16.12.12

SAYANG by Shae

as salam....

mode gedik di malam minggu ^_^ hehehe
enjoy!!!!


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

xoxo,
HaNiE

Published with Blogger-droid v1.7.4

12.12.12

Bukan Wordless Wednesday!!

as salam...

Wordless Wednesday ker?!! hahahaha dah la entry sebulan sekali, ngade2 nk buat wordless lagi kan.. ^_^ Seriouly, tahun ni adalah tahun yang menunjukkan statistik entry paling sikit, adakah passion untuk menulis blog sudah makin berkurangan? perlukah digulung-tikarkan saje blog ini? hehehe mungkin2!! adakah sebab kekecewaan berpanjangan menyebabkan semua saraf2 logik tak berfungsi? hahaha ok start dah merepek, ni yang buat malas nak menaip ni, opsss!!!

Dengan tahun 2012 yang masih berbaki 19 hari, saya berazam untuk menulis sebanyak mungkin hahahaha... insya Allah ^_^ berusahalah!!

Oleh sebab tak tau nak tulis apa, bersama ini disenaraikan short term things yang perlu diselesaikan SEGERA oleh SAYA..
  1. Beli iPhone 5 (hahaha tetiba terpikir pasal hp plak dah!!)
  2. Packing semua barang dalam rumah tanpa bertangguh!! jangan buat alasan banyak habuk nanti sneezing macam duk dalam igloo, ngade2.. Kalo sendiri tak buat sape lagi nak buat?!!
  3. Buat list barang2 penting sahaja untuk dibeli (seperti front loader washing machine, freestanding cooker,aircond 3 biji, carpet, cermin yang cantik, jam dinding yang cantik, bangku untuk pakai kasut, curtains gile banyak, comforter, pokok kaktus eh2 dah macam merepek plak lists ni) (p/s untuk diri sendiri : sila semak budget anda!!)
  4. Amik buku dan baju uniform Iskandar kat sekolah start 26Dis onwards
  5. Start planning untuk buat majlis doa selamat sekali dengan birthday Iskandar (aduh2!! sempat ke ni?!! kawan2 sila kosongkan jadual anda awal Januari ye.. formal invitation akan dihantar kemudian hahaha aku sms jek ok ^_^)
  6. Kerja-kerja opis yang bertimbun (wajib siapkan kalo taknk kena maki dengan bos.. malasnya nak pegi outstation lagi, baru ingat nak bertapa kat opis setahun, bos ni tak baik betul la paksa org kerja luar!!)
Ok, no 6 paling penting.. no 2 dan no 4 kena buat jugak, yang lain2 tu merepek je, nak2 yang no 1....

Ok guys, cukup membebel hari ni.. Bye and have a gud day ahead!! ^_^

Luv,


24.11.12

F.I.V.E!!!! Alhamdulillah

as salam...

Selamat Hari Asyura, 10 Muharam... ermmm best kan kalau dapat makan bubur lambuk hehehehe *tetiba*

Today marks our 5th year anniversary, alhamdulillah!! No fancy celebration for today coz we're celebrating one of hubby best friend's wedding, so pengantin lama sila ke belakang hehehe.. Syahril aka Kaduk is his best friend since uni year until now and they work with the same company.. Well, to make it short what i can say is, yes!! them both are really close especially when kaduk is single and available, always 'berkepit' together, eventho while our dating time ^_^ and by the way, personally i think Kaduk memang sengaja pilih today's date (24 Nov) for his big day too, so that he can celebrate anniversary together with my hubby hahahahaha..

Alhamdulillah after a few 'tradegies', he finally settled down with a gorgeous cute lady, Hana... Again, we wish u a happily ever after guys!! Enjoy ur marriage and stay strong together..

Back to my 'story' ^_^

Yesterday someone gave me a durian crepe, yes! that famous crepe thats always appear in fb recently and making me craving of it.. But that durian crepe gave me unplesent experiance, i had a headache and few time of threw up 'sessions'.. Durian crepe giving me food poisioning, waaaaaa!!! Lucky me it didn't last longer, after a little nap between maghrib to isya' period i've got better.. So after fetched hubby up from LRT station we headed straight to Jusco AU2 for dinner, erkkk actually for our anniversary eve dinner, but not with my sick tummy so we decided to have a simple meal, Jusco pon boleh lah!! After that bought a wedding's gift for Kaduk and did some quick grocery shopping...

So this morning, we planned to start it early coz we wanted to be at Kaduk's nikah ceremony... But everybody woke up late (i blamed Iskandar for this coz he dragged us to sleep at 2 am) plus extra time for my make up session hahahaha.. So we only managed to be at the bride's house after their nikah ceremony, but oklah it just in time for photo session... Then we went back home to take 'keris' for Kaduk and went there again for his sanding time.. Fuhh!!! it sound tiring but actually it take only 15 mins driving je... After makan2 we mintak diri... After asar, i send hubby off to LRT station coz his going for outstation, again!!! every weekends in the row this month..

Now, i'm having pizza with my lil hero while watching his cartoon, on my anniversary night!!! hahahahaha i'm blessed... I'm hoping for a bling bling anniversary's gift ye sayang!!

Owhh by the way, if u reading this, that lil fish already gone and can i just let it 'floating' in the tank until u come back home?! i'm soooo geli to touch his dead body, ewuuuuuuuu!!!!!!

Ok, its time for my beauty sleep, wish me luck to put Iskandar on bed too... Good night everyone, and u too darling!!
Nite nite... ^_^

Luv,
HaNiE


Published with Blogger-droid v1.7.4

20.11.12

Patah Seribu

as salam..

Mood Lagu Terbaik AIM 19..
actually tak biasa dengar pun lagu dr Shila Amzah ni, tapi bila dah menang baru banyak keluar radio... so layan je lah..

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikkan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu


Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi

Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua
Hapuskan semua kenangan


Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi


Sayangku mohon padamu
Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah


Hahahaha ok bye!!!

Luv,



19.11.12

Salam Awal Muharam 1434 Hijrah!!!

as salam..

Salam Awal Muharam 1434 Hijrah!!!
ok lambat lima hari tapi masih awal jugak kan, kalau buat azam tahun baru pon masih valid lagi ni, hehehe

5 Muharam 1434H - selamat hari lahir untuk my hero, Izz Iskandar Muhammad turns 4 today.. Perkembangan semasa sangatlah pesat especially mulutnya, boleh tak bila saya panggil dia, dia akan jawab "apa lagi mummy, apa lagi!!" hamboi cam dah besar sangat je ko kan, geram tapi kelakar.. Lagi satu dia suka buat ayat guna broken english, habis lah masuk sekolah nanti, hancus bahasa melayu and english camni.. banyak words english yang dia boleh sebut dan guna dengan betul, memandangkan kami takdelah guna english kat rumah sangat pon so saya suspect dia belajar dari cartoon kat Disney Jr Channel ni.. Imaginasi sangat tinggi budak ni, macam2 barang dia boleh buat main, bakat menyanyi belakon dan berjoget pon hebat jugak tapi tu saya tak heran sangat sebab belah bapak dia memang ada bakat seni kan.. Lagu favorite sekarang dah tak main lah "twinkle twinkle little star" dah, lagu "ya hanana" (mummy boleh tahan lagi) dan juga lagu "opa gangnam style" (mummy pengsan!!)

Oklah, takde la nk update sangat pasal budak comel ni owhh lupa plak, dia suka guna kata ganti nama kita skrng ni, comel sangat.. Contoh ayat dia bila kena marah dengan mummy, "mami marah kita, mami tak sayang kita.. kita sayang abah jer!!" hahahaha mana lah dia belajar sayang tak sayang ni, macam2 lah..

Actually saya nak cerita pasal last week, seminggu saya bercuti, seronok sangat so hari ni memang takde mood nak buat kerja, hehehehe tu yang tetiba rajin update blog tu..

Last Friday (2 minggu yang lepas) saya kerja separuh hari je, tengahari balik dan bersiap2 ke KLIA dengan Iskandar.. Konon2 nk buat suprise visit to hubby yang kena outstation ke Kemaman.. Last2 kami kena menunggu hubby amik kat airport Kuantan sampai sejam, sampai tutup la semua kedai kat situ, first time naik flight berdua je dengan Izz, nasib baik la dia dah besar dan behave jugak.. Sepatutnya hubby kerja sampai hari Ahad je tapi tetiba dia kena sambung sampai hari Isnin so terpaksa lah saya amik EL hari Isnin tu, dengan jadual penuh dengan meeting mesti boss bising kat opis tapi nak buat camner kan.. Tahap keboringan duduk Awana dah memuncak dah sampai rase cam nak balik KL naik bas je hehehe.. Hari Selasa baru balik KL, fuhhh.. But on the way nak balik tu sempat jumpa my kakak dan family dia yang kebetulan nak ke Kuala Terengganu, sempat lah kami spent time dengan anak2 melawat Mini Zoo Kemaman...

Hari Rabu saya memang apply cuti so lepak2 je kat rumah dengan Izz.. Tapi boring jugak so at lunch time kami gi KLCC untuk lunch dengan hubby (dia kerja!!) lepas tu makin panjang la langkah kat KLCC, beli buku, tengok wayang Nemo 3D.. Last2 doa akhir dan awal tahun saya baca kat surau KLCC je hehehe sambil Izz tido kepenatan, nasib baik tak ramai sangat orang sebab hari kerja kan.. Lama jugak kami kat KLCC menunggu hubby balik kerja, sampai kul 10 malam jugak lah.. Cuma saya tak sempat nak shopping je, takut tak cukup masa plak..

Hari Khamis kami balik Mersing, best2!! sampai la hari Sabtu balik ke KL semula.. Hari Ahad lepak rumah je... Ok cukup tulis diari untuk aktiviti last week ^_^

Semoga hari2 seterusnya akan semakin membahagiakan kita semua.. Best kan cuti sekolah, saya dapat cuti seminggu pon dah rase heaven sangat, ni pulak dapat cuti sebulan dua, wah best2!! ehhh macam budak sekolah plak..

Ok guys!! see u in next entry.. bye

Luv,

5.11.12

Weekday Gateway : Awana Kijal

as salam

Hello all my dearest!! Happy raining November ^_^

Pada semua housewives yang berkerjaya atau tidak, sila bersabar bila doing ur laundry, dengan weather yang macam ni, memang tertekan bila baju tak sempat nak kering dah hujan so jadilah ampaian haram dalam rumah dah macam rumah kongsi, hehehehe speaking from experience kah?!! Sape yang ada dryer tu memang patut bersyukur, so maybe for next budget screening perlu di masukkan item ini ye en. suami..

Ok, ini bukan cerita pasal laundry but budget untuk dryer please be consider ye sayang, hehe

Ini nak cerita pasal percutian saya dan Iskandar (hubby kerja) di Awana Kijal minggu lepas.. Seronok sangat bercuti tengah2 minggu bekerja, walaupun rase bersalah tapi kadang2 dapat time off dari opis sangatlah heaven.. So saya bercuti hari selasa, rabu dan khamis, jumaat masuk opis macam biasa hehehe tapi rase lemau sebab dah cuti lama sangat ^_^

Last time saya ikut hubby ke Kemaman rasenya masa Iskandar setahun, lepas tu walaupun sebulan sekali hubby ke sana tapi saya tak berkesempatan nak ikut... Anyway, nothing much yang berbeza cuma jadual bersama Iskandar dah makin padat sebab dia dah pandai demand nak mandi swimming pool lah, nak gi games room lah, nak jalan2 pantai lah.. Saya ikutkan je lah..

Gambar instagram.. Buat sand castle la kengkonon
 
Main pasir sampai satu badan berpasir..

Iskandar mandi swimming pool sambil mummy habiskan baca novel yang dah setahun beli ^_^

breakfast macam2, second morning makan nasi dagang, best2!!

Kedai ni sebelah kfc yang kami makan lunch, tempat saya jatuh sebab jalan tak tengok bawah hahahaha malu makcik!!

Ok guys, tu je.. Tetiba takde idea nak merepek hehehe.. Bye

Luv,


31.10.12

Lovely October


as salam...

New update on the last day of October, my most favourite month, warghh i cant believe it!! Sorry la guys, selain busy secara melampau, i cant access blogspot from office anymore, apa hal plak ntah it department block blogspot.. So sempena hari bercuti hari ni, i trying my very best untuk membuat rumusan momen penting sepanjang bulan ni hahahaha tapi macam dah mengantuk plak...

First, of course lah kena cerita perkara paling penting... my birthday!! hahahaha thanks a lot to all the wishes and prayers, im really appreciate it.. Birthday's present from hubby, a night stay at impiana hotel and an hour orbiting at coach boutique, hehehe lovely gifts indeed, way better than i ever imagine.. Alhamdulillah, turned 30 wasn't that bad, hahahaha by the way its just a number, right?! But seriously, saya selalu berharap dan berdoa by the time saya masuk umur 30 tahun, saya perlu berubah jadi manusia yang lebih baik.. Sebab saya rase cukup lah separuh usia di sia2 kan, tu tak taulah kalau masih hidup lagi 30 tahun, mana tau kalau tak cukup taubat dan bekalan, nauzubillah!!

Next, erkkk sambung nanti boleh tak?!! i promise ^_^

Luv,
HaNiE


Published with Blogger-droid v1.7.4

22.9.12

Wake me up when September end...

as salam...

Tajuk menggedik takde kena mengena dengan cerita ye, hehehehe...
 
Hello guys!!! Sorry for my tenggelam timbul entry, hehehehe but my main reason at this time not because of laziness but because of my tight schedule.. Seriously busy sampai nak on computer pon tak sempat, too many things to handle in one time, plus im covering other unit.. so most of the time is occupy with endless meetings.. 

This whole week asyik balik lambat and bawak office work to home, so house chores terpaksa diabaikan, jadilah rumah macam kapal karam, to make it worse, hubby is not around this week so timing makan Iskandar ikut sempat mummy dia je, most of the time makan kat mamak atas je, ada time makan fast foods, ish ish kesian anak kan!! 

Kerja kat opis pon dah jadi caca merba, at this moment saya ada 4 bosses untuk dijaga, bayangkan ada 4 kepala yang ada macam2 ideas, orders dan yang paling tensen, nak kena melayan kerenah diorang... Kenapa lah time saya kena cover unit urusetia, macam2 bala yang menimpa hahahaha oklah, anggap sebagai cabaran dan dugaan.. Hari ni after a few weeks saya bersabar akhirnya saya menangis jugak sebab sangat tensen hehehehe but nasib baik dapat kawan2 yang supportive dan juga hubby yang sedia mendengar bebelan wife dia walaupon tgh driving nak pegi makan kat kemaman sana tu... ^_^ so considering im still lucky kan, alhamdulillah.. I have another month untuk bersabar, harap2 lepas tu boleh la bertenang menghadap komputer untuk update blog sepanjang masa hahahaha..

Have u heard about PTD yang meninggal masa training DPA modul askar wataniah tu? Yes, he was one of the officer in my department.. We memang close sebab dalam satu opis yang sama cuma dia bawah projek udara.. Before this pon kami penah sama2 berkampung di Langkawi untuk LIMA, berkampung di KLIA untuk DSA dan join family day, few times jugak saya tumpang Satria dia ke Putrajaya.. Dia selalu lepak dalam bilik my pegawai dan memang selalu makan sama2 dalam pantry opis.. Basically we all di pejabat memang rapat to each other.. So bila dapat tahu dia meninggal masa di Kem Askar Wataniah, projek kem yang bahagian kami buat, perasaan sangat bercampur baur.. 

My TKSU called me untuk dapat pengesahan berita tu masa saya on the way ke Meru untuk majlis doa selamat anak buah hubby yang dapat sambung belajar di Mesir, terus terbayang arwah, cara dia cakap yang sungguh pekat loghat Utara, cara dia berjalan dan cara dia jawab soalan, cara dia buat lawak yang tak lawak, terbayang anak kembar dia dan macam2 lagi lah... Memang tak sanggah sungguh!! Tapi janji Allah tu sentiasa betulkan.. Mati tu memang pasti.. I step aside semua cerita2 pasal kematian dia, cuma agak terkilan sebab perkara tu mungkin dapat dielakkan tapi itu namanya ajal... Saya kesian jugak bila tengok bos arwah, bila dia kemas2 barang arwah dalam opis, nampak sangat dia sedeh mungkin juga teringat masa2 dia marahkan arwah sebab kerja, biaselah bos marah supaya kerja perfect, saya pun selalu jugak marahkan my officers, macam mak2 marahkan anak, cuma lepas ni kena banyakkan minta maaf lah, mana tau tak sempat kan!! huhuhu

Bila masuk opis dan lalu depan carta organisasi yang masih ada gambar dan nama arwah, serta merta jadi sayu.. He was a very good guy.. Al Fatihah untuk arwah Aldy Hasmi..

Oklah, have to stop now.. Iskandar ni mengigau agaknya, owhh ye aircond bilik rosak dah seminggu jugak, so tido kami kepanasan tiap2 malam, cepatlah balik sayang, u so much needed here!!!!

Ok guys, tak tau lagi bila saya ada free time untuk menaip, so until next time saya mohon maaf if ada salah silap ye..

Till then... bye
 
Luv,
 

10.9.12

Comel Quote # 7



Letting things happen naturally from today onwards... Oh well, I did it before too ^_^

Do u feel the same?!! 

Luv,



27.8.12

Entry bergambar : Riang Ria Raya!!!!

as salam..

Few of my favourite pictures taken during a week of raya.. ^_^ me and and my loved ones.. Bless!!

a day before raya : heading back to kampung!! Ni before patah balik ke rumah sebab baju raya tertinggal kat umah, dah sampai tol Putrajaya baru teringat, nasib baik hubby ok.. Cuba bayangkan dah sampai tol Kluang baru perasan, merasa lah pakai jeans pagi raya, Amareka la sangat!! hahahaha...
a day before raya : just arrived at kampung!! this year cuma saya dan adik2 bujang sambut raya kat umah mak, Kak Ninie dan Long balik sambut rumah mertua masing2.. petang raya baru berkumpul adik beradik semua..
1st daya of raya : family portrait!! black and red theme..
1st day of raya : main ball petang raya.. boring sensorang kat umah atok, tunggu kak Niena, abg Ali n Aliah sampai..
1st day of raya : main bunga api..
2nd day of raya : siblings!! aktiviti beraya beramai-ramai
3rd day of raya : my family!! round kampung, senang sedara mara sekampung, jalan kaki je beraya..
3rd day of raya : cucu2 bikin havoc kat rumah orang!!!
3rd day of raya : Izz sayang baby bear!! but bila tanya nak adik tak tetap jawab "NO" dengan confident..
3rd day of raya : celebrating Pak Long's birthday!!
5th day of raya : road to Port Dickson.. senja baru sampai..
7th day of raya : beraya at Shah Alam.. habis round rumah sedara mara hubby kat Shah Alam..
7th day of raya : Imran dan Iskandar

will upload more in fb ^_^

Luv,



21.8.12

Selamat Hari Raya 1433H



as salam...

Selamat Hari Raya to my beloved readers!!! Sorry for the late wishes, but better late than never kan?! Thanks a lot to ur wishes too, i'm nearly tearing myself hahahaha poyo...

I'm still in my kampung, insyaAllah will be visiting my hubbys pakcik makcik at Port Dickson on this thursday before heading back to Kay Ell.. After that will resume the rutin life back.. By the way, I'm suppose to be in the office tommorrow coz I cannot take any annual leave due to 'tanggung tugas' thing but gilo apo kalo tak balik kampung, mau kena buang keluarga hahahaha.. My boss also gave the advise to take an m.c but hmmm I have to think what 'sakit' for me to lie for hahahahaha..

On the first day of raya, Iskandar followed his abah and atuk went to most of the houses in my kampung for 'takbir raya', this was his first time and based on atuk' s story he quite enjoyed it, hehehe maybe because there were another kids in the group too.. And the best part was, he went back home with full pockets of 'duit raya', all three of his 'baju melayu' pockets.. When I said "woww!! banyaknya duit raya Izz!!" he answered me with "haah, Izz nak beli toy!!" hahahahaha bagus!! kecik2 dah pandai cari duit sendiri... LOL

Ok guys, I will write our raya story some more after this.. So stay tune ok hehehehe and once again, I would like to wish 'SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN' Enjoy your raya and have fun spending time with your loved one, drive safely peeps!!!

Luv,
HaNiE

Published with Blogger-droid v1.7.4

16.8.12

Diari Ramadan 1433H - hari-hari terakhir

as salam..

Salam 27 Ramadan.. Alhamdulillah dah nak raya kan?!! ^_^ tak sabar nak balik kampung.. This year sambut raya kat my kampung, hoyeay!! hehehehe kalau sambut kat side lagi satu mesti buat2 sentap huuuuhuuu..

Saya berjaya mendapatkan baju ketiga yang sama tema dengan baju hubby and Iskandar, hehehe bersungguh makcik nak cari baju warna hitam merah tu, hape lah pilih colour camtu, tak sesuai dengan i tau!! So baju raya semua dah settle.. Duit raya pon dah settle jugak, hubby dah tukar duit so saya tolong masuk dalam sampul je.. Oleh kerana tahun ni saya tak payah tukar duit so lebihan budget tu buat shopping baju Iskandar.. Masuk Guess, Mothercare dan Gap je dah membuatkan saya berhabis beratus2, huhuhu nasib anak kan.. Kuih raya langsung tak beli, ehhh beli jugak tapi sebab nak bagi anak2 buah kat opis.. Kuih sendiri nanti nak mintak dari Kak Ninie je, hahahaha sila sediakan kuih raya 4/5 talam untuk adikmu yang cantik ini!!! Chocolate chips cookies yang saya buat sendiri dah selamat jadi kuih bukak posa, tak sempat raya pun..

shopping kat Mothercare KLCC.. Obsess sungguh dia dengan socks!!
Sempat singgah beli mainan lagi.. Main sekali pastu menyepah je lebih!!

Last week berbuka puasa with my girlfriends.. This year hosted by Wan Rose, rumah dia besar so senang anak2 nk bermain, kalau tiap2 tahun pun buat kat umah Wan Rose saya okeh jugak, hahahaha.. Macam2 lauk ada, yang paling best ada pavlova dari Dayang, serius marvelous!! rasenya tu je menu yang habis licin kot so memang confirm sedap.. Saya bawak apa? hahahaha I kan suka mengelat, ingat nak buat air tapi air nescafe ais kak Leo lagi terbaik hahaha nasib baik bawak buah, kalau tak mesti kena kutuk kaw2 hahahaha... Ehh I bawak begedil daging jugak, first time buat tu.. Thanks dear Wan Rose for having us, lama dah i tak makan nasi tiba2 kat umah Wan Rose i makan dengan lahapnya hahaha, plan diet simpan dalam handbag..

pavlova from Dayang, decoration by Kak Leo dan pemotong buah Intan terhebats!! Saya?!! tukang makan berjaya ^_^

Hubby kena outstation pulak time2 puasa ni, nasib baik saya berjaya mengelak kena hantar bertugas luar kawasan bulan ni.. So berdualah bersama Iskandar untuk 4 hari puasa, sehari tak bangun sahur sebab terlajak sampai kul 6 pagi, sehari bukak puasa dalam kereta sebab kena hantar bermesyuarat kat Putrajaya yang habis kul 6 petang.. Nasib lah kan.. Sebab hubby takde so saya tak masak pun, sahur dan buka puasa makan makanan yang dah ada dalam fridge dan kabinet dapur hahahaha..

Sahur : air kosong, buah lebih bawak umah Wan Rose dan custard Intan yang tapau balik dari umah Wan Rose
Sahur : roti bakar dan susu

Tapi walaupon makan macam ni, berat masih maintain.. So far turun cuma 3kgs, tu pun sebab timbang sebelum berbuka, lepas berbuka tambah lagi 1kg.. Saya sangat paranoid sebab satu hari timbang sampai 14 kali hehehe.. dengan harapan setiap kali timbang akan semakin ringan!!! tapi harapan je lah, realiti jauh nak capai..

Semalam saya join kelab kebajikan my department melawat dan sampaikan sumbangan ke rumah anak2 yatim.. Hmmmmm sedeh dalam hati tengok anak2 yang dah takde ibu atau ayah ni.. Kecik2 lagi dah hidup susah.. Tapi saya tak sampai hati nak menangis sebab taknak dioarng pun sedeh jugak cuma saya rase agak gembira sebab bila tengok banyak sumbangan dari orang ramai yang diorang dapat, orang Malaysia ni kebanyakkannya sangat perihatin cuma harap2 semua berterusan lah, bukan cuma di bulan Ramadan je.. Tapi saya tak dapat tahan air mata bila tengok baby Mohamad Adam Rizki ni, baru 3 bulan dah menghuni rumah kebajikan.. Tak sempat tanya latar belakang dia tapi anak sekecil ni sepatutnya berada dalam pelukan ibu dan ayah dia.. T_T bila tengok anak2 ni mesti teringat kat anak sendiri, alhamdulillah beruntung sungguh Iskandar ada keluarga yang sayang kat dia.. 

Mohamad Adam Rizki, 3 bulan

Hari ni sejuk je kan? Hujan dan mendung sampai matahari pun tak nampak.. Hopefully esok ada sinaran matahari untuk kita ^_^

Ok lah, saya stop dulu.. Esok siaran terakhir sebelum bercuti panjang ^_^

Bye dan selamat berbuka!!

Peace Yo!!! gambar last week masa tunggu kereta diservice.. 

Luv,



2.8.12

Diari Ramadan 1433H - Berita Menginsafkan sebagai Peringatan

as salam.. 


salam 13 Ramadan.. Ehh dah 13 ke?!! cepatnya!!


Tidak berhasrat untuk menulis tapi bila baca utusan online ni tiba2 saya rase sebak sangat, menitik2 air mata jatuh.. 


"KUALA LUMPUR 1 Ogos - Ketika umat Islam lain menghitung hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, seorang kanak-kanak berusia dua tahun menjadi yatim piatu apabila ibu bapanya maut dalam nahas ngeri yang berlaku di ibu negara pagi ini.


Dalam kejadian kira-kira 7 pagi itu, mangsa Hafeeze Mohd Hanafi, 30, bersama isterinya Siti Noor Edayu Roslan, 26, yang hamil tujuh bulan, menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda Z, dirempuh dari belakang semasa berhenti di satu persimpangan lampu isyarat.

Ketika kejadian, Hafeeze, seorang anggota tentera yang bertugas di Bahagian Gaji, Kementerian Pertahanan di sini dalam perjalanan menghantar Siti Noor Edayu, kerani di sebuah syarikat di Cheras."


Actually dari semalam saya dah sebak bila dengar berita ni, walaupun saya tak pernah kenal dengan arwah tapi sebab kami kerja dalam satu Kementerian yang sama, terasa dekat sangat.. Tambahan pulak, my staf pernah kerja satu bahagian dengan arwah before ditukarkan ke unit saya, so lagi detail berita yang saya dapat semalam.. Tak dapat nak membayangkan perasaan keluarga arwah, lebih2 lagi perasaan anak kecil 2 tahun yang tak tahu apa2 tu, semoga dia membesar jadi anak yang soleh dan boleh mendoakan kesejahteraan mama dan papa dia di "sana"..


Pagi tadi bila tengok muka Iskandar yang sedang tido, saya rase sayu sangat.. Saya berdoa dipanjangkan umur kami supaya dapat lebih beramal ibadat buat bekalan dan dapat lihat anak2 (insya Allah) membesar depan mata kami sehingga diorang berjaya jadi orang yang cemerlang dunia akhirat.. Bila saya cerita dengan hubby pasal berita ni dia cakap, "sebab tu kita kena banyak2 berdoa supaya jumpa lagi Ramadan tahun depan" insya Allah..


Another story yang takde kena mengena dengan kesedihan hati tapi membuatkan saya rasa hekk-elehhh-cuba-kalau-depan-nama-aku-ada-dato'-mesti-korang-ok-je-kan hahahaha panjangnye nak explain rase macam mana (ye saya memang over!!)


Saya dapat peringatan mesra daripada bahagian yang menjaga hal2 pentadbiran kat sini dengan nota merah "sila gunakan alamat persendirian, sekiranya berulang bahagian ini tidak akan menerima sebarang bungkusan" terselit pada my pos laju parcel barang yang saya beli secara online dan gunakan alamat pejabat untuk penghantaran, hahahaha.. Bila pikir2 balik, memang patut lah saya kena peringatan macam tu sebab dalam this week je ada 2 parcel sampai belum campur minggu2 lepas, asyiklah sampai bungkusan nama Marhani je hahaha.. Tapi diorang patut paham, orang2 yang bekerja ni mana duduk rumah nak receive barang pos, kena lah hantar tempat kerja kan.. Tapi takpe lah saya terima dengan hati terbuka, mungkin "peringatan" supaya kurangkan online shopping, kalau agak2 gatal tangan sangat nak bermaybank2u baik sedekah kat tempat2 yang memerlukan.. 


Speaking of that, sesiapa yang berniat untuk menyalurkan derma boleh browsing Islamic Relief website, sekarang ada kempen untuk Ramadan Relief dan macam2 lagi.. Sesuai untuk orang2 yang berniat untuk bersedekah tapi tak tahu nak sedekah kat siapa sebab tak tahu nak cari tempat yang sesuai.. Iklan kemasyarakatan ini tidak ditaja oleh sesiapa ^_^ hehehe

Ok guys, till then
bye..


Luv,


30.7.12

Diari Ramadan 1433H - Tarawih with Iskandar dan Baju Raya Kami

salam 10 Ramadan..


Alhamdulillah, hampir selesai 10 hari pertama kita berpuasa dan bertarawih.. How's urs puasa? Semoga puasa2 kita diberkati dan penuh dengan pahala amal ibadat yang berlipat ganda, insya Allah..


So far, saya rasa puasa tahun ni adalah sangat simple dan bersederhana.. I mean dari segi makan bersahur dan berbuka, tahun ni adalah sangat berwasatiah.. Sahur sangat ala kadar, kadang2 saya masak sebab nak buat bekal Iskandar je.. Hubby sangat tak berkira apa yang saya masak, makan cereal je pon dia ok.. Mudah kan? Tapi saya tak la take things for granted, mentang2 laki tak kisah tak makan boleh so la membongkang tido, hehehe.. no.. no.. So far, every morning saya masih bangun untuk masakkan benda2 simple for sahur, macam mee n nasi goreng, pasta, nugget n hotdog goreng hahahaha makan dengan roti.. Tapi ada sekali tu terlajak bangun lambat, bangun2 dah kul 5.30 so sempat bersahur makan cereal je lah...


Berbuka pun macam tu jugak, biasanya hubby akan beli dari param sebab dia balik awal so sempat singgah pasar Keramat.. Makanan berat yang penting untuk Iskandar je, kami makan yang simple2 macam roti john, murtabak dan mee sup.. Dalam 10 hari ni cuma 3 kali saya sempat ke param, yang lain2 hubby je beli.. Ada sekali tu, hubby balik lepas waktu berbuka so saya ingat dia dah berbuka kat opis rupanya dia cuma minum air je, so kelam kabut la masak apa yang ada, capati segera dan sardin hmmm tapi sedap jugak hahaha.. Dia memang tak kesah saya tak masak apa2 tapi kesian pulak sebab dia nak bertarawih lepas tu.. Tahun ni saya rase saya jatuh cinta dengan kueh lopez lah ^_^ *tetiba*


Weekend kami akan balik ke Shah Alam, so tu lah masa saya akan tido sepanjang masa hahahaha memang tak senonoh anak menantu ni, takde nak menolong kat dapur langsung!! hehehe tau mak ni mesti saya kena membebel panjang..


Tarawih pun alhamdulillah, so far penuh lagi bila time boleh puasa (tapi dah tinggal dah!!).. Alhamdulillah, Iskandar pun sangat behave dan memberi kerjasama bila time semayang tarawih, mula2 saya tak yakin sangat nak bawak dia ke masjid, takut dia buat bising n ganggu jemaah yang lain tapi bila teringat experiance di Mekkah, budak2 kat sana memang senjaga dibawa ke masjid untuk tujuan exposure so saya gagahkan diri jugak, hubby pun cakap, ni la masa kita nak bawak dia ke masjid, biar dari kecik dah didik hati dekat dengan rumah Allah.. 


Bekalan wajib untuk dia duduk diam, air kosong, biskut dan iphone.. Alhamdulillah memang dia sangat behave.. First day kami duduk belakang je, bila nak start solat baru saya masuk saf, masuk hari kedua dia dah tau nak duduk kat mana dan taknak saya duduk dengan dia dah.. Fasiliti kat Masjid Khalid ibnu Al Walid (Masjid Mindef) pun sangat selesa, ibu2 yang datang bersama anak digalakkan solat di tingkat atas yang lengkap dengan bilik air, bilik wudhu dan ada tempat air minuman sekali.. Walaupun projek Masjid ni bukan bawah unit saya tapi as a orang pembangunan, memang saya bangga lah hahahaha... Bila saya tak boleh bertarawih pun Iskandar still insist nak ikut abah dia semayang, tapi hubby bawak dia surau di atas rumah je, ok lah tu.. 


So far, satu2 nya tempat yang hubby tak akan cakap tak boleh ikut bila Iskandar nak ikut ialah pergi masjid/surau..


Baju raya kami dah beli last saturday.. Dah balik rumah in law kan, wajib la singgah Kompleks PKNS, ramai sangat orang sebab semua dah gaji agaknya.. Tahun ni kami tak hantar tailor, beli baju ready made je sebab tak dapat keputusan bersama for theme colour.. Hubby dapat beli baju melayu ikut taste dia, sepasang dengan Iskandar.. Baju kurung saya pun dah beli, bukan satu tapi dua ^_^ Tapi 2-2 saya rase macam tak matching dengan baju hubby, perlukan dicari baju yang ketiga?!! hehehe harus2.. Salah satu baju yang saya beli tu size terkecik sikit, so saya ada 2 options, first kurangkan berat badan dan second bagi je baju tu kat Dian, tapi baju tu cantik dan mahal jugak hehehe...


Bila baca post2 kat fb ramai cakap dah turun sampai 4/5kgs in a week tapi apasal I masih maintain gumuks?? Hmmm turun la 1 kg je, tu pun yo yo, kejap kang turun pastu naik balik, tensen jek.. Nak kata makan banyak tak jugak, mungkin jugak dah sampai tahap tepu kot tapi apasal dulu saya boleh turun banyak2 kgs, huhuhu sedeh!!! Tapi saya kena turunkan berat supaya dapat pakai baju raya hahahaha psycho!!!


Ok guys, selamat meneruskan puasa!! 20 days to go, sila la rebut peluang2 yang ada, semoga kita bukan dalam kategori orang yang rugi.. 


See u in next entry.. Bye 



Luv,



26.7.12

Akhirnya....... ^_^

as salam..


Yeay!! Akhirnya berjaya transfer gambar dari dalam iphone ke komputer hahahaha..


Terima kasih atas kepakaran saya membelek iphone mase dalam meeting sebab boring dan lapar (erkkk puasa lah!!!) hehehe.. 


So gambar pertama dari dalam iphone untuk tatapan anda...

I miss this blissful place, seriously!!


Will update dengan lebih proper next time!! hehehe jangan marah..
And happy berbuka guys!!!


Luv,



20.7.12

Salam Ramadhan 1433H

salam Jumaat..


Alhamdulillah, pagi yang cerah compared to yesterday.. 


Izz pun recovering well from his on off fever, yesterday evening I got sms from his cikgu reporting his temperature are slightly high and getting cranky.. After fetched up his Abah, we went to Jusco for groceries shopping and suddenly his fever went off.. Haha hubby said, "he's ur son!! kaki shopping" LOL... 


but today, deep inside me I felt a lil bit frustrated, luckily I have my hubby to support me and his words, "we will try again, jangan sedeh" are my kata semangat to still standing until this moment.. T__T


On other bright side, I can't wait to start solat tarawikh tonight, alhamdulillah we meet again Ramadhan.. Thanks Allah.. 


To my readers and all my sayangs, i wish u all a barakh Ramadhan and happy fasting!!





Luv,



16.7.12

Hungry..

as salam..

Im damn hungry at this moment but going out looking for foods is not an option... Why lah McD at this area didn't offered delivery service?!!

Ok tu je...

Gud nite from Lumut!!

Luv,
HaNiE
Published with Blogger-droid v1.7.4

6.7.12

Comel Quote # 6 : THANK YOU



Thank YOU!! and happy Friday!!


Luv,

5.7.12

My First Baking Class

as salam..


Hai semua!! Erkkk entry ini dibuat khas untuk menjeleskan Cik Dayang Balkis, hehehe (I hope u read this babe!!)


A couple nights back, I followed my sister to join a baking class.. My first baking class ever, before this if buat cake suka suki hentam sendiri aje, usually I just follow the recepi that I copy from internet or youtube and the results biasanya not so bad lah but ada juga yang masuk tong sampah terus hehehe.. 


I didn't planned it actually, at first I just drove her there, but since my sister was the only student that night so I thot of tag her along, hehehe..


We started our class at 8 pm and ended around 10.30 pm.. We did bake hmmm not really la sebab what we did was kek kukus, hmmmm 3 different type of kek kukus, kek kukus buah, brownies chesse kukus and kek chocolate kukus... A bit penat sebab the resepi didn't use mixer, just guna tangan, lenguh okey but much easier to do it..


This pics I took from Kak Ninie fb sebab I still tak tahu how to transfer pic from iPhone T_T


students
kek kukus chocolate
brownies cheese kukus.. sedap sangat!!
kek kukus buah.. I never like kek buah but this one adalah sangat sedap, seriously!!

So girls, our next gathering kita buat kek kukus ye.. And carrot cake wanrose jugak.. 


Bye!! Janganlah 'sentap' with me.. Peace ^_^




Luv,