19.11.12

Salam Awal Muharam 1434 Hijrah!!!

as salam..

Salam Awal Muharam 1434 Hijrah!!!
ok lambat lima hari tapi masih awal jugak kan, kalau buat azam tahun baru pon masih valid lagi ni, hehehe

5 Muharam 1434H - selamat hari lahir untuk my hero, Izz Iskandar Muhammad turns 4 today.. Perkembangan semasa sangatlah pesat especially mulutnya, boleh tak bila saya panggil dia, dia akan jawab "apa lagi mummy, apa lagi!!" hamboi cam dah besar sangat je ko kan, geram tapi kelakar.. Lagi satu dia suka buat ayat guna broken english, habis lah masuk sekolah nanti, hancus bahasa melayu and english camni.. banyak words english yang dia boleh sebut dan guna dengan betul, memandangkan kami takdelah guna english kat rumah sangat pon so saya suspect dia belajar dari cartoon kat Disney Jr Channel ni.. Imaginasi sangat tinggi budak ni, macam2 barang dia boleh buat main, bakat menyanyi belakon dan berjoget pon hebat jugak tapi tu saya tak heran sangat sebab belah bapak dia memang ada bakat seni kan.. Lagu favorite sekarang dah tak main lah "twinkle twinkle little star" dah, lagu "ya hanana" (mummy boleh tahan lagi) dan juga lagu "opa gangnam style" (mummy pengsan!!)

Oklah, takde la nk update sangat pasal budak comel ni owhh lupa plak, dia suka guna kata ganti nama kita skrng ni, comel sangat.. Contoh ayat dia bila kena marah dengan mummy, "mami marah kita, mami tak sayang kita.. kita sayang abah jer!!" hahahaha mana lah dia belajar sayang tak sayang ni, macam2 lah..

Actually saya nak cerita pasal last week, seminggu saya bercuti, seronok sangat so hari ni memang takde mood nak buat kerja, hehehehe tu yang tetiba rajin update blog tu..

Last Friday (2 minggu yang lepas) saya kerja separuh hari je, tengahari balik dan bersiap2 ke KLIA dengan Iskandar.. Konon2 nk buat suprise visit to hubby yang kena outstation ke Kemaman.. Last2 kami kena menunggu hubby amik kat airport Kuantan sampai sejam, sampai tutup la semua kedai kat situ, first time naik flight berdua je dengan Izz, nasib baik la dia dah besar dan behave jugak.. Sepatutnya hubby kerja sampai hari Ahad je tapi tetiba dia kena sambung sampai hari Isnin so terpaksa lah saya amik EL hari Isnin tu, dengan jadual penuh dengan meeting mesti boss bising kat opis tapi nak buat camner kan.. Tahap keboringan duduk Awana dah memuncak dah sampai rase cam nak balik KL naik bas je hehehe.. Hari Selasa baru balik KL, fuhhh.. But on the way nak balik tu sempat jumpa my kakak dan family dia yang kebetulan nak ke Kuala Terengganu, sempat lah kami spent time dengan anak2 melawat Mini Zoo Kemaman...

Hari Rabu saya memang apply cuti so lepak2 je kat rumah dengan Izz.. Tapi boring jugak so at lunch time kami gi KLCC untuk lunch dengan hubby (dia kerja!!) lepas tu makin panjang la langkah kat KLCC, beli buku, tengok wayang Nemo 3D.. Last2 doa akhir dan awal tahun saya baca kat surau KLCC je hehehe sambil Izz tido kepenatan, nasib baik tak ramai sangat orang sebab hari kerja kan.. Lama jugak kami kat KLCC menunggu hubby balik kerja, sampai kul 10 malam jugak lah.. Cuma saya tak sempat nak shopping je, takut tak cukup masa plak..

Hari Khamis kami balik Mersing, best2!! sampai la hari Sabtu balik ke KL semula.. Hari Ahad lepak rumah je... Ok cukup tulis diari untuk aktiviti last week ^_^

Semoga hari2 seterusnya akan semakin membahagiakan kita semua.. Best kan cuti sekolah, saya dapat cuti seminggu pon dah rase heaven sangat, ni pulak dapat cuti sebulan dua, wah best2!! ehhh macam budak sekolah plak..

Ok guys!! see u in next entry.. bye

Luv,

No comments: