18.1.12

Izz Iskandar : 36 months and 2 weeks old

as salam..

Hi olls!! 

Hari ni tak berhasrat nak berbelog sebab wordless wednesday kan, tapi sebab mood nak buat LNPT tak kesampaian sebab my buku log latihan entah misplace kat mana, semalam baru nampak atas meja, hari ni bila cari takde pulak.. Nak berborak, bersms and chatting pun tak ada orang nak layan, sedeh i!!!

Hmmmm oklah mengaku, kerja banyak tapi saya malas nak buat, hahaha... 


So.. mari kita cerita pasal hmmmm Iskandar.. 

"hehehe, sorry la sayang sebab selalu jadi mangsa dalam blog mummy ni, at least bila Izz dah besar, mummy tak payah susah2 cerita pasal Izz, u can read all about ur childhood here especially bila mummy not at ur side anymore, ^_^ mummy love u sayang!!"


Based on 2 weeks ago checked-up;


Weight : 15.8kg
Height : 96cm


  • Iskandar dah tinggi, kurus dan handsome (gila bias statement!!!) hahaha
  • Suka makan nasi and mee, dan sup jugak.. Sayur pun makan tapi cuma broccoli and carrot, yang daun2 tolak tepi (hmmm macam mummy jugak tapi skrang mummy dah makan sayur tau!!) cuma belum test kasi makan sayur yang paling mummy tak suka, taugeh (ehh taugeh masuk kategori sayur ke?).. Ikan, ayam dan daging semua Izz suka especially telur..
  • Kulit Izz sangat sensitif, mungkin sebab eczema atau mungkin macam abah cakap, kulit Izz sensitif sebab mummy tak suka makan sayur masa pregnantkan Izz dulu (ye ke, boleh caye ke?)
  • Izz suka merajuk, if kena marah or kami kuatkan suara sikit, air mata akan mula bergenang, sensitif sangat!! (ni pun abah cakap ikut mummy jugak!!) lepas tu campak barang and lari masuk bilik, nangis.. manja sangat lah kamu ni!!
  • Izz manja dengan atok and mummy rase atok pun sayang Izz lebih sikit dari cucu2 yang lain (ke mummy perasan?) hahaha sebab atok mintak kita balik kampung bila cuti dan nak ikut kita balik KL untuk jaga Izz.. Tapi Izz jangan amik kesempatan ye, kalau atok belikan apa2, ingat sket kat mummy ye..
  • Suka sangat tengok cartoon, tapi justify lah kan, takkan suka tengok berita pulak, hahaha.. Cartoon favourites as for now; Tom and Jerry, Jack and the Pirate, Chuggington, Mickey Mouse, Little Einstein, Timey Time dan Word World... hmmmmm actually semua cartoon kat channel Disney Junior pun dia layan... Balik dari school mesti minta bukak cartoon, so mummy memang tak ada kesempatan nak melayan drama slot Akasia TV3 macam orang lain..
  • Izz pandai bawak diri, first day of school mummy sangat risau if Izz menangis sepanjang hari tapi feedback dari cikgu untuk minggu pertama sekolah "Iskandar ok, tak menangis langsung, dia macam dah lama pulak duduk sini" so I should be happy for that kan.. 
  • Boleh count one to ten in english perfectly tapi bila satu sampai sepuluh dalam bahasa melayu hancur berterabur.. ABC sampai Z pon boleh tapi kena berlagu lah, cuma kadang2 tak dengar hurufnya, dengar rentak je.. hahahaha belasah la Izz!! Sekarang dalam proses nak ajar Izz kenal alif, ba, ta pulak..
  • Movie yang Izz paling suka, RIO.. cerita pasal burung warna biru tu, dia akan ulang2 VCD tu sampai puas, 1 VCD simpan kat rumah dan 1 lagi dalam kereta.. Everytime tengok dia boleh cakap dialog dengan tepat dan precisely, ni confirm darah aktor yang mengalir dalam badan ni, hahahaha..

Ok dah.. Kena sambung buat kerja.. Bye   


Luv,

1 comment:

dbalkis said...

mama Izz yang lagi satu ni sangat malas utk cite milestones anaknye cam gini...huhu..kesian Izz Dhani..