27.9.11

Langkawi Holiday - Bella Vista Langkawi Hotel

as salam...

As I mentioned before, di Langkawi kami menginap di Bella Vista Langkawi.. Alhamdulillah dengan kos yang agak murah, kami dapat bilik yang selesa.. 

Saya suggestkan sesiapa yang nak cari bilik hotel secara online, boleh try website AsiaWebDirect ni.. Harga yang dioffer lebih murah dari website yang lain dan service pon mantap.. Lepas buat transaction je terus minah dari Thailand call confirmkan our booking (company ni based in Thailand) dan tiada masalah check-in di counter hotel... Harga bilik deluxe for our 3 nights stay was RM456.85..

Bella Vista Langkawi ni letakkanya di Kuah, tapi bukan dalam pekan Kuah la, masih jauh if nak berjalan kaki ke Haji Ismail Group (HIG), hehehe.. Dari airport lebih kurang 20 minit, saya 3/4 kali juga penah ke Langkawi ni tak tak pernah perasan hotel ni sebenarnya ^_^ sebab selalu pegi tido hotel mahal kan (gov bayar!!)

View bilik kami mengadap swimming pool dan laut, sangat cantik!! Tapi tak berkesempatan pon nak mandi manda di pool.. Breakfast pon ok, banyak choice makanan dan different main menu every morning.. Bab makan ni saya tak kesah sangat, maklumlah tengah diet kan, hehehe tapi if no complaint dari hubby considered ok lah tu...

Urusan check-in dan check-out sangat mudah, staffs hotel semua friendly dan cepat bertindak if kami mintak apa2.. Cuma the only complaint yang saya nak nak buat ialah, policy hotel yang cuma akan kemas bilik if kita gantung tag "please make up room", rasenya kat hotel lain setiap hari akan ada housekeeping kemas bilik kan.. Tapi tak tau lah if memang diorang punya policy nak nak kacau customer's privacy.. But itu tak menjejaskan ke"best"an Bella Vista secara keseluruhan ^_^ 

Bella Vista Langkawi (ada studio room dan apartment juga)
main entrance, banyak tempat parking kereta kt hotel ni
lobby untuk counter receptionist dan atas tu tempat makan
view from our room
can u spot the swimming pool?
hari terakhir di hotel

If u ask me, hotel ni memang terbaik untuk budget holiday.. Kenapa nak bayar mahal if untuk tidur, mandi dan berehat je kan.. Kecuali la nak rasa luxury holiday, sila pilih hotel lain ^__^

Luv,
 

No comments: