2.8.12

Diari Ramadan 1433H - Berita Menginsafkan sebagai Peringatan

as salam.. 


salam 13 Ramadan.. Ehh dah 13 ke?!! cepatnya!!


Tidak berhasrat untuk menulis tapi bila baca utusan online ni tiba2 saya rase sebak sangat, menitik2 air mata jatuh.. 


"KUALA LUMPUR 1 Ogos - Ketika umat Islam lain menghitung hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, seorang kanak-kanak berusia dua tahun menjadi yatim piatu apabila ibu bapanya maut dalam nahas ngeri yang berlaku di ibu negara pagi ini.


Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras."


Actually dari semalam saya dah sebak bila dengar berita ni, walaupun saya tak pernah kenal dengan arwah tapi sebab kami kerja dalam satu Kementerian yang sama, terasa dekat sangat.. Tambahan pulak, my staf pernah kerja satu bahagian dengan arwah before ditukarkan ke unit saya, so lagi detail berita yang saya dapat semalam.. Tak dapat nak membayangkan perasaan keluarga arwah, lebih2 lagi perasaan anak kecil 2 tahun yang tak tahu apa2 tu, semoga dia membesar jadi anak yang soleh dan boleh mendoakan kesejahteraan mama dan papa dia di "sana"..


Pagi tadi bila tengok muka Iskandar yang sedang tido, saya rase sayu sangat.. Saya berdoa dipanjangkan umur kami supaya dapat lebih beramal ibadat buat bekalan dan dapat lihat anak2 (insya Allah) membesar depan mata kami sehingga diorang berjaya jadi orang yang cemerlang dunia akhirat.. Bila saya cerita dengan hubby pasal berita ni dia cakap, "sebab tu kita kena banyak2 berdoa supaya jumpa lagi Ramadan tahun depan" insya Allah..


Another story yang takde kena mengena dengan kesedihan hati tapi membuatkan saya rasa hekk-elehhh-cuba-kalau-depan-nama-aku-ada-dato'-mesti-korang-ok-je-kan hahahaha panjangnye nak explain rase macam mana (ye saya memang over!!)


Saya dapat peringatan mesra daripada bahagian yang menjaga hal2 pentadbiran kat sini dengan nota merah "sila gunakan alamat persendirian, sekiranya berulang bahagian ini tidak akan menerima sebarang bungkusan" terselit pada my pos laju parcel barang yang saya beli secara online dan gunakan alamat pejabat untuk penghantaran, hahahaha.. Bila pikir2 balik, memang patut lah saya kena peringatan macam tu sebab dalam this week je ada 2 parcel sampai belum campur minggu2 lepas, asyiklah sampai bungkusan nama Marhani je hahaha.. Tapi diorang patut paham, orang2 yang bekerja ni mana duduk rumah nak receive barang pos, kena lah hantar tempat kerja kan.. Tapi takpe lah saya terima dengan hati terbuka, mungkin "peringatan" supaya kurangkan online shopping, kalau agak2 gatal tangan sangat nak bermaybank2u baik sedekah kat tempat2 yang memerlukan.. 


Speaking of that, sesiapa yang berniat untuk menyalurkan derma boleh browsing Islamic Relief website, sekarang ada kempen untuk Ramadan Relief dan macam2 lagi.. Sesuai untuk orang2 yang berniat untuk bersedekah tapi tak tahu nak sedekah kat siapa sebab tak tahu nak cari tempat yang sesuai.. Iklan kemasyarakatan ini tidak ditaja oleh sesiapa ^_^ hehehe

Ok guys, till then
bye..


Luv,


3 comments:

Wan Rose said...

Semalam dah baca berita pasangan arwah terbabit...memang sebak...berdebar-debar hati ni bila baca berita tu lebih-lebih lagi dorang travel naik moto macam kami jugakkk.....seram tau...ye la.....kalau naik moto, kiter ni macam mentimun...digelek atau menggelek 2-2 parah...hu huhu...semoga arwah tenang....mereka dapat sehidup semati dan yang pasti mereka ada anak (baby dalam perut yang 7 bulan tu) yang pastinya ke syurga

Carrie-Ma said...

ekekekeke

sampai kuar notis ek
dulu aku selalu je guna address opis
mmgla sebab kita xde kat umah kan
siap ada sekali tu aku beli comforter pastu pembalut tu koyak
kantoilah semua org tahu aku beli comforter haha

HaNiE said...

Wanrose;
InsyaAllah dan amin.. Ko pun kena selalu careful ye..

C.K;
mmg!! diorng jeles ler tu hehehe