dan selamat menjadi "co-pilot" jugak, kalau mengantuk silalah berenti di R&R dan minum kopi, tak puase kan ^_^

tahun ni, saya tak balik kampung walaupon turn raya di kampung halaman..  sebab apa tak balik, saya pon tak tau.... so bertakbir dan beraya lah kita di Jalan Pendekar je, petang2 sikit baru balik Shah Alam kot..

Malam nanti nak buat muffin, esok nak hantar ke surau, ada jamuan sebelum sembelih korban.. jiran tetangga semua askar so kita hidup pon dah macam askar, diorng tak bercuti sebab kena standby kan, so kita pun cuti ala2 tak cuti je, buat benda2 yang wajib je raya korban tahun ni..

Ok semua, sekali lagi nak ucap "Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha"

Luv,

Octopus October : my birthday!!!

as salam...

Hurmmmmm benci.. benci.. benci.. suka taknak update belog kan?!! hehehehe sorry sayang2 semua.. 

October sudah bertukar menjadi Octopus, banyak sangat benda nak buat tapi tak cukup masa dan tak cukup tangan hehehe..

Tapi apa2 pon sebelum merepek cerita2 lain, saya nak share hari saya pada 7 Oktober yang lepas..

Well as u all know, 7 Oct was my birthday o_O (macam la orang kesahkan!!!) so update hari ni just nak share pasal itu hahahaha

Memulakan hari Isnin 7Okt dengan hati yang riang gumbira walaupon biasenya Isnin penuh dengan monday blues.. Jadual harian dipenuhi dengan mesyuarat pagi dan petang.. Dalam mesyuarat lebih kurang kul 5 petang dapat msg dari my officers wishing me happy birthday, tak kisah sangat pon kalo diorng tak wish sebab saya kan baru tukar unit baru so ofcos la diorng masih tak kenal saya, and then ada yang bagitau saya ada surprise dalam bilik but saya rase saya dah tau kot apa kejutannya..

Habis miting dah pukul 7 malam baru dapat masuk bilik opis dan ada bouquet of red rosses atas meja, ehem ehem biaselah mesti hubby yang hantar, sape lagi nak kasi kan hehehe..

Malam lepas isyak, hubby belanja makan kat Alexis, GE Mall.. Makan pon cepat2 sebab nak kena balik awal, Iman kat rumah.. 

Ok tu je, sekian terima kasih..

Hahahahaha baik takyah update!!!






Gambar adalah senget menyeget sebab saya tak sempat nak mengedit.. 

Gambar last tu captionnya ini "the best gift for me ever, Alhamdulillah!! I love them till Jannah"

p/s : thanks to all the birthday wishes!! ^_^
 
Luv,
 

24.9.13

Luahan Hati Hari Isnin....

as salam...

Yeahhh akhirnya ada masa untuk diri sendiri kejap, penat kerja dan penat menjadi mak orang ni hehehe..

Semalam macam2 benda jadi, iphone buat hal tetiba hang mase tgh berwhatapp ngan kengkawan, padan muka sape suh buat benda lain mase meeting kan, tak berkat tu namanya... Habis meeting dah kul 7, dengan tak semayang asar lagi, tak pump susu lagi, (yess!! rutin harian mengepam susu sudah kembali)

Habis meeting terus balik, semayang asar hujung2 waktu pastu pump.. Siap2 semayang maghrib, bawak iman pegi klinik sebab dia masih selsema dan ada bunyi bila bernafas.. Sampai Setiawangsa hantar Izz gi ngaji pastu register klinik pastu gi kedai repair hp.. Dalam 5 minit, iphone dah ok semula tapi kena charge rm30, ishhh rase cam tak berbaloi plak, dah le takde cash dalam wallet terus amik wallet hubby hahahaha.. Bila hp buat hal terus rase cam nak iphone 5s baru tapi taknak beli sendiri, hehe buleh tak?!!

Bawak iman jumpa doktor, pastu doktor terus buat surat refer ke hospital sebab dia kata bunyi wheezing dari lung sounds bad, mau tak cuak mak dibuatnya!! tapi i boleh lagi tanya hubby, "kita nak pegi malam ni ke pagi esok" terus doktor tu menyampuk "ishhh kena pegi terus ni!!!" hahaha.. Doktor kata sebab semalam dah amik nabuliser so patutnya dah takde wheezing lagi, takut infection kat lung...

Sementara menunggu Izz habis ngaji, kami makan kat mamak dulu.. Pastu amik Izz, hantar balik rumah terus ke PCMC.. Sampai PCMC bila doktor check dia kata takde benda yang serius, bunyi tu sebab hidung dia tersumbat.. So i tertanya2, biar betul doktor kat klinik tu, buat orang risau jek!!

Selesai semua, balik rumah dah pukul 12 malam, masuk bilik terus tido ngan iman.. Hubby ajak semayang isyak pon dah tak boleh nak bukak mata, nasib baik kul 4 terbangun sebab iman nangis2 nak susu, jadinya semayang isyak pukul 4 pagi..

Alhamdulillah iman takde pape, cuma nose congested jek tapi kesian dia bila tido asik terbangun sebab tak boleh nafas dengan proper, tapi iman baik takde lah cranky melampau sangat.. Alhamdulillah iphone pon dh boleh berfungsi semula tapi niat nk dapatkan iphone 5s masih ada hehehe..

Oklah, tu je nak cite ^_^ hahaha jangan marah ye.. Karangan mengarut ini disudahi dengan gambar budak kiut dibawah




Luv,
 




17.9.13

Hola September : hari pertama......

assalamualaikum...

Hello semua.. rindu sangat2, lamanya tak membelog hehehehe

Saya dah masuk kerja semula, di tempat yang baru.. Actually masih di bahagian yang sama tapi unit berbeza, kesian kan kena tukar time cuti hehehe nasiblah nok, sape suh cuti lelame!!! 

Apa perasaan saya hari ni?!! Hmmmm a bit lemau tapi sebab kena masuk opis baru so terase seperti first time melapor diri pulak, dah la lama tak buat kerja kan so my superior cakap, "take ur time!!" hehehe opkos lah boss, i'll take my own sweet time... sampai tahun depan boleh tak? hahahaha.. Barang saya sangat banyak nk kena kemas, tak tau nak mula dari mana dulu.. So sebelum kepala serabut mengemas (belum serabut buat kerja lagi!!) kita membelog lah dulu ye ^_^

Rindu sangat kat Iman lah tapi lunch hour nanti saya balik rumah sebab nak amik Iskandar dr sekolah n hantar balik rumah so sempatlah susukan Iman.. Itu lah rutin harian yang baru nampaknya tapi tak tau lah sempat ke tak sebab di tempat baru ni kerjanya hari2 meeting.. Kaki sakit sebab dah lama tak pakai heels huhuhu...

Banyak lagi nak mengomel ni tapi saya kena kluar melawat kawasan dulu, nak berkenalan ngan staf2 baru hehehe

Ok, bye 

Luv,




31.7.13

It is time to say "Gud Bye, July!!"

as salam...

Wah!! my last post adalah pada hari pertama bulan July dan the next post (this one lah) adalah pada hari terakhir bulan July... o_O oooo not gud, not gud.. what a bad blogger i am!! hahahaha sorry pada semua readers (kalau ada lagi lah!)

Sebelum tu nak ucapkan Salam Ramadan kepada semua, walaupon Ramadan pon dah nak abis.. Untuk malam2 terakhir ni, semoga kita diberi kesempatan untuk bertemu dengan Malam Lailatul Qadar, insya Allah...

Ok, let see apa yang saya terlepas nak update.. hmmmm janji nak cite pasal detik2 kelahiram Izz Iman Umair pon belum buat lagi, cite pasal berpantang pon belum buat, cite pasal sambut Ramadan di kala berpantang pon belum lagi, cite pasal my lil sister getting engaged pon belum (yeayyyy!! acik ieyan dah nak bertunang!!).. hahaha banyak betul stories yang dah terlepas nak update... I'll try untuk catch up ye nanti, sila bersabar ^_^

Tengok anak2 tido terus rase macam nak tido jugak hahahaha penat ok melayan anak2 ni.. Kejap kang abang nak makan lah, adik plak tiba2 nangis, abang nak itu lah ini lah, padahal mak ni tengah bagi adik susu, penat ok... Lagi tambah penat bila kena tinggal ngan hubby yang kena kerja luar time2 bulan puasa ni, im not complaning tapi boring bila sahur n bukak pose sorang2 T_T nasib baik ada maid, ada gak kawan buat berborak...

Alhamdulillah, so far sepanjang berpuasa ni tak penah lagi bukak posa kat luar, maklumlah tengah cuti kan, orang opis pon tak ingat kat i, so takde la jemputan mana2.. Tiap hari saya masak untuk bukak pose, kecuali sehari sebab bukak pose kat umah in law, mungkin weken ni jugak.. Bersungguh la mencari resepi nak mempelbagaikan juadah, yang paling best i dah pandai buat kuih lopez eh hahaha.. Sahur maid yang masak tu pun bila tuan besar ada kat umah je, bila dia otstesen sahur saya minum air dengan makan oats je (tapi berat tetap tak turun2!!)

Persiapan raya langsung tak buat lagi, baju tak beli, kuih langsung takde, duit raya pon belum tukar.. Semua nak buat last minute, tengok la nanti apa yang jadi, tak beraya la kami agaknya...

Ok kena stop, Iman dah bangun..

Bye... selamat malam...

Luv,
HaNiE


Published with Blogger-droid v1.7.4

1.7.13

Hello July... u are early!!!





as salam...

Hello readers.. tak sangka dah masuk bulan Julai, sejak2 bercuti ni kalender pon tak tengok dah hehehe..

Ok, i suppose to share pengalaman menjadi ibu for the second time but seriously masa sangat tak mengizinkan, everytime on je laptop Iman akan nangis nak susu lah, nak mintak dukung lah.. kalau tak pun abg Izz akan sibuk nak tengok youtube.. well, walaupon agak2 alasan cliche tapi betul ni tau so saya pon tak boleh nak lama2 tengok laptop ni hehehe tapi aktiviti mengshopping secara maya masih diteruskan...

Lagi best bila kad ATM saya tiba2 buat hal, mintak hubby tolong withdraw duit tapi kad kena block pulak, hmmmm lagi sakan la saya mengonline shopping sebab duit banyak dalam akaun hahaha poyo...

Oklah, nanti saya sambung cite pasal Iman pulak ye, i promise ^_^
 

Luv,
 

20.6.13

Pengalaman Pertama dan Kedua..

as salam...

Haiiii!! Im back, walaupon kepenatan ketidakcukupan ketiduran di malam hari sebab anak asyik menangis jek hahaha biaselah kan , tu semua cabaran untuk ibu2 yang baru bersalin, melayan anak nak baru nak adapt dengan dunia baru dia... Penat memang penat, dah la dengan umur yang dah tak berapa nak muda ni tapi sape suh beranak kan?!! hahaha ok dah merepek jek... 

Pengalaman mengandung dan bersalin serta berpantang between my 2 babies memang agak berbeza.. So hari ni rase macam nak share cerita2 tentang pengalaman yang berbeza tu ^_^

Pregnant   

Iskandar - Saya cuma perasan saya preggy bila dah masuk 2nd month, sebelum tu memang takde apa2 tanda langsung sebab jadual kerja saya yang sangat busy dan outstation ke sana ke mari menginterview orang.. Tapi bila tau je saya preggy terus semua simptom datang menyerang, dengan mabuk, morning sickness (bukan pagi je muntah2 sampai ke malam) dan macam2 lah.. Masuk 2nd trimester, semua kembali normal.. Sehingga bersalin takde apa2 penyakit yang datang kecuali sakit MALAS hehehe..

