29.1.12

Anugerah Juara Lagu 26

as salam...

Haaaaa updating blog sambil menghiburkan diri tengok AJL hehehe rase macam dah lama tak layan tengok anugerah kat tv lah, tengok sorang2 pun layan jugak.. Iskandar tengah makan sup, menu sehat kami pada malam ini ialah sup tulang dengan sayur super banyak, makan dengan roti gardenia... Hahahahaha gile diet!! kesian Iskandar kena diet skali..

Ok, tengah lagu sedetik lebih.. Need my concentration untuk menghayati lagu ni, heehehe.. Suka sangat lagu ni, tapi saya tak kesah pun if lagu tak menang pun, its already won in my heart, hahahaha tapi bukan anuar zain la nyanyi, tapi takpe layan jugak!! Jac nyanyi best jugak...

Rasenya semua lagu yg masuk final ni best2 lah, walaupun ada few lagu saya tak pernah dengar tapi takpe, saya ok je, support industri muzik negara... Ok next lagu cinta muka buku, mula2 dengar lagu budak 16 tahun ni rase macam hape2 je lah korang ni buat lirik tapi lame2 terlayan jugak makcik ni, hahahaha..

Lagu kisah hati dr alyah ni pun best jugak, very meaningful... Nasib baik remy ishak yang kluar, if aaron aziz yang kluar tadi, confirm i sentap, hahaha jeles tak bertempat... Hmmmmm lagu sungai lui from aizat pun best, melodi yang relax dan tenang je... By the way, first time dengar lagu penakut from yuna, not bad lah, lirik dia pun lain macam hehehe.. Ok, dah lagu last, beribu sesalan, gandigan mantap 3 suara, mungkin boleh menang, sapa tau kan...

After dengar semua finalis, saya masih yakin lagu sedetik lebih akan menang ^_^ hehehe confident!! Tapi juri mestilah akan pilih lirik yang puitis kan, tapi saya as orang biasa yang buta seni ni mestilah pilih lagu yang sedap kan, mana reti nak hayati lagu dengan maksud2 tersirat ni....

Result dah nk kluar.. jeng... jeng... jeng...

Persembahan terbaik.... Kisah hati, alyah... Yeay!! clap clap clap tak sia2 remy ishak datang (again, nasib baik bukan aaron aziz hahahaha)

Vokal terbaik.... Hafiz, awan nano... Hmmmmm oklah, suara dia mmg best, 2 tahun berturut2 tu...

3rd place... Karma by faizal tahir...

2nd place... Beribu sesalan by 3 suara, whoaaaa ada chance lagu fav i menang ni, hehehehe

Juara lagu ke 26... Awan Nano (what??) hahahahahaha oklah, tahniah la...


Ok dah, nak tido... Takpe, walaupun sedetik lebih tak menang, saya tetap happy!! Macam M. Nasir cakap, ini semua nasib!!

Gud nite all.... Esok jangan lupa pergi sekolah ye adik najwa latif, hehehehe..
Published with Blogger-droid v1.7.4
Luv, HaNiE

20.1.12

Saman dalam Base

as salam..

Kena saman - yeay!
Kena saman dalam pangkalan tldm lumut - double yeay!
Kena saman dalam pangkalan tldm lumut sebab dia agak2 i bawak lebih dari 60km - triple yeay! and charming!
Hahahaha

Oklah, at least dalam rekod pangkalan tldm lumut ada nama saya dengan kesalahan bawak melebihi had laju dalam kawasan base, hahahaha... Walaupun saya rase tak justify (hahaha) kena saman sebab dia agak2 je (kira laju ikut tiang ke tiang, padahal masa tu kat depan kereta saya ada lori, agak2 boleh percaya ke dia tau berapa laju saya time tu?) tapi saya pasrah je (tak redha sebab masih membebel!!) Tapi sempat juga cakap kat protela tu (provos tentera laut = mp) "ni if masuk court, saya boleh menang tau" Jawapan dia "saya mintak maaf puan, mungkin ni kekurangan kami sebab tak ada alat canggih untuk check had laju".. Sebab dia pun cakap sopan so saya pun okeh la, saman pun saman lah...

By the way, saman tu tak kena bayar cuma masuk rekod je, if cukup 3 kali kena saman, kereta kena ban tak boleh masuk base.... hahahaha bagus gak tu, ada alasan tak boleh pegi outstation Lumut lepas ni ^_^

I've told my navy friend yang kerja dalam base tu "lepas ni kalau protela mintak bangunan baru, malas nak layan!!" hahahaha

No heart feeling guys!!!!

Luv,
HaNiE
Published with Blogger-droid v1.7.4

18.1.12

Izz Iskandar : 36 months and 2 weeks old

as salam..

Hi olls!! 

Hari ni tak berhasrat nak berbelog sebab wordless wednesday kan, tapi sebab mood nak buat LNPT tak kesampaian sebab my buku log latihan entah misplace kat mana, semalam baru nampak atas meja, hari ni bila cari takde pulak.. Nak berborak, bersms and chatting pun tak ada orang nak layan, sedeh i!!!

