9.1.12

Cerita Hari Ini - 090112

as salam..

Berblog dari dalam kereta kat tengah2 highway dari utara nak balik ke KL... Hahahaha kejam gile sebab malas nak layan driver berbual, so buat2 busy taip blog ^_^

Tadi kami menyinggah kat kampung boss yang dia panggil Toronto (atau nama sebenar Tronoh).. Lepas minum petang and borak lebih kurang terus kami mintak diri, cukuplah buat tambah markah LNPT hahahaha.. Adat biasa bila jumpa orang kampung, mesti banyak buah tangan buat bekal balik, so dapatlah merasa rambutan and pulasan, terima kasih mak boss!! Kena simpan sket buah pulasan ni untuk cik C.K, nanti kempunan pulak, or nanti dia buat2lupa belikan I cenderamata (aku nak kain pasang!!) dari Bandung, hahahaha..

Sementara menambah markah LNPT (layan bos berborak) kat kampung dia tadi, hubby called me sebab Iskandar excited nak bercerita about his first day of school, suara dia sangat ceria tapi I tak dapat nak captured apa yang dia cakap, biasalah Iskandar bila cakap sapa pon tak paham bahasa dia!!! So tak sabar rase nak sampai rumah and dengan si kecik tu bercerita... Esok I'll make sure saya akan menghantar dan mengambil Iskandar dari sekolah, tak kira lah if ada mesyuarat pun, azam tahun baru adalah punch out on time 5.30pm... Hehehe ye la tu!!!

Ok, speaking of work.. Saya telah mendapat perkhabaran yang hmmmmm macam menggembirakan tapi agak menyedihkan jugak.. Nantilah saya share bila dah betul2 confirm, tapi 90%confirm kot.. So lepas ni tiadalah lagi aktiviti terpacak di tapak projek time matahari betul2 atas kepala, hmmm I'm should be thankful kan, alhamdulillah!! mungkin ini adalah yang terbaik untuk kehidupan saya, mencuba sesuatu yang baru tapi macam agak bosan tapi takpelah, ini lah cabaran... Maybe ia adalah permulaan untuk sesuatu yang baru, hehehehe ayat menyedapkan hati sendiri...

Hmmmm kul bape nak sampai KL ni yek... Hujan tengah lebat di highway and driver ni bawak boleh tahan gak lajunya, hopefully takde la speed trap!! Kalau kira2 semalam dan hari ni rasenya saya dah jumpa 5 road block police, ni mesti kes Perhimpunan 901, hapalah diorang macam takde benda nak buat, yang korang beria berdemontrasi buat apa, untuk orang yang tak sepatutnya pulak tu, dah la tak sabit salah plak tu, tak paham betul makcik!! Menyusahkan orang je, hehehe ok emo macam I plak sangkut dalam jam pagi tadi!!

Oklah, dah la.. Entry dah macam takde motif pulak...

Bye... Gud nite dear!!!

Luv,
HaNiE
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

dbalkis said...

naik pangkat ke? congrats....

HaNiE said...

hahaha agak2 ar nk naik pangkat.. tak sampai cukup umur lagi ^_^