27.8.12

Entry bergambar : Riang Ria Raya!!!!

as salam..

Few of my favourite pictures taken during a week of raya.. ^_^ me and and my loved ones.. Bless!!

a day before raya : heading back to kampung!! Ni before patah balik ke rumah sebab baju raya tertinggal kat umah, dah sampai tol Putrajaya baru teringat, nasib baik hubby ok.. Cuba bayangkan dah sampai tol Kluang baru perasan, merasa lah pakai jeans pagi raya, Amareka la sangat!! hahahaha...
a day before raya : just arrived at kampung!! this year cuma saya dan adik2 bujang sambut raya kat umah mak, Kak Ninie dan Long balik sambut rumah mertua masing2.. petang raya baru berkumpul adik beradik semua..
1st daya of raya : family portrait!! black and red theme..
1st day of raya : main ball petang raya.. boring sensorang kat umah atok, tunggu kak Niena, abg Ali n Aliah sampai..
1st day of raya : main bunga api..
2nd day of raya : siblings!! aktiviti beraya beramai-ramai
3rd day of raya : my family!! round kampung, senang sedara mara sekampung, jalan kaki je beraya..
3rd day of raya : cucu2 bikin havoc kat rumah orang!!!
3rd day of raya : Izz sayang baby bear!! but bila tanya nak adik tak tetap jawab "NO" dengan confident..
3rd day of raya : celebrating Pak Long's birthday!!
5th day of raya : road to Port Dickson.. senja baru sampai..
7th day of raya : beraya at Shah Alam.. habis round rumah sedara mara hubby kat Shah Alam..
7th day of raya : Imran dan Iskandar

will upload more in fb ^_^

Luv,



21.8.12

Selamat Hari Raya 1433H



as salam...

Selamat Hari Raya to my beloved readers!!! Sorry for the late wishes, but better late than never kan?! Thanks a lot to ur wishes too, i'm nearly tearing myself hahahaha poyo...

I'm still in my kampung, insyaAllah will be visiting my hubbys pakcik makcik at Port Dickson on this thursday before heading back to Kay Ell.. After that will resume the rutin life back.. By the way, I'm suppose to be in the office tommorrow coz I cannot take any annual leave due to 'tanggung tugas' thing but gilo apo kalo tak balik kampung, mau kena buang keluarga hahahaha.. My boss also gave the advise to take an m.c but hmmm I have to think what 'sakit' for me to lie for hahahahaha..

On the first day of raya, Iskandar followed his abah and atuk went to most of the houses in my kampung for 'takbir raya', this was his first time and based on atuk' s story he quite enjoyed it, hehehe maybe because there were another kids in the group too.. And the best part was, he went back home with full pockets of 'duit raya', all three of his 'baju melayu' pockets.. When I said "woww!! banyaknya duit raya Izz!!" he answered me with "haah, Izz nak beli toy!!" hahahahaha bagus!! kecik2 dah pandai cari duit sendiri... LOL

Ok guys, I will write our raya story some more after this.. So stay tune ok hehehehe and once again, I would like to wish 'SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN' Enjoy your raya and have fun spending time with your loved one, drive safely peeps!!!

Luv,
HaNiE

Published with Blogger-droid v1.7.4

16.8.12

Diari Ramadan 1433H - hari-hari terakhir

as salam..

Salam 27 Ramadan.. Alhamdulillah dah nak raya kan?!! ^_^ tak sabar nak balik kampung.. This year sambut raya kat my kampung, hoyeay!! hehehehe kalau sambut kat side lagi satu mesti buat2 sentap huuuuhuuu..

Saya berjaya mendapatkan baju ketiga yang sama tema dengan baju hubby and Iskandar, hehehe bersungguh makcik nak cari baju warna hitam merah tu, hape lah pilih colour camtu, tak sesuai dengan i tau!! So baju raya semua dah settle.. Duit raya pon dah settle jugak, hubby dah tukar duit so saya tolong masuk dalam sampul je.. Oleh kerana tahun ni saya tak payah tukar duit so lebihan budget tu buat shopping baju Iskandar.. Masuk Guess, Mothercare dan Gap je dah membuatkan saya berhabis beratus2, huhuhu nasib anak kan.. Kuih raya langsung tak beli, ehhh beli jugak tapi sebab nak bagi anak2 buah kat opis.. Kuih sendiri nanti nak mintak dari Kak Ninie je, hahahaha sila sediakan kuih raya 4/5 talam untuk adikmu yang cantik ini!!! Chocolate chips cookies yang saya buat sendiri dah selamat jadi kuih bukak posa, tak sempat raya pun..

shopping kat Mothercare KLCC.. Obsess sungguh dia dengan socks!!
Sempat singgah beli mainan lagi.. Main sekali pastu menyepah je lebih!!

Last week berbuka puasa with my girlfriends.. This year hosted by Wan Rose, rumah dia besar so senang anak2 nk bermain, kalau tiap2 tahun pun buat kat umah Wan Rose saya okeh jugak, hahahaha.. Macam2 lauk ada, yang paling best ada pavlova dari Dayang, serius marvelous!! rasenya tu je menu yang habis licin kot so memang confirm sedap.. Saya bawak apa? hahahaha I kan suka mengelat, ingat nak buat air tapi air nescafe ais kak Leo lagi terbaik hahaha nasib baik bawak buah, kalau tak mesti kena kutuk kaw2 hahahaha... Ehh I bawak begedil daging jugak, first time buat tu.. Thanks dear Wan Rose for having us, lama dah i tak makan nasi tiba2 kat umah Wan Rose i makan dengan lahapnya hahaha, plan diet simpan dalam handbag..

pavlova from Dayang, decoration by Kak Leo dan pemotong buah Intan terhebats!! Saya?!! tukang makan berjaya ^_^

Hubby kena outstation pulak time2 puasa ni, nasib baik saya berjaya mengelak kena hantar bertugas luar kawasan bulan ni.. So berdualah bersama Iskandar untuk 4 hari puasa, sehari tak bangun sahur sebab terlajak sampai kul 6 pagi, sehari bukak puasa dalam kereta sebab kena hantar bermesyuarat kat Putrajaya yang habis kul 6 petang.. Nasib lah kan.. Sebab hubby takde so saya tak masak pun, sahur dan buka puasa makan makanan yang dah ada dalam fridge dan kabinet dapur hahahaha..

Sahur : air kosong, buah lebih bawak umah Wan Rose dan custard Intan yang tapau balik dari umah Wan Rose
Sahur : roti bakar dan susu

Tapi walaupon makan macam ni, berat masih maintain.. So far turun cuma 3kgs, tu pun sebab timbang sebelum berbuka, lepas berbuka tambah lagi 1kg.. Saya sangat paranoid sebab satu hari timbang sampai 14 kali hehehe.. dengan harapan setiap kali timbang akan semakin ringan!!! tapi harapan je lah, realiti jauh nak capai..

Semalam saya join kelab kebajikan my department melawat dan sampaikan sumbangan ke rumah anak2 yatim.. Hmmmmm sedeh dalam hati tengok anak2 yang dah takde ibu atau ayah ni.. Kecik2 lagi dah hidup susah.. Tapi saya tak sampai hati nak menangis sebab taknak dioarng pun sedeh jugak cuma saya rase agak gembira sebab bila tengok banyak sumbangan dari orang ramai yang diorang dapat, orang Malaysia ni kebanyakkannya sangat perihatin cuma harap2 semua berterusan lah, bukan cuma di bulan Ramadan je.. Tapi saya tak dapat tahan air mata bila tengok baby Mohamad Adam Rizki ni, baru 3 bulan dah menghuni rumah kebajikan.. Tak sempat tanya latar belakang dia tapi anak sekecil ni sepatutnya berada dalam pelukan ibu dan ayah dia.. T_T bila tengok anak2 ni mesti teringat kat anak sendiri, alhamdulillah beruntung sungguh Iskandar ada keluarga yang sayang kat dia.. 

Mohamad Adam Rizki, 3 bulan

Hari ni sejuk je kan? Hujan dan mendung sampai matahari pun tak nampak.. Hopefully esok ada sinaran matahari untuk kita ^_^

Ok lah, saya stop dulu.. Esok siaran terakhir sebelum bercuti panjang ^_^

Bye dan selamat berbuka!!

Peace Yo!!! gambar last week masa tunggu kereta diservice.. 

Luv,



2.8.12

Diari Ramadan 1433H - Berita Menginsafkan sebagai Peringatan

as salam.. 


salam 13 Ramadan.. Ehh dah 13 ke?!! cepatnya!!


Tidak berhasrat untuk menulis tapi bila baca utusan online ni tiba2 saya rase sebak sangat, menitik2 air mata jatuh.. 


"KUALA LUMPUR 1 Ogos - Ketika umat Islam lain menghitung hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, seorang kanak-kanak berusia dua tahun menjadi yatim piatu apabila ibu bapanya maut dalam nahas ngeri yang berlaku di ibu negara pagi ini.


Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras."


Actually dari semalam saya dah sebak bila dengar berita ni, walaupun saya tak pernah kenal dengan arwah tapi sebab kami kerja dalam satu Kementerian yang sama, terasa dekat sangat.. Tambahan pulak, my staf pernah kerja satu bahagian dengan arwah before ditukarkan ke unit saya, so lagi detail berita yang saya dapat semalam.. Tak dapat nak membayangkan perasaan keluarga arwah, lebih2 lagi perasaan anak kecil 2 tahun yang tak tahu apa2 tu, semoga dia membesar jadi anak yang soleh dan boleh mendoakan kesejahteraan mama dan papa dia di "sana"..


Pagi tadi bila tengok muka Iskandar yang sedang tido, saya rase sayu sangat.. Saya berdoa dipanjangkan umur kami supaya dapat lebih beramal ibadat buat bekalan dan dapat lihat anak2 (insya Allah) membesar depan mata kami sehingga diorang berjaya jadi orang yang cemerlang dunia akhirat.. Bila saya cerita dengan hubby pasal berita ni dia cakap, "sebab tu kita kena banyak2 berdoa supaya jumpa lagi Ramadan tahun depan" insya Allah..


Another story yang takde kena mengena dengan kesedihan hati tapi membuatkan saya rasa hekk-elehhh-cuba-kalau-depan-nama-aku-ada-dato'-mesti-korang-ok-je-kan hahahaha panjangnye nak explain rase macam mana (ye saya memang over!!)


Saya dapat peringatan mesra daripada bahagian yang menjaga hal2 pentadbiran kat sini dengan nota merah "sila gunakan alamat persendirian, sekiranya berulang bahagian ini tidak akan menerima sebarang bungkusan" terselit pada my pos laju parcel barang yang saya beli secara online dan gunakan alamat pejabat untuk penghantaran, hahahaha.. Bila pikir2 balik, memang patut lah saya kena peringatan macam tu sebab dalam this week je ada 2 parcel sampai belum campur minggu2 lepas, asyiklah sampai bungkusan nama Marhani je hahaha.. Tapi diorang patut paham, orang2 yang bekerja ni mana duduk rumah nak receive barang pos, kena lah hantar tempat kerja kan.. Tapi takpe lah saya terima dengan hati terbuka, mungkin "peringatan" supaya kurangkan online shopping, kalau agak2 gatal tangan sangat nak bermaybank2u baik sedekah kat tempat2 yang memerlukan.. 


Speaking of that, sesiapa yang berniat untuk menyalurkan derma boleh browsing Islamic Relief website, sekarang ada kempen untuk Ramadan Relief dan macam2 lagi.. Sesuai untuk orang2 yang berniat untuk bersedekah tapi tak tahu nak sedekah kat siapa sebab tak tahu nak cari tempat yang sesuai.. Iklan kemasyarakatan ini tidak ditaja oleh sesiapa ^_^ hehehe

Ok guys, till then
bye..


Luv,