17.10.11

Sila Bayar Di sini

as salam...

Hmm ok banyak nk update ni, idea mencurah2 tapi tak cukup masa... Dikesempatan nak tunggu flight landing di tawau ni, saya draft la pape yg patut ye ^_^

Cerita ni pasal last week punya incident, last wednesday sepulangan saya dari mesyuarat di KK... Lepas touch down di KLIA, saya drove back home and hubby bagitau dia kena stay back di opis sebab banyak keje, so saya tahu lah i have to fetch iskandar from rumah nenek.. Sampai rumah bebysitter jam 8 malam, nenek bagitau susu iskandar dah habis so saya terus ke manjaku beli susu...

Bila dah lalu sebelah carefour tetiba teringat barang2 rumah banyak dah habis sebab wekend sebelum tu tak beli groceries, so sambung shopping di carefour.. Habis beli barang semua, iskandar cakap nak makan nasi so i decided untuk having dinner di Jom Bali.. So i ordered nasi goreng dan air soya for him, iskandar makan lebih kurang je dan started cranky, buat perangai nak main lari2 dalam kedai, so i keluarkan tablet kasi dia main sambil i finished my meal..

After makan, i waved to the waiter untuk mintak bill sebab customer sebelah meja i pon bayar dari meja dia je, maksudnya tak perlu ke kaunter... 2-3 kali panggil tapi takde org layan, so i sabar lagi walaupon dalam hati tuhan je yang tau... Dah la dengan penat balik dari outstation, dengan badan melekit tak mandi dari pagi dan muka berminyak, mmg tak semenggah sangat o_O tambah lagi anak buat perangai.. Panggil lagi sekali pastu the waiter tunjuk sign kat kaunter "sila bayar disini".... Ok fine, i dukung iskandar dan kepit tablet kat tangan lagi satu sambil pegang handbag dan berdoa takde orang akan amik troli yang penuh ngan barang umah yg i parked kt sebelah meja..

Sampai kaunter i tanya cashier 'memang kena bayar kat kaunter ke?' dia jawab 'kan ada tulis kt sini, bayar sini', so i balas 'kenapa customer sebelah i tadi u boleh entertain bayar di meja, i bawak anak ni susah nk gerak u tak boleh tolong ke?' merujuk pd customer yg dia layan tadi tu couple yang sah2 takde masalah nk bangun pegi bayar kt kaunter... And then i tunjuk the resit yang dah dibayar 'u punya service charge sampai 10%, takkan tak boleh consider nk tolong customer', kawan sebelah cashier tu cakap 'if tak ramai org kami boleh hantar bil ke meja', i pandang sekeliling adalah 3-4 meja je ada customer sebab time tu pon dah jam 9.45 malam.. Malas nk cakap banyak i said thank you je tapi cashier tu sambung lagi 'kalau bagitau ada anak kami hantar la bil tu!!!', i answered ' takkan tak nampak, meja saya bukan jauh sgt dari kaunter ni, guna lah ur common sense'

Panas? Memang dalam hati membara dapat layanan macam tu, tapi bila pikir2 balik mungkin bukan salah diaorg, manusia ni tahap pemikiran berbeza2.. So saya anggap je la mentaliti mereka yang masih belum tinggi lagi ^_^

p/s : cerita holiday di langkawi masih belum habis, nnt i continue ye, hehehe

Luv,
HaNiE
Published with Blogger-droid v1.7.4

5.10.11

Langkawi Holiday - Bird Paradise and Wildlife Park

as salam...

2nd tempat yang saya rase Iskandar sangat enjoy adalah di Bird Paradise and Wildlife Park.. Tempat ni terletak di Jalan Kisap, area Sungai Kilim Geopark, dekat2 dengan Air Hangat Village dan Galeri Perdana...


Entrance fee RM12 for adult and RM6 for child (4-12).. So harga untuk kami RM24 (2 adult n free for Iskandar) Di luar pintu masuk ada parrot, blue macaw and genuine pig akan menanti anda untuk bergambar...

Berjalan dalam park ni anda akan jumpa dengan pelbagai jenis burung dibiarkan bebas, ada parrot, macau, lovebird, flamingo, hornbill dan lain.. Walkway untuk berjalan akan melalui pond, waterfall dan cages untuk other animals macam small buaya, porcupines, monkey dan birds yang ganas macam eagle..


Selain tu ada juga mini petting zoo  yang semestinya ada feeding activity untuk kids.. Tempat yang paling lama kami stay sebab Iskandar sibuk nak kasi makan ikan, rabbit and pigeons, layan je lah!!!



Sebelum keluar, ada photo corner untuk berposing bersama eagles dan parrot.. Sebagai bukti kami dah sampai ke sini.. Say cheese!!!





Luv,
 

3.10.11

Happy Birthday Atok

as salam...

Semalam birthday abah saya, tapi tak wish pon lagi... Ingat nak call malam tadi tapi bila tanya dengan Iskandar nak cakap dengan atok ke tak, dia jawab "no" Bila nak tido baru dia cakap "nak atok" sambil tunjuk my hp, tapi sebab dah kul 10 malam dan mengambil kira atok dah tido so saya cakap esok je la kita call atok... Harap2 abah tak kecik hati kami tak wish birthday dia, mesti dia ingat kami lupa T_T 

Happy Birthday Atok!!!

Ok, nanti saya sambung balik cerita Langkawi in next entry ye o_O

Luv,