16.8.12

Diari Ramadan 1433H - hari-hari terakhir

as salam..

Salam 27 Ramadan.. Alhamdulillah dah nak raya kan?!! ^_^ tak sabar nak balik kampung.. This year sambut raya kat my kampung, hoyeay!! hehehehe kalau sambut kat side lagi satu mesti buat2 sentap huuuuhuuu..

Saya berjaya mendapatkan baju ketiga yang sama tema dengan baju hubby and Iskandar, hehehe bersungguh makcik nak cari baju warna hitam merah tu, hape lah pilih colour camtu, tak sesuai dengan i tau!! So baju raya semua dah settle.. Duit raya pon dah settle jugak, hubby dah tukar duit so saya tolong masuk dalam sampul je.. Oleh kerana tahun ni saya tak payah tukar duit so lebihan budget tu buat shopping baju Iskandar.. Masuk Guess, Mothercare dan Gap je dah membuatkan saya berhabis beratus2, huhuhu nasib anak kan.. Kuih raya langsung tak beli, ehhh beli jugak tapi sebab nak bagi anak2 buah kat opis.. Kuih sendiri nanti nak mintak dari Kak Ninie je, hahahaha sila sediakan kuih raya 4/5 talam untuk adikmu yang cantik ini!!! Chocolate chips cookies yang saya buat sendiri dah selamat jadi kuih bukak posa, tak sempat raya pun..

shopping kat Mothercare KLCC.. Obsess sungguh dia dengan socks!!
Sempat singgah beli mainan lagi.. Main sekali pastu menyepah je lebih!!

Last week berbuka puasa with my girlfriends.. This year hosted by Wan Rose, rumah dia besar so senang anak2 nk bermain, kalau tiap2 tahun pun buat kat umah Wan Rose saya okeh jugak, hahahaha.. Macam2 lauk ada, yang paling best ada pavlova dari Dayang, serius marvelous!! rasenya tu je menu yang habis licin kot so memang confirm sedap.. Saya bawak apa? hahahaha I kan suka mengelat, ingat nak buat air tapi air nescafe ais kak Leo lagi terbaik hahaha nasib baik bawak buah, kalau tak mesti kena kutuk kaw2 hahahaha... Ehh I bawak begedil daging jugak, first time buat tu.. Thanks dear Wan Rose for having us, lama dah i tak makan nasi tiba2 kat umah Wan Rose i makan dengan lahapnya hahaha, plan diet simpan dalam handbag..

pavlova from Dayang, decoration by Kak Leo dan pemotong buah Intan terhebats!! Saya?!! tukang makan berjaya ^_^

Hubby kena outstation pulak time2 puasa ni, nasib baik saya berjaya mengelak kena hantar bertugas luar kawasan bulan ni.. So berdualah bersama Iskandar untuk 4 hari puasa, sehari tak bangun sahur sebab terlajak sampai kul 6 pagi, sehari bukak puasa dalam kereta sebab kena hantar bermesyuarat kat Putrajaya yang habis kul 6 petang.. Nasib lah kan.. Sebab hubby takde so saya tak masak pun, sahur dan buka puasa makan makanan yang dah ada dalam fridge dan kabinet dapur hahahaha..

Sahur : air kosong, buah lebih bawak umah Wan Rose dan custard Intan yang tapau balik dari umah Wan Rose
Sahur : roti bakar dan susu

Tapi walaupon makan macam ni, berat masih maintain.. So far turun cuma 3kgs, tu pun sebab timbang sebelum berbuka, lepas berbuka tambah lagi 1kg.. Saya sangat paranoid sebab satu hari timbang sampai 14 kali hehehe.. dengan harapan setiap kali timbang akan semakin ringan!!! tapi harapan je lah, realiti jauh nak capai..

Semalam saya join kelab kebajikan my department melawat dan sampaikan sumbangan ke rumah anak2 yatim.. Hmmmmm sedeh dalam hati tengok anak2 yang dah takde ibu atau ayah ni.. Kecik2 lagi dah hidup susah.. Tapi saya tak sampai hati nak menangis sebab taknak dioarng pun sedeh jugak cuma saya rase agak gembira sebab bila tengok banyak sumbangan dari orang ramai yang diorang dapat, orang Malaysia ni kebanyakkannya sangat perihatin cuma harap2 semua berterusan lah, bukan cuma di bulan Ramadan je.. Tapi saya tak dapat tahan air mata bila tengok baby Mohamad Adam Rizki ni, baru 3 bulan dah menghuni rumah kebajikan.. Tak sempat tanya latar belakang dia tapi anak sekecil ni sepatutnya berada dalam pelukan ibu dan ayah dia.. T_T bila tengok anak2 ni mesti teringat kat anak sendiri, alhamdulillah beruntung sungguh Iskandar ada keluarga yang sayang kat dia.. 

Mohamad Adam Rizki, 3 bulan

Hari ni sejuk je kan? Hujan dan mendung sampai matahari pun tak nampak.. Hopefully esok ada sinaran matahari untuk kita ^_^

Ok lah, saya stop dulu.. Esok siaran terakhir sebelum bercuti panjang ^_^

Bye dan selamat berbuka!!

Peace Yo!!! gambar last week masa tunggu kereta diservice.. 

Luv,



No comments: