14.6.12

Penindasan Muslim Rohingya di Myanmar

as salam..


Semalam, lepas balik dari opis owhh balik lewat sket sebab big bos dah balik dari bercuti (masa untuk honeymoon di opis dah berakhir T_T) saya lepak dengan hubby sambil borak2 light topic, Izz macam biasa lah menghadap cartoon.. 


Dari topik2 harian, tiba2 hubby start cakap pasal penindasan Islam di Myanmar, dengan sangat bersemangat dan agak emosional jugak, saya yang mendengar ni pulak tiba2 rase annoying (hehehe sorry sayang!!).. The thing is saya rase macam "habis tu apa yang kita boleh buat pun, we have no power.." Dan perbincangan itu berakhir macam tu saje..


This morning, suddenly i stumbled to this hadith,


“Barangsiapa yang tidak mengambil peduli umat Islam yang lain, dia bukan dari golonganku” [H.R At-Tabrani] 


So I've googled pasal penindasan Islam di Myanmar dan I've found this from blog mutiaraidamanku

"Dalam keseriusan isu umat Islam yang berlaku kini di Syria, Palestin, Iraq dan selainnya, rantau asia juga tidak terlepas daripada mengalami masalah penindasan umat Islam yang dapat diperhatikan seperti yang berlaku sebelum ini di Kemboja, Thailand, dan yang dikecohkan baru-baru ini ialah di Myanmar, isu ‘penghapusan etnik’ Muslim Rohingya di Arakan, Myanmar.


Menurut maklumat yang didapati, sebenarnya, isu Muslim Rohingya baru-baru ini bukanlah satu perkara baru dan ia sebenarnya telah lama dialami oleh masyarakat muslim di Myanmar, khususnya etnik Rohingya ini yang merupakan satu etnik daripada 153 etnik di Myanmar, yang beragama Islam.

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah junta Burma pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka.

Sebahagian besar daripada mereka melarikan diri ke negara-negara jiran seperti Bangladesh, United Arab Emirates, Pakistan, Thailand dan termasuk Malaysia sendiri. Disebabkan penindasan ini, mereka dinafikan hak seratus peratus sehingga anak-anak muslim Rohingya dinafikan pendidikan, kaum wanita dirogol, rumah, tanah dan harta dirampas tanpa pampasan dan mereka juga turut dibunuh tanpa sebarang lingkung pagar undang-undang. Dikatakan, mereka hanya akan diberikan hak, jika mereka menganut agama Buddha dan meninggalkan Islam.

Ini kisah 30 tahun yang lalu, yang dialami oleh umat Islam Rohingya di Arakan, Myanmar, sehingga kini,. Dan baru-baru ini kita dikejutkan dengan pergaduhan antara umat Islam Rohingya dan penganut Buddha etnik Rakhine di Myanmar. Menurut berita yang dikeluarkan, sejak 3 Jun 2012 yang lalu wilayah Arakan di Myanmar bergolak apabila pihak polis bersama etnik Rakhine bergabung menyerang komuniti Rohingya menyebabkan ratusan yang terbunuh.

Isu ini makin lama dilihat makin parah apabila umat Islam Rohingya tanpa belas kasihan dibunuh, rumah dan kampung dibakar, termasuk masjid dan madrasah pengajian juga dibakar termasuk 1400 pelajar di dalamnya yang dilakukan oleh etnik Rakhine Buddha yang bersekongkol dengan pihak polis dan penguatkuasa.

Umat Islam Rohingya kini tiada kuasa dan suara mereka tidak didengari oleh sesiapa! Mahupun dunia!

Maka, setelah mengetahui semua ini, wajarkah untuk kita hanya duduk diam, tanpa mengambil tahu perihal keadaan mereka, serta membantu untuk mengembalikan kembali hak mereka? Adakah kita hanya ingin mengharapkan kuasa UN, PBB, dan sebagainya (yang maklum dinaungi oleh golongan kafir) untuk membantu umat Islam Rohingya?

Ingatlah wahai saudaraku,

Ini bukanlah masalah muslim Rohingya semata-mata. Namun, bila disebut MUSLIM itu, sepatutnya kita juga merasa terpanggil untuk bersuara dalam isu ini. Kerana Allah SWT ada berfirman, bahawa setiap orang beriman itu adalah bersaudara. Maka, sanggupkah kita membiarkan saudara kita ditindas begitu sahaja tanpa sedikitpun bantuan dan kecaknaan dari kita? Bayangkanlah jika yang ditindas itu adalah ibu bapa kita, adik beradik sendiri...apakah kita hanya duduk memerhati? Sedarkah kita bahawa, mereka kini sedang mempertahankan akidah Islam?

Oleh itu, di sini saya (walaupun saya bukanlah juga di antara mereka yang lantang bersuara), menyeru kepada semua yang membaca agar kita mendoakan saudara seakidah di sana, di atas kelemahan dan ketidakmampuan kita untuk membantu lebih dari itu (namun, jika kudrat melebih daripada ini, bantulah dengan berlebih-lebih lagi).

Dan saya juga menyeru agar pihak yang terbabit di Malaysia mengambil berat akan isu ini dan mengambil tindakan untuk menunjukkan keprihatinan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam di Malaysia terhadap isu ini dan juga NGO’s agar melakukan sesuatu untuk bersuara bagi pihak mereka.

Wallahu a’lam…"



Terima kasih kerana membaca.. I think u know what should we do as Muslim..


Luv,




12.6.12

Jordan "Bumi Anbiya"



as salam..


I back!! with a lot of energy hehehe..


For starting, let me show u a few pictures taken from Amman, Jordan.. Yes, I've been there for a short visit on my trip to perform Umra last 3 weeks, and yes that was also the reason why this blog looks "terabai-yang-amat-sangat" hehehehe..


This is a view from Dead Sea..
"Laut Mati (bahasa Ibrani: ים המלח; bahasa Arab: البحر الميت‎) merupakan tasik air masin yang terletak di sempadan Jordan dan Tebing Barat. Pantainya berada di kedudukan serendah 418 m di bawah aras laut, kedudukan terendah di atas daratan, dan juga tasik masin yang terdalam, sedalam 330 m. Laut mati merupakan sebuah tasik besar seluas 60 km panjang. Airnya mempunya kemasinan kedua tertinggi di dunia selepas Laut Asal di Djibouti dengan kemasinan hampir 30 %. Ini lebih kurang 8.6 kali lebih masin dari laut biasa. Oleh kerana itu tiada satu pun hidupan yang boleh hidup di dalamnya dan kapal tidak boleh belayar di atas permukaannya. Tasik ini berukuran 67 km panjang dan 18 km lebar. Cabang sungai utamanya ialah Sungai Jordan.


Rasa airnya terlalu masin sehinggakan seperti terasa pedas di lidah jika merasanya. Tidak ada hidupan di sini Ia merupakan Kota Sodom iaitu kota kaum Nabi Lut yang mengamalkan homosex. Kemurkaan Allah menyebabkan bumi ini diterbalikkan hingga teggelam sedalam 411 meter dari paras laut. Nabi Lut dan yang beriman diselamatkan Allah dan tinggal di Jerusalem. Dari tempat ini ke Jerusalem lebih kurang 60 km. 

Yang menarik di laut mati ialah ia menceritakan kepada kita mengenai kemurkaan Allah terhadap kaum Lut. Mereka telah mendustakan apa yang telah di sampaikan oleh Nabi Lut. Maka diterbalikkan bumi ini. Kesan kemurkaan ini hinggakan Allah tidak membenarkan sesuatu makhluk pun hidup di dalamnya. Laut mati tidak berpenghuni. Ia tidak didiami oleh hidupan laut. Kandungan garamnya menyebabkan tiada hidupan yang boleh hidup. Bagaimanapun, menurut kajian sains, terdapat beberapa bakteria kecil hidup di dasar laut mati.

Jika diamati, memang benarlah keadaan itu, masih boleh dilihat dengan jelas keadaan tanah yang berbukitdan tiada satu pun pokok tumbuhan yang tumbuh melata. Jika adapun, kelihatan pokok itu keluar membengkok ke bawah seolah-olah tumbuh terbalik!. Manakala lautnya pula wujud di atas paras yang lebih tinggi seakan-akan satu kolam luas yang dikepung, manakala hidupan pula berada di bawahnya. Dikatakan di dalam laut mati ini, tiada satupun hidupan yang wujud kerana kandungan garamnya yang amat banyak."

source from google

Masjid Ashabul Khafi..
Gua Ashabul Khafi
"Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.


Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.

Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;
  • Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.
Kisah Ashabul Kahfi (bahasa Arab: أصحاب الكهف‎) merupakan suatu kisah benar mengenai beberapa orang pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua, dan cuma bangun 309 tahun kemudian.

Bilangan pemuda yang sebenar adalah tidak diketahui, dan tidak menjadi kepentingan untuk berbahas mengenainya. Ada yang mengatakan 3, 5, 7, 8 termasuk seekor anjing.
Firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 22, maksudnya;

  • Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.
Di dalam Al-Quran ada mengisahkan perihal dan kisah mengenai Ashabul Kahfi yang mana kesannya masa terdapat di sebuah tempat yang bernama Sahab di Amman. Allah Subhanallah Taala menyebut akan kisah Ashabul Kahfi pada ayat 9-26 di dalam Surah Al-Kahf (Surah ke-18). Mereka ditidurkan selama 309 tahun selepas pemuda pemuda yang digelar Sahabat Gua itu lari daripada Maharaja Rome yang zalim dan menyombongkan diri. Pada ketika itu kerajaan Rome membina Liga Decapolis yang berpusat di Philadelphia (kini dikenali sebagai Amman) di mana Raja Daqyanus atau Decius memerintah pada ketika itu.