Hmmmm oklah mengaku, kerja banyak tapi saya malas nak buat, hahaha... 


So.. mari kita cerita pasal hmmmm Iskandar.. 

"hehehe, sorry la sayang sebab selalu jadi mangsa dalam blog mummy ni, at least bila Izz dah besar, mummy tak payah susah2 cerita pasal Izz, u can read all about ur childhood here especially bila mummy not at ur side anymore, ^_^ mummy love u sayang!!"


Based on 2 weeks ago checked-up;


Weight : 15.8kg
Height : 96cm


  • Iskandar dah tinggi, kurus dan handsome (gila bias statement!!!) hahaha
  • Suka makan nasi and mee, dan sup jugak.. Sayur pun makan tapi cuma broccoli and carrot, yang daun2 tolak tepi (hmmm macam mummy jugak tapi skrang mummy dah makan sayur tau!!) cuma belum test kasi makan sayur yang paling mummy tak suka, taugeh (ehh taugeh masuk kategori sayur ke?).. Ikan, ayam dan daging semua Izz suka especially telur..
  • Kulit Izz sangat sensitif, mungkin sebab eczema atau mungkin macam abah cakap, kulit Izz sensitif sebab mummy tak suka makan sayur masa pregnantkan Izz dulu (ye ke, boleh caye ke?)
  • Izz suka merajuk, if kena marah or kami kuatkan suara sikit, air mata akan mula bergenang, sensitif sangat!! (ni pun abah cakap ikut mummy jugak!!) lepas tu campak barang and lari masuk bilik, nangis.. manja sangat lah kamu ni!!
  • Izz manja dengan atok and mummy rase atok pun sayang Izz lebih sikit dari cucu2 yang lain (ke mummy perasan?) hahaha sebab atok mintak kita balik kampung bila cuti dan nak ikut kita balik KL untuk jaga Izz.. Tapi Izz jangan amik kesempatan ye, kalau atok belikan apa2, ingat sket kat mummy ye..
  • Suka sangat tengok cartoon, tapi justify lah kan, takkan suka tengok berita pulak, hahaha.. Cartoon favourites as for now; Tom and Jerry, Jack and the Pirate, Chuggington, Mickey Mouse, Little Einstein, Timey Time dan Word World... hmmmmm actually semua cartoon kat channel Disney Junior pun dia layan... Balik dari school mesti minta bukak cartoon, so mummy memang tak ada kesempatan nak melayan drama slot Akasia TV3 macam orang lain..
  • Izz pandai bawak diri, first day of school mummy sangat risau if Izz menangis sepanjang hari tapi feedback dari cikgu untuk minggu pertama sekolah "Iskandar ok, tak menangis langsung, dia macam dah lama pulak duduk sini" so I should be happy for that kan.. 
  • Boleh count one to ten in english perfectly tapi bila satu sampai sepuluh dalam bahasa melayu hancur berterabur.. ABC sampai Z pon boleh tapi kena berlagu lah, cuma kadang2 tak dengar hurufnya, dengar rentak je.. hahahaha belasah la Izz!! Sekarang dalam proses nak ajar Izz kenal alif, ba, ta pulak..
  • Movie yang Izz paling suka, RIO.. cerita pasal burung warna biru tu, dia akan ulang2 VCD tu sampai puas, 1 VCD simpan kat rumah dan 1 lagi dalam kereta.. Everytime tengok dia boleh cakap dialog dengan tepat dan precisely, ni confirm darah aktor yang mengalir dalam badan ni, hahahaha..

Ok dah.. Kena sambung buat kerja.. Bye   


Luv,

16.1.12

Comel Quote # 4

Happy Monday!! 


Izz's favourite cartoon.. 





Luv,
 

11.1.12

Wordless Wednesday - 110112

A broken mirror scattered like my heart

hehehehehe habis harta kerajaan!!! ^_^

Luv,
HaNiE
Published with Blogger-droid v1.7.4

9.1.12

Cerita Hari Ini - 090112

as salam..

Berblog dari dalam kereta kat tengah2 highway dari utara nak balik ke KL... Hahahaha kejam gile sebab malas nak layan driver berbual, so buat2 busy taip blog ^_^

Tadi kami menyinggah kat kampung boss yang dia panggil Toronto (atau nama sebenar Tronoh).. Lepas minum petang and borak lebih kurang terus kami mintak diri, cukuplah buat tambah markah LNPT hahahaha.. Adat biasa bila jumpa orang kampung, mesti banyak buah tangan buat bekal balik, so dapatlah merasa rambutan and pulasan, terima kasih mak boss!! Kena simpan sket buah pulasan ni untuk cik C.K, nanti kempunan pulak, or nanti dia buat2lupa belikan I cenderamata (aku nak kain pasang!!) dari Bandung, hahahaha..