Iman - Saya memang berusaha untuk preggy semula bila Iskandar dah 3 tahun, sebab taknak lah jarak jauh sangat lagipon saya bukan makin muda kan.. Setiap bulan mencuba hahaha setiap bulan jugak saya buat test UPT, sampai ke Sandakan saya buat UPT (time otstesen ni) hahahaha alhamdulillah hampir 8 bulan mencuba akhirnya berjaya jugak!!! hahahaha.. Saya rase happy sangat sepanjang preggy ni walaupon aktiviti melawat projek cuma dapat dihentikan bila saya dah masuk 4 bulan.. Takde morning sickness cuma mual2 tu adalah sikit2 tapi masuk 2nd trimm saya kena sakit kepala dan sakit gigi yang melampau.. But alhamdulillah semua dapat ditempuhi dengan selamat, preggy this time pon rase sekejap je, maybe sebab saya sibuk melayan abang Iskandar yang makin banyak perangai..

Bersalin 

Both kelahiran agak mudah bagi saya tapi sakit kontraksi tu memang lama, cuma masa stage nak "mengeluarkan" diorang tu rase macam sekejap dan senang jek, alhamdulillah, berkat doa suami, keluarga dan kawan2 jugak.. Cuma masa Iskandar, saya duk dalam labour room hampir 20 jam nak tunggu fully dilate.. Iman lebih cepat, dalam 6 jam je kat labour room.. Terima kasih pada Dr Seri and team yang banyak bagi support hehehe..

Berpantang

Masa pantang yang first saya agak stress sebab masih takde pengalamankan, pantang di rumah in law.. This time saya pantang di rumah sendiri, rase lebih rileks dan go with the flow aje hahaha.. Sebab dah ada pengalaman so dah boleh agak jugak apa yang saya akan tempuhi, sleepless nights, sakit the whole body, stress dengan baby hehehe dengan bapak baby jugak.. Cuma this time kena tambah tugas melayan Iskandar.. Penat sangat tapi still have to do it!!!

Ok, nanti saya update pasal baby Iman la pulak.. Dah 2 minggu, still masih lama lagi nak habis pantang ni T___T

Bye..

Luv,
 

12.6.13

Cerita Sebelum Bersalin ^_^ Bibik Lari Lagi

as salam..

Hello readers ^_^ Sorry sebab menyepikan diri seketika.. chewah!!!

Alhamdulillah saya dah selamat melahirkan baby boy last week, so sekarang sedang sesi berpantang hehehe.. Sebab dah lama tak membelog so banyak gak cite2 tertinggal ni, so this time saya nak membebel benda2 yang jadi sebelum saya beranak ok, tak kisah la kalau cite dah basi pon, nak taip jugak!!

Bibik saya lari, yes again!! lari lagik (ni yg second bibik, bibik first dulu pon lari jugak) so saya bertanya pada diri sendiri apa masalah yang ada pada saya sampaikan semua bibik pon melarikan diri ni?!! yang lagi best, saya ni duduk dalam kuaters ashkar, keliling ashkar berjaga, pon bibik boleh lari jugak, malang sungguh nasib!! perlukah mandi bunga hahaha.. Bibik lari hari last sekolah, elok dia usha line time saya keluar amik Iskandar kat sekolah, balik je rumah tengok dia dah takde..

Saya suspek dia ni lari ikut pekerja2 buruh indon dalam kuaters ni sebab kat bawah blok saya ni selalu je ada mat2 indon melepak lepas abis buat kerja diorng.. Masa saya keluar tu, dia pon keluar sama nak buang sampah so saya macam oklah kan, normal la dia keluar buang sampah tu tapi bila balik umah dia dah takde, tong sampahnya ada.. Bila tengok dalam bilik, kain baju tak semua yang dia bawak, tapi call dah tak berangkat dah.. Kalau tengok keadaan masa tu macam dia pon tak sangka dia nak lari kot sebab barang2 basah semua dah ready nk dimasak, so saya cuma boleh syak dia macam tergesa2 lari.. Well walau apa pon, semua dah jadi kan.. Hilanglah bibik lagi!!!

Seperti biasa, penyelamat dalam semua drama hidup saya adalah DIAN!! I owe her so much!! Dia datang KL untuk jagakan Iskandar sementara cuti sekolah dan terpaksa juga jagakan kakak dia yang berpantang ni..

Macam2 cara la kami laki bini discuss nak overcome problem yang akan dihadapi nanti hahaha sebab saya kan nak berpantang di sini tapi my parents tak boleh datang due to abah health condition dan MIL pon tak boleh nak jaga saya sebab dia ada urusan lain.. Kenapa tak hantar saya balik kampung? Cuma my hubby yang ada jawapannya.........

But alhamdulillah, Allah akan uji kita sekadar kemampuan kita je.. Masalah kami selesai, maid baru dapat hari saya bersalin, walaupon kena bayar a big amount tapi saya bersyukur sangat, at least ada la orang nak membantu, Dian pon masih ada kat sini untuk menolong...

Saya juga sangat terhutang budi dengan my BFFs.. kepada Dayang, Intan dan Wrose, terima kasih sebab banyak bagi semangat dan kata2 perangsang bila aku dah down sangat.. At this age bila banyak benda yang kita kena tanggung, dapat sahabat yang boleh berkongsi rasa dan perasaan adalah blessing, alhamdulillah!!!!

Ok, entry ni memang bukan entry pasal pengalaman bersalin or berpantang ye, itu kita stori lain hari..

Bye ^_^


Luv,


21.5.13

2nd Pregnancy : counting days...

as salam..

Salam pagi Selasa ^_^

Mengupdate blog dengan mood yang bercampur2, hehehe yang penting just nak bgtau saya masih belum beranak..

This week dah masuk 38wks, esok ada checkup lagi.. Last week masa checkup doc dah cakap baby already drops, so maknanya tunggu mase je dan get ready jelah walaupon beg nak gi hospital belum siap kemas lagi, well u know me, memang suka buat kerja last minute ^_^

Based on last week punya checkup baby dah 3.3kg, besar gak lah, so cukup full term nanti tak tau la berapa berat dia, hopefully senang la nak kluar.. Perut pon dah asik mengeras2 je ni, betul2 buat mummy cuak hahaha sebabnya saya tak berapa sure camne nak tau masa dah sampai nak beranak, sebab dulu masa Iskandar pergi serah diri untuk induce..

Bilik opis saya dah kemas cantik dah, sedia untuk ditinggalkan.. Kerja pon tengah dihabiskan sebaik mungkin, kalau nak habiskan semua memang tak boleh lah kan tapi hopefully orang yang kena menggantikan saya sementara nanti takdelah mengucap panjang tengok kerja terbengkalai yang panjang berjela hahaha...

Tapi saya macam sedeh plak sebab mak tak boleh datang jage saya masa dalam pantang.. Hubby cakap takpe dia boleh jage, hahhhh!! agak2 sape yang jage sape nanti yek, tapi nasib baiklah Dian masih free untuk temankan saya huhuhu banyak betul pengorbanan my lil sis ni ^_^ tak dapat bayangkan kalau dia dah kawen nanti, bukan mak je yang reluctant nak kasi dia kawen, saya pon same jugak agaknya, huarghhhh T_T dia masih adik saya yang kecil dan comel!!!

Ok dah, start nak merepek dah.. Nanti saya update lagi ye

Luv u all ^_^


Luv,

10.5.13

Soalan for Preggy ME!!

as salam...

Salam Jumaat..

Iols saje je malas nak tulis belog awal2 minggu pasal ramai sangat yang dalam mode #blackout hahaha biarkan black monday anda berlalu pergi, jangan biarkan emosi menguasai minda...

Opsss nak cakap pasal PRU ka?!! Hey no.. no.. no..

Cuma nak buat pengakuan jer, saya mengundi guna niat hehehe hopefully takde la bangla (saya tak paham betul apasal nak guna bangla, takde bangsa lain ke kalau iya pun nak suh menyamar jadi orang malaysia?) ke hape ke yang tolong mengundikan saya.. jangan bising cakap saya tak tunaikan tanggungjawab ye, I have my own reason for this.. Just let me make it simple, "suami didahulukan, keharmonian rumahtangga diutamakan" ^_^ dan juga saya taknak terberanak dalam kereta!!

Sudah2 la ye, mari kita bersyukur dengan apa yang ada dan kerja kuat untuk menambah apa yang tak ada.. Jangan jadikan alasan saya tak cukup duit or hutang saya keliling pinggang so kerajaan lah yang bersalah.. Dan mari juga kita bermuhasabah diri dan dekatkan diri dengan Maha Pencipta serta bertaubat dan cari ilmu akhirat sebanyak mungkin dari menyalahkan pemimpin sebab kita tak pakai tudung.. yeah ayat saya memang ntah hape2 tapi itu lah kenyataannya, semua bermula dengan diri sendiri, jangan salahkan orang lain kalau kita sendiri tak berusaha.. Nak duit kena kerja, nak ilmu kena belajar, simple!!! Hahahaha ape benda aku merepek ni!!!

Ok cerita2 politik akan ditangguhkan sehingga PRU ke 14 pulak..


Ramai dah tanya bila nak "meletop", antara soalan yang saya paling menyampah nak jawab hahaha, nanti kang aku takde cuti 3 bulan korang rindu plak, tak sabar2 nak suh saya cuti, sabar la wei!!! Saya ada kurang dari sebulan je ni, hehehe sebelum cuti ni banyak nak kerja opis nak kena settlekan dulu, kesian plak orang yang menangung kerja kalau saya tak buat senarai kerja2 "terbengkalai" kan, yang penting saya TAKNAK angkat sebarang panggilan dari opis yang bertanya pasal kerja semasa saya sedang maternity leave, especially pertanyaan untuk pegi FTA di Germany (menyampah hokey!! time aku beranak la korang mengada2 nak melawat kilang kat Jerman tu!!)

Untuk soalan "dah ready ke belum?!!" ehh awal2 lagi akak dah ready diknon, kalau tak takkan beria nak menambah anak bersungguh hahaha ready memang dah ready tapi cuak proses nak melahirkan tu pun dah makin terasa, ini untuk2 wanita2 berpengalaman je lah yang tau betapa dupdapdupdap hatiku ini.. Persediaan untuk barang2 baby, alhamdulillah rase2nya dah 95% selesai, cuma adalah benda2 yang bukan keperluan lebih kepada keinginan sahaja belum tercapai hahaha tu confirm en hubby malas nak layan.. Barang2 berpantang untuk saya pon macam2 dah beli, dulu takde la beria macam ni sangat, mungkin sebab nak kena berpantang sendirikan so kena la siapkan semua sendiri..

Soalan pelik yang saya terima "apa benda yang kau jeles dengan orang tak preggy bila tengah jadi penguin camni?" (memula saya sekeh dulu orang yang bagi soalan ni bila samakan saya dengan penguin!!) Saya tak jeles tengok pompuan cantik yang kurus sebab nanti lepas saya beranak pun saya akan cantik jelita kurus jugak!! hahaha konpiden!! tapi saya jeles betul bila tengok pompuan pakai kasut tinggi, saya merindui semua my heels dalam almari, cita2 pertama lepas beranak adalah nak beli kasut tinggi hahaha...

Soalan pantang nanti dimana, rasenya kemungkinan besar di sini saje, mana boleh tinggal suami, ehh!!! hahaha sayang pulak nak pontengkan sekolah Iskandar kalau saya nak balik kampung.. Mak abah saya pon macam beria je nak datang sini, so harap2 mak ada di sisi saya masa berpantang nanti.. Kalau tak pon mama akan datang kot cuma tak boleh lama sebab my sis in law pon due lebih kurang sama dengan saya..

Ok, tu je kot.. Nanti kalau ada masa saya kongsikan barang2 keperluan nak menyambut orang baru ni ye.. Tak kira la anak nombor berapa pon, persediaan same je kan..

Till then, have a nice weekend everyone.. Spread the love not hate!!


Luv,


2.5.13

2nd Pregnancy : 35 weeks and counting...

as salam...
Salam Khamis, 21 Jamadil Akhir 1434..

My pregnancy dah masuk 35 week, last checkup on last Tuesday, baby weighted 2.4kgs and mine 68.9kgs.. Hampir2 nak masuk 70kg dah tapi I dah redha je hehe memandangkan makan pon tak boleh nak control sekarang, hubby pon semakin menggalakkan makan makan makan.... 

Nothing much discussed dengan doc masa checkup sebab hubby did the talking part more than me, yeah that was his 2nd time ikut for antenatal checkup, sedeh kan?!! hahaha.. Sanggup amik cuti tu, but the hidden agenda adalah supaya dia dapat bertanya dengan doktor adakah selamat meninggalkan saya di akhir2 pregnancy sebab dia still kena pegi outstation lagi.. Saya dah cakap ok je if dia kena kerja luar, agak2 sakit nak beranak nanti saya drive la sendiri gi hospital T___T

Selain dari tu, berat baby dah normal semula, actually before this bukan la tak normal cuma slightly bigger but still in the range, but saya kan mmg saiko, risau tak tentu pasal!!! So mummy dengan senang hatinya minum coffee blended lepas checkup tu hahahaha...

Sebab checkup saya habis awal so hubby ajak pergi Kidzania, konon2 nak bawak Izz main happy2.. Sampai sana ada 3/4 bas beratur, bila check kat kaunter rupanya Kidzania dah penuh sebab banyak sekolah buat lawatan hari tu so cancel bawak Izz gi Kidzania, maybe next time kot, nasib baik jugak Izz sangat behave, takde la mengamuk2 bila tak jadi bersuka ria..

Tukar plan lain, pegi Ikea pulak, walaupon hari kerja tapi masih ramai orang, semua pon orang dapat mc kot hahaha.. So lunch and shopping2 kat Ikea, sebelum asar kami dah bergerak balik ke rumah..

Oklah, takde idea dah.. Bye dan selamat bekerja ^_^


Luv,

25.4.13

Taksub..

as salam...

Banyak benda yang membuatkan saya berfikir sekarang ni, especially pasal politik yang tak sudah.. Mungkin hanya akan surut lepas keputusan PRU13 keluar, tu pon kalau puak2 yang bertanding ni terima keputusan dengan tenang dan berlapang dada.. Kalau ada yang tak puas hati itu ini, mungkin akan panjang lagi la ceritanya kan...

Saya teringat perbualan dengan seorang pakcik beberapa tahun dahulu, 2008 to be exact, pakcik ni driver di PU Butterworth.. Masa tu saya ditugaskan untuk menemuduga calon2 yang nak kerja dan pakcik ditugaskan mengambil dan menghantar saya ke hotel dan PU setiap hari untuk seminggu.. Saya tak ingat nama pakcik tapi saya namakan dia Pakcik X sempena Prof X dalam cerita X-Men (hahahaha tetiba je, takde kena mengena langsung)

Perbualan dengan Pakcik X bukanlah berkisarkan politik tapi lebih kepada ketaksuban pada sesuatu benda..

"Puan tau tak kenapa pegawai2 xxxxx ni ramai yang sombong dan bangga diri? Sebab orang2 bawah semua kena sembah dan tabik kat diorang setiap masa.. Cuba pokok kayu tu orang sembah tiap2 hari, dari cuma pokok kayu je pon boleh jadi pokok berhantu.. Taksub sangat.. Tapi tak semua lah macam tu.. Pakcik ni dah 30 tahun kerja dengan diorang"

Perbualan ini hanya pendapat peribadi Pakcik X dan saya tidak mengiya atau menidakkannya, semua orang berhak beri pandangan di negara yang demokrasi ni kan.. So jangan salahkan Pakcik X jika anda tidak bersetuju..

Saya nak relatekan dengan situasi kita sekarang.. Kalau dah setiap masa dengan smartphone, tengok status fb dan tengok utube asyik mengulang kutuk orang tu tak betul, orang ni tak betul.. Lama2 kita pun terpengaruh dengan cerita2 yang disogokkan, sahih ke tak semua tolak tepi sebab apa... terlalu taksub!! Terima semua tanpa difilter dulu..

Tapi again kita tak boleh nak halang berita/fitnah tersebar sebab negara kita negara demokrasi, semua berhak untuk bersuara, berkongsi pandangan dan mencuba nasib.. Cuma jangan paksa orang lain terima ideologi kita dan janganlah cuba menghasut dan suka tengok orang berpecah belah.. Ilmu sedikit jangan cuba nak jadi cikgu, belajar dulu dan cari cikgu yang betul nak mengajar ke arah kebaikan bukan semata-mata untuk kepentingan/kepuasan peribadi..

Sekian, terima kasih..

Terima kasih Pakcik X, saya doakan pakcik sentiasa berbahagia selalu...


Luv,


22.4.13

STOP!!

as salam...

Kejadian malam tadi T__T


Abah      :  pas.... umno... bla bla bla... politik...
Mummy  :  politik..... bla bla bla bla.. pas.. umno...

*gaduh manja*


Iskandar  :  mummy!! abah!! stop stop stop!!!

Abah       :  bla bla bla... politik... umnongok!!!
Mummy   :  bla bla bla... politik... pas boleh blah!!!!

*gaduh kasar*


Iskandar  :  mummy stop!! abah stop!! STOP!!! (siap buat sign tangan suruh stop)

Abah       :  politik2!!! semua salah umno....
Mummy   :  politik2!!! semua salah pas....

*gaduh giler ganas*


Abah masuk bilik air....
Mummy nangis2....

Iskandar  :  (tengok mummy nangis) kenapa mummy nangis?!! (pegi kat pintu bilik air) abah, mummy nangis!!! (datang semula kat mummy) mummy jangan nangis!!! *hugs mummy* mummy jangan nangis, Izz sayang mummy!!!


Alhamdulillah, saya diberikan kekuatan oleh anak sekecil 4 tahun.. He never judge me and always showered me with his loves, unconditionally.. Nothing else I should ask kecuali cepatlah habis musim PRU ni...

Btw, sila jangan buat spekulasi, kami laki bini mmg suka hover kalau berdebat especially pasal politik ni, hahahaha...

Peace no war!! I still love u sayang..


Luv,


13.4.13

2nd Pregnancy : My WISH lists..

as salam..

Here's my wishlists for this time pregnancy.. Those are big items and a bit pricey, that's why i'm calling it wishlist, hehehe so if i cant get it.... well nevermind, it just a wish maaaa ^_^


Quinny Zapp Extra Stroller + Maxi Cosi Carrier
(already bought it with hubby's bonus, ours is black)


Looking forward for this, Medela Free Style Breastpump


Tommee Tippee Steriliser + Warmer
 
 
Fisher Price Newborn to Toddler Rocker
 
 

Ok, thats all for now.. ^_^ *blinking eyes to mr hubby*


Luv,


12.4.13

2nd Pregnancy : Big Baby????

as salam..

My pregnancy dah masuk 32 weeks, latest checkup last Tuesday baby weighted 2.02kg, mummy 67kg.. Marilah sama2 menggemukkan diri wahai anakku hahaha!!!

Alhamdulillah semua normal dan progressing well.. Seperti biase ditemani oleh abg Izz sebab hubby outstation.. Saya dah start merasakan Braxton Hicks, sakit bila perut tegang2 ni, rase tak selesa dan saya terima seadanya, sakit tu nikmat!! ehh!!! hahahaha

Doc tanya birth plan saya, samaada mau amik epidural seperti dahulu, dan dengan confident makcik jawab, "if second baby ni cepat sket process (nak beranak) kan doktor?, kalau boleh tak payah la amik epidural".. She answered "haah, biasanya kalau dah second baby ni cepat but are u sure?" hahaha saya sambung "tengoklah keadaan masa deliver tu nanti" hehehe.. Conversation mengenai process nak beranak ni membuatkan saya seriau, omg another 8 weeks to go!!!!

Masa scan session, doc cakap baby adik ni ada potensi besar, estimated birth weight kalau ikut chart lebih kurang 3.5++kg, so makcik sekali lagi dengan confident tanya, "if baby besar boleh normal ke doc?" dan dia jawab "depends on u jugak, tengok boleh lepas ke tak, maybe boleh induce after 38 week but kena make sure u memang dah ready" Alamak another induce experiance membuatkan saya cuak..

Hahahaha pastu terus tak tanya soalan kat doktor dah.. Terus jugak tak beli ice blended kat Coffee Bean kat bawah macam selalu2 saya buat hahaha tapi skrang tengah minum teh ais tanpa rase bersalah!!! hahaha (orang cakap kalau banyak minum ais banyak2 nanti baby besar, orang cakap lah!! tak tau betul ke tak)

Tapi bila saya google pengalaman2 mommies lain, biasenya ultasound scanning sometimes tak betul, estimated hanyalah guestimated!! hehehe sedapkan hati sendiri tapi bila terpikir balik dulu time Izz, estimated birth weight dia lagi kurang dari yang sebenar, hahahaha i should be "cuak" right now!!!

Tolong doakan saya dapat bersalin secara normal ye kawan2, semoga jugak takde sebarang komplikasi insya Allah..

Tq loves!! Sayang kamu ketat2!! ^_^


Luv,


10.4.13

Entry birthday yang tertunggak : Happy Birthday to My Love!!

as salam...

Hello semua.. Long time no see kan.. Banyak benda nak cerita ni selepas 2 minggu menyepikan diri ^_^ tapi kita dahulukan cerita yang penting ye..

Last Friday, my hubby punya birthday (5 April) tapi sebab saya sedang berkursus di JB kan so wished birthday thru telephone jek.. Mak busy ok sebab nak kena amik test, so wished pun short and simple "happy birthday sayang, ok bai!!" hahaha..

Jumaat malam tu baru kami berjumpa di rumah, tu pon macam dah lambat dan masing2 kepenatan, tapi memandangkan hari jadi orang tersayang, saya gagahkan jugak diri untuk ajak hubby pegi dinner (hahaha padahal dia lagi bersyukur kalau tak pegi mana2!!).. Tak tau nak ke mana, kami pun ke Wangsa Walk saje, jalan2 pilih tempat makan pastu hubby ajak tengok movie tapi sebab takde cerita menarik nak bawak Izz tengok so kami plan nak makan saje tapi Izz pulak nampak tempat games so terpaksalah melayan dia main2 dulu..

Lepas puas main games, baru lah pegi makan tu pun masing2 dah merah2 mata menahan mengantuk, lepas makan terus balik umah tido, hahaha simple sungguh sambutan birthday my hubby...

Hari Sabtu adalah hari melawat mertua so takde apa aktiviti kecuali pergi birthday party anak2 cousin hubby di Shah Alam, so aktiviti dipenuhi dengan makan dan makan sahaja.. Seperti biase budak2 la happy kalo pergi birthday party kan, tapi mak budak pun terlebih excited bila anak2 main games hahaha..

happy birthday dania dan dahlia!!
Izz with uncle clown, seriusly saya terkejut bila tengok Izz dah tak takut dengan clown, before this kalau nampak clown confirm menangis.. Time ni Izz tengah nyanyi "twinkle2 lil star", cute jek!!

Hari Ahad dimulakan dengan pergi melawat our friend's newborn, comel sangat baby zafirah.. "aunty doakan zafirah sentiasa sihat dan kuat ye, cepat besar ye sayang".. Sebelum balik sempat saya bisik kat mama zafirah supaya terima takdir dan kuat terima ketentuan Allah..

Selepas tu hubby plan nak ke Setia City Mall tapi sebab GPS kami yang bengong, makan sampailah kami ke Empire Shopping Mall (hahaha tak ke jauh bunyinya tu!!).. Hubby menuntut hadiah birthday dia yang saya buat2 tak ingat hahaha tapi kalau dah dia mentioned takkan nak buat2 lupa kan, tapi i ikhlas ok.. So dapatlah 2 belt yang dia berkenan, kopak lah makcik untuk bulan ni hahaha ehh!! ikhlas2!! Dan untuk birthday dinner saya belanja makan kat Serai, dapatlah one slice pavlova sebagai kek birthday dan juga nyanyian merdu birthday song dari si comel Izz Iskandar untuk his abah..

Izz beria nyanyi birthday song..
This was mine, hahaha gile makan tak hingat..
Izz bersama broccoli soup.. Kekaguman tengok dia makan sup ni masih bersisa tapi rasenya kalau dia nampak broccoli tu sebiji2 confirm dia tak makan punya!!!

Hehehe HAPPY BIRTHDAY SAYANG!! We love u so much!!


Luv,

25.3.13

Isnin yang RARE ^_^

as salam...

Hello darlings!! Happy Monday blues..

Hehe hari ni saya happy, in fact malam tadi dah happy sebab tak sabar nak masuk opis hari ni.. Semua sebab LIMA'13 kat Langkawi yang akan start esok (26 - 30 March 2013) so semua boss tiada di opis kecuali saya, memang syok!!! tiada meeting, tiada deadline, tiada paperwork, tiada board meeting.. NOTHING!! First time saya merasakan sangat free di opis, hahaha first time jugak saya terlepas dari join urusetia LIMA, kalau tak mesti dah berkampung di Langkawi seminggu ni.. So saya akan menikmati seminggu without job hassle, alhamdulillah!!!! ngeeeeeeeee....

Bangun pagi pon sangat seronok sebab takyah siapkan Izz pegi sekolah, hehe memang just nice cuti sekolah time2 macam ni.. Mood saya untuk berhoneymoon tiada ganguan langsung ^_^

So saya akan memanfaatkan masa2 rare di opis ni untuk membuat kerja2 yang rare jugak, hahaha..

Nanti sambung lagi ye ^_^


Luv,

21.3.13

Kids Day Out : Hello Kitty Town dan Lil Big Club, Puteri Harbour JB

as salam..

Maaf untuk mendiamkan diri seketika ini, many things happen beyond my control lately, chewahhhh hehehehe ok itu alasan je sebenarnya..

This entry saya nak cerita pasal keseronokkan kami bercuti di JB last 2 weeks, specifically cerita kegembiraan kanak-kanak ribena di Hello Kitty Town dan The Little Big Club, Puteri Harbour JB..

Plan asal adalah nk meraikan perkahwinan Din 10/3/13 (our schoolmate tapi sumpah saya tak kenal dan tak penah perasan dia mase kat sekolah 15 tahun dulu hahaha) but since dah pegi ke JB so kami pun membuat plan menyeluruh untuk bercuti hujung minggu di JB, siap amik cuti Jumaat dan Isnin lagi.. Accomodation memang tak perlu risau kalau ke JB sebab semua free hehehe, kami tido 2 malam di rumah Kak Ninie dan satu malam di umah makcik hubby..


9 Mac 2013

Kami ke Puteri Harbour hari Sabtu, kul 10 dah sampai hehe senang je ke sana sebab Kak Ninie ikut sekali, dia memang terer jalan2 kat JB ni.. Sebab sampai masa opening time, so memang tak ramai orang, tak payah queue panjang pon.. And yang paling best kebetulan Kak Ninie ada kawan yang kerja kat sini so kami dapat discount 10% untuk tiket masuk..

Harga tiket untuk pemegang Mykad adalah RM50 for each park tapi kalau beli untuk 2-2 park (Hello Kitty dan Lil Big Club) dapat RM85 seorang..

Bangunan ini ada beberapa tingkat, yang bawah sekali kaunter tiket dan ada kedai jual souvenir dan cafe..

Second floor adalah Hello Kitty Town..


Area ni adalah sangat comel, sesuai lah dengan character Hello Kitty pon, girly2 giteww tapi anak i lelaki, camno?!!! hahaha belasah je... Ada beberapa aktiviti yang boleh dibuat kat sini, antaranya jalan2 dalam rumah Hello Kitty, oklah dapat tengok camne rupa rumah imaginasi Hello Kitty; ada hall, bedroom, kitchen, bathroom, ada wardrobe lagi uuu!!! hahaha

 
 
Lepas dah jalan2 dalam rumah Hello Kitty kami ke tempat aktiviti yang lain; nails decoration hahaha ni adalah aktiviti budak2 pompuan, menghias kuku masing2 tapi saya layan jugak lah bila Izz pon sibuk nk tampal sticker kat kuku dia cuma abah dia tak kasi colour kuku je..




Then kami ke kitchen untuk mendecorate biscuit Hello Kitty pulak.. Sorang satu dapat biskut bentuk Hello Kitty dan boleh hias guna chocolate dan strawberry jem yang disediakan, bila dah siap boleh lah di makan biskut masing2, tapi tak sedap sangat pon, hehehe Izz and abah dia je yang makan beria..



Ada juga tempat untuk amik gambar pakai costume.. Tapi kami tak beli pon gambar tu sebab mahal hehehe..



Ada satu lagi aktiviti, buat rantai hmmm actually diorng kasi satu rantai dan boleh pilih satu bentuk pendant, tu je..

Lepas dah beraktiviti tu, budak2 dah teruja bila nampak ada play area so spent about 1/2 hour kat situ kasi diorang lari2 panjat semua..

Bila dah penat, kami sambung masuk Black Wonder, area ni agak suram2 sket, maybe nak tunjuk another side of colouful Hello Kitty hehehe, macam masuk dalam istana lama dan ada aktiviti jugak yang boleh dibuat, iaitu cari perkataan tersembunyi.. Kalau dapat cari akan dapat sijil but malangnya kami tak dapat hahaha semua sebab Izz yang asyik takut2!!! je dalam tu, siap menangis lagi, ngade2 sungguh..



Ok, selain daripada aktiviti tu semua, ada juga parade by Hello Kitty and the gang dan ada stage show.. So kena alert dengan jadual yang diorng sediakan, ada time untuk show2 ni semua.. Kanak2 ribena seronok lah dapat dance2 dengan Hello Kitty ni, parents tengok je lah..




Ada tea cup ride jugak yang Izz dan abahnya repeat naik beberapa kali, hehehe...



Di floor ni ada satu food stall tapi just jual simple meal je lah, kalau lapar sikit2 tu boleh la singgah, nak alas perut kan..


2nd dan 3rd floor adalah Little Big Club..

2nd floor..

This park memang berbaloi untuk bawak boys sebab banyak fav cartoon characters yang diorang kenal, such as Thomas & Friends, Barney, Pingu, Bob the Builder dan juga Angelina Bellerina untuk girls.. Kat park ni ada beberapa area untuk each characters.. First akan jumpa area rumah Barney dan ada time jugak maskot Barney akan keluar untuk bergambar.. Lepas tu ada studio menari Angelina, sama juga, ada time si Angelina ni akan kluar untuk ajar kids menari hehehe cute je bila girls kena pakai tutu and crown, tapi tak sesuai la for boys kan...

Then ada rumah igloo Pingu, dalam tu ada beberapa games untuk kids dan parents.. Kat sini je hampir 1/2 hour kami menanti Izz dan Niena puas main..

Selain tu, ada play area untuk character Bob the Builder, another 1/2 hour spent here.. *pengsan*



Di floor ni ada satu stage yang besar kat pintu masuk, untuk show Thomas & Friend but ada time dia sendiri la (again!! sila semak jadual show) Izz sangat enjoy masa tengok sing-along show ni dan siap joget2 lagi hehehe kids memang cute kan?!!

Bila dah penat, budak2 mengadu lapar so kami makan simple meal di floor ni, stall dia kecik je dan makanan tak banyak pilihan..

Bila dah recharge, kami ke third floor..

3rd floor..

Kat atas ni memang happening, ada few rides sesuai untuk preschool kids, parents pon boleh join sekali, confirm diorang akan sangat happy..

First kami naik Thomas the train ride (the only ride for preggy mommy ye).. Oklah pusing2 je naik train hahahaha


Then diorang naik flying bus..



After that, Niena nak naik bumper car tapi Izz tak lepas height yang ditetapkan so Niena enjoying her bumber car ride with Kak Ninie while Izz naik helicopter with his abah.. mummy jadi penonton je lah!!!



Lepas tu, diorang naik windmill pusing2 pulak..



Last sekali, naik this ride, apa benda nama eh?!! Suka sangat budak2 ni sampai taknk turun, luckily tak ramai orang so adik yang jaga tu kasi je diorng main sampai 3 kali, hehehe..



Kat atas ni ada kawasan kedai makan yang agak besar dan selesa compared to the other 2 floors.. Banyak jugak pilihan makanan tapi sebab kami dah agak kenyang dan after selesai main kat parks ni kami dah plan nak makan with Abg Man kat area Tanjung Pelepas so kami tak makan kat sini..

Habis pusing both parks dan sampai budak2 cakap ok we're DONE!! baru kami turun semula ke bawah tapi tak sangka hujan sangat lebat so naik semula ke Hello Kitty Town (as long as u tak tanggal gelang kertas entrance tu so boleh masuk banyak2 kali), sempat la tengok another round of stage show dan naik tea cup ride tu...

Agak2 hujan dah reda, kami turun untuk keluar but nak keluar ni kena lalu kat kedai sauvenir dulu, so spent a few bucks there untuk anak2 happy.. Belikan Izz pencil case dan VCD Thomas dan sling bag untuk Niena..



Keseluruhannya, kami habiskan masa dari kul 10 hingga 12.30 di Hello Kitty Town dan 12.30 hingga 3.30 di Lil Big Club..




Sebelum balik, singgah di surau dulu tapi surau dia kecik je, not gud.. not gud.. tak selesa tapi bersih cuma mesti sempit kalau ramai orang.. itu je my complaint hehehe..

Conclusionnya, taman tema ini memang menyeronokkan untuk kanak2.. Selesa dan bersih, bilik air pon sangat dijaga rapi.. My kid sangat happy dan tak abis2 cerita his experiance.. Cuma rasenya jangan datang time school holiday kot, confirm ramai orang hehehe..

Oklah tu je, enjoy ur trip there for those yang akan ke sana.. Happy2!!!



Luv,