Daqyanus mengganut agama berhala dan memusuhi agama Nasrani (Nabi Isa). Di dalam Surah Al-Kahf menceritakan 7 orang pemuda yang beriman kepada Allah dan seekor anjingnya lari ke sebuah gua untuk menyelamatkan diri dari ditangkap dan diseksa oleh Daqyanus. Antara kesan yang masih boleh dilihat ialah sebuah Masjid dan mihrab di atas gua Kahfi, tengkorak anjing dan tulang di dalam gua. Dalam pada itu, disebelah tepi terdapat lubang terus ke atas yang mana cahaya matahari dapat menembusinya. Perihal mengenai cahaya matahari yang menembusi ada diceritakan pada ayat ke-17 Surah Al-Kahf. Gua ini juga dikenali sebagai Kahf Ar-Raqim. Istilah Al-Raqim disebut di dalam Al-Quran pada ayat ke-9 Surah Al-Kahf dan ahli tafsir menyatakan bahawa Al-Raqim ialah nama anjing pemuda pemuda tersebut dan ada sebahagian yang lain mentafsirkan sebagai batu bersurat.
Kahfi bermaksud gua. Ashabul bermaksud Pemuda yang tidur. Mereka tidur selama 3 abad atau 309 tahun. Ada 3 gua yang dimaksudkan itu yang dikaitkan dengan peristiwa ashabul kahfi, iaitu:
  1. Gua di Efesus, Anatolia, Turki sekarang. Paulus, Orang Yahudi dan Kristian mempercayainya di sini.
  2. Gua di Damsyik, Syria.
  3. Gua di Amman, Jordan. Gua ini lebih menepati ciri-ciri yang diberi dalam al Quran.
Gua di Ephesus

Kisah Ashabul Kahfi dikatakan berlaku di sekitar suatu tempat yang kini digelar Gunung Pion (Mt. of Pion). Di sana terletak sebuah gua yang diberi nama Gua Tujuh Orang Peradu (The Cave Of The Seven Sleepers) yang terletak di Efesus (Ephesus), Turki. Kisah tersebut telah berlaku sekitar lebih daripada 1400 tahun yang lalu. Berkenaan dengan sejarah itu, Allah telah menerangkan kisah yang terjadi terhadap peradu-peradu itu dalam al-Quran. Kisah itu dikatakan berlaku di tempat berkenaan pada zaman pemerintahan Maharaja Dikyanus (Decius) sekitar tahun 249 sehingga 251 Masihi. Manakala peristiwa itu berakhir 309 tahun kemudian dan mula menjadi buah mulut masyarakat dunia khususnya kepada penganut agama Kristian dan Islam setelah terjaganya peradu-peradu beriman itu dari tidurnya pada zaman pemerintahan Maharaja Theodosius II yang beragama Nasrani (Kristian) sehinggalah sekarang. Pada zaman Theodosius itu, setelah berakhirnya peristiwa ajaib itu, sebuah tempat ibadah (Gereja Nasrani) dahulu telah pun dibina.

Gua di Ar Raqim, Amman, Jordan
Profesor Muhammad Taisir Dhabyan dalam bukunya 'Penemuan Besar Abad 20 : 7 Petidur Tiga Abad' menyatakan gua tersebut terletak di 7 km tenggara bandar baru Amman, Jordan. Peristiwa Ashabul Kahfi begitu istimewa sehingga satu surah dinamakan al Kahfi di dalam al-Quran.
Firman Allah dalam Al-Quran:
  • "(Ingatlah) tatkala pemuda-pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)".
  • "Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya".
  • "Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji; siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)".
  • "Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah dan petunjuk".
  • "Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran".
  • "(Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu?(Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.
  • "Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari RahmatNya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".
  • "Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya".
  • "Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri (supaya badan mereka tidak dimakan tanah); sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka".
  • "Dan demikian pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (Sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.
  • "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sesekali akan berjaya selama-lamanya".
  • “Dan demikian Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya oang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya;pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantah sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: “Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka”. Orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: “Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid (tempat ibadah) di sisi gua mereka”.
  • “(Sebahagian dari) mereka akan berkata: “Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka”; dan setengahnya pula berkata bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka”, secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: “Bilangan mereka tujuh orang dan kelapannya ialah anjing mereka”. “Katakanlah (wahai Muhammad): “Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit”. Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari golongan (yang membincangkannya)”.
  • “Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): “Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti”.
  • “Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): “InsyaAllah”. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini”.
  • “Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka :tiga ratus tahun(dengan kiraan ahli kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)”.
  • “Katakanlah (wahai Muhammad): “Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya-lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya”. (Al-Quran Surah Al-Kahfi ayat 10 hingga ayat 26)"
source from google

Its me!!! hehehe for those yang dah lupa lah ^_^


In Jordan, I got the opportunity to visit Gua Ashabul Khafi, Dead Sea (my hubby and his friends also swam in there) and Makam Nabi Shuib a.s.. 


In my point of view, Jordan indeed a very beautiful country with beautiful woman (seriously they a gorgeous!! all model type everywhere) but for the country with majority Muslims people, it was a bit sad to see their musolah there (especially in the airport).. 


Ok, will write some more soon.. Till then




Luv,



6.6.12

STOP!!

Stop asking "What happen to your face?" will ya!!!


Aku kena chicken pox lah!!! stress makcik macam ni!!