Sementara menambah markah LNPT (layan bos berborak) kat kampung dia tadi, hubby called me sebab Iskandar excited nak bercerita about his first day of school, suara dia sangat ceria tapi I tak dapat nak captured apa yang dia cakap, biasalah Iskandar bila cakap sapa pon tak paham bahasa dia!!! So tak sabar rase nak sampai rumah and dengan si kecik tu bercerita... Esok I'll make sure saya akan menghantar dan mengambil Iskandar dari sekolah, tak kira lah if ada mesyuarat pun, azam tahun baru adalah punch out on time 5.30pm... Hehehe ye la tu!!!

Ok, speaking of work.. Saya telah mendapat perkhabaran yang hmmmmm macam menggembirakan tapi agak menyedihkan jugak.. Nantilah saya share bila dah betul2 confirm, tapi 90%confirm kot.. So lepas ni tiadalah lagi aktiviti terpacak di tapak projek time matahari betul2 atas kepala, hmmm I'm should be thankful kan, alhamdulillah!! mungkin ini adalah yang terbaik untuk kehidupan saya, mencuba sesuatu yang baru tapi macam agak bosan tapi takpelah, ini lah cabaran... Maybe ia adalah permulaan untuk sesuatu yang baru, hehehehe ayat menyedapkan hati sendiri...

Hmmmm kul bape nak sampai KL ni yek... Hujan tengah lebat di highway and driver ni bawak boleh tahan gak lajunya, hopefully takde la speed trap!! Kalau kira2 semalam dan hari ni rasenya saya dah jumpa 5 road block police, ni mesti kes Perhimpunan 901, hapalah diorang macam takde benda nak buat, yang korang beria berdemontrasi buat apa, untuk orang yang tak sepatutnya pulak tu, dah la tak sabit salah plak tu, tak paham betul makcik!! Menyusahkan orang je, hehehe ok emo macam I plak sangkut dalam jam pagi tadi!!

Oklah, dah la.. Entry dah macam takde motif pulak...

Bye... Gud nite dear!!!

Luv,
HaNiE
Published with Blogger-droid v1.7.4

8.1.12

First entry in 2012 - All about Iskandar

as salam

Entry pertama untuk tahun baru, selepas seminggu hahahaha... Oklah kan, dari takde langsung.. Hmmm mungkin jugak boleh masuk dalam one of my azam's list for 2012, write an entry once a week or more (ehh macam dah bunyi azam momy intan plak!!)


First, of course lah kena cerita pasal my anak bujang birthday.. Yes dear, Iskandar dah masuk 3 tahun, TIGA ok!!! We just celebrated it with small makan2 at my in law house.. Actually memang kami takde plan apa2 for Iskandar birthday, ehhh ada kot, hubby said nak sambut di Genting after balik dari holiday kat Kuching (hmmm if pegi Genting, mungkin akan jumpa Izz Dhani kan) tapi lepas tu ada plan nak sambut New Year at PD, so i thought hubby nak sambung stay di PD sampai birthday Iskandar but his mum called and ajak makan2 untuk birthday Iskandar, Hasya dan Pak Ngah... So that how we celebrated Iskandar's 3rd birthday.. 

Mummy love u so much son!!! Happy 3rd birthday.. How's fast time flies, hmmmm tak boleh sambung, mummy dah start nak emo T_T.. Btw thanks to u all for the warm wishes and birthday presents, thanks guys!!!




If u remember, I did blog out about Iskandar early education before and I though hubby agreed with my idea of weekend/once a week socialize's class but NO, he himself searched out for nearby kindergartens at our neighborhood for less than 2 hours and made a decision without any consultation with me first... hmmmm oklah, he did discussed with me but only after that decision and he used his 'veto power' so I don't have any right to say anything (but I did nagging a whole night, hahahaha)... After a few days, me just redha and I hope this is a good decision.. Hubby had his own thought regarding this and i hope I can understand his decision one day..

The hardest part to deal is how to tell Nenek Wok about this, and hubby gave that part to me.... I was like, "what???? why me , this is all your idea..." but he just smiled and said "I know u can do it sayang, only lady knew the ladies talk!!!" So what else I can say... I did told Makcik Wok last week about this but I didn't detailed it and I let hubby to tell the rest hahahaha and hubby also can't stand it when Makcik started to tear her eyes, tak sampai hati and hubby said "kami try 2/3 hari, kalau Izz taknak kami hantar balik rumah makcik ye!!?" hahahahaha  it was tough!!!


Iskandar will start his kindie's life tomorrow, but mummy won't be around to witness his son take another step in his life, arghhhh kejamnya!!!! But mummy knew Iskandar will be a good boy (but its ok son, if u want to cries all out, at least let abah become kelam kabut, hahahaha)

So my other azam for 2012, punch out from office on time so I can fetch Iskandar up before 6p.m or we (hubby lah) have to pay for OT to the kindie....

Ok, nak masak lunch after nak berangkat ke Lumut... 

See u in next entry ^_^ have a fun Sunday!!!


Luv,