14.6.12

Penindasan Muslim Rohingya di Myanmar

as salam..


Semalam, lepas balik dari opis owhh balik lewat sket sebab big bos dah balik dari bercuti (masa untuk honeymoon di opis dah berakhir T_T) saya lepak dengan hubby sambil borak2 light topic, Izz macam biasa lah menghadap cartoon.. 


Dari topik2 harian, tiba2 hubby start cakap pasal penindasan Islam di Myanmar, dengan sangat bersemangat dan agak emosional jugak, saya yang mendengar ni pulak tiba2 rase annoying (hehehe sorry sayang!!).. The thing is saya rase macam "habis tu apa yang kita boleh buat pun, we have no power.." Dan perbincangan itu berakhir macam tu saje..


This morning, suddenly i stumbled to this hadith,


“Barangsiapa yang tidak mengambil peduli umat Islam yang lain, dia bukan dari golonganku” [H.R At-Tabrani] 


So I've googled pasal penindasan Islam di Myanmar dan I've found this from blog mutiaraidamanku

"Dalam keseriusan isu umat Islam yang berlaku kini di Syria, Palestin, Iraq dan selainnya, rantau asia juga tidak terlepas daripada mengalami masalah penindasan umat Islam yang dapat diperhatikan seperti yang berlaku sebelum ini di Kemboja, Thailand, dan yang dikecohkan baru-baru ini ialah di Myanmar, isu ‘penghapusan etnik’ Muslim Rohingya di Arakan, Myanmar.


Menurut maklumat yang didapati, sebenarnya, isu Muslim Rohingya baru-baru ini bukanlah satu perkara baru dan ia sebenarnya telah lama dialami oleh masyarakat muslim di Myanmar, khususnya etnik Rohingya ini yang merupakan satu etnik daripada 153 etnik di Myanmar, yang beragama Islam.

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah junta Burma pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka.

Sebahagian besar daripada mereka melarikan diri ke negara-negara jiran seperti Bangladesh, United Arab Emirates, Pakistan, Thailand dan termasuk Malaysia sendiri. Disebabkan penindasan ini, mereka dinafikan hak seratus peratus sehingga anak-anak muslim Rohingya dinafikan pendidikan, kaum wanita dirogol, rumah, tanah dan harta dirampas tanpa pampasan dan mereka juga turut dibunuh tanpa sebarang lingkung pagar undang-undang. Dikatakan, mereka hanya akan diberikan hak, jika mereka menganut agama Buddha dan meninggalkan Islam.

Ini kisah 30 tahun yang lalu, yang dialami oleh umat Islam Rohingya di Arakan, Myanmar, sehingga kini,. Dan baru-baru ini kita dikejutkan dengan pergaduhan antara umat Islam Rohingya dan penganut Buddha etnik Rakhine di Myanmar. Menurut berita yang dikeluarkan, sejak 3 Jun 2012 yang lalu wilayah Arakan di Myanmar bergolak apabila pihak polis bersama etnik Rakhine bergabung menyerang komuniti Rohingya menyebabkan ratusan yang terbunuh.

Isu ini makin lama dilihat makin parah apabila umat Islam Rohingya tanpa belas kasihan dibunuh, rumah dan kampung dibakar, termasuk masjid dan madrasah pengajian juga dibakar termasuk 1400 pelajar di dalamnya yang dilakukan oleh etnik Rakhine Buddha yang bersekongkol dengan pihak polis dan penguatkuasa.

Umat Islam Rohingya kini tiada kuasa dan suara mereka tidak didengari oleh sesiapa! Mahupun dunia!

Maka, setelah mengetahui semua ini, wajarkah untuk kita hanya duduk diam, tanpa mengambil tahu perihal keadaan mereka, serta membantu untuk mengembalikan kembali hak mereka? Adakah kita hanya ingin mengharapkan kuasa UN, PBB, dan sebagainya (yang maklum dinaungi oleh golongan kafir) untuk membantu umat Islam Rohingya?

Ingatlah wahai saudaraku,

Ini bukanlah masalah muslim Rohingya semata-mata. Namun, bila disebut MUSLIM itu, sepatutnya kita juga merasa terpanggil untuk bersuara dalam isu ini. Kerana Allah SWT ada berfirman, bahawa setiap orang beriman itu adalah bersaudara. Maka, sanggupkah kita membiarkan saudara kita ditindas begitu sahaja tanpa sedikitpun bantuan dan kecaknaan dari kita? Bayangkanlah jika yang ditindas itu adalah ibu bapa kita, adik beradik sendiri...apakah kita hanya duduk memerhati? Sedarkah kita bahawa, mereka kini sedang mempertahankan akidah Islam?

Oleh itu, di sini saya (walaupun saya bukanlah juga di antara mereka yang lantang bersuara), menyeru kepada semua yang membaca agar kita mendoakan saudara seakidah di sana, di atas kelemahan dan ketidakmampuan kita untuk membantu lebih dari itu (namun, jika kudrat melebih daripada ini, bantulah dengan berlebih-lebih lagi).

Dan saya juga menyeru agar pihak yang terbabit di Malaysia mengambil berat akan isu ini dan mengambil tindakan untuk menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam di Malaysia terhadap isu ini dan juga NGO’s agar melakukan sesuatu untuk bersuara bagi pihak mereka.

Wallahu a’lam…"



Terima kasih kerana membaca.. I think u know what should we do as Muslim..


Luv,




1 comment:

ddfirdaus said...

aku since dengar cite ni teringat kat kwn aku sorang kat sana. we are quite close n i do think her perception towards muslim is different esp when she started to mix with muslim girls frm malaysia n indo. she told me bout the old burma n the citizenship system. dan skarang aku sgt2 teringat kat die.. i hope that ppl like her can change Myanmar. Amin..