26.9.11

Holiday 2011 - Pulau Langkawi

as salam..

Hai n gud hrmmmm afternoon all!!!  ^_^

Last 2 weekends sempena cuti Hari Malaysia, me n my family telah pergi bercuti ke Langkawi.. Di musim open house sana sini, kami terpaksa menolak a few invitations open house, sorry ye kawan2 semua, next year ajak lagi, hehehe.. Tapi ada jugak yang kami sempat singgah, touch down di KLIA terus gerak ke Kota Kemuning untuk hadir birthday party Shikin's princess dan ke Shah Alam untuk hadir birthday baby Ilhan cum open house Linie dan open house rumah Kak Lela.. See betapa commitednya kami!!! ^_^


Ok, back to the story... 

I've planned this holiday a month ahead, reason cuti time2 raya adalah sebab nak spent quality time with lil' Iskandar, ye lah kan asyik kena tinggal bila abah n mummy outstations, lagipon hubby kena outstation for 3 weeks starting from last week and kami tak tahu bila lagi boleh bersenang lenang apply annual leave tanpa perlu bersilat dengan bos, thihihi.. Kami bercuti dari 15 Sept 11 hingga 18 Sept 11 (4d3n)

So I pun checked with airlines yang offered good price, dan kebetulan my enrich mile points yang dikumpul2 sepanjang kena bertugas luar kawasan ni cukup for our air fares, hehehe sungguh gembira sebab dapat tiket free untuk 3 orang pergi dan balik ye.. So tiket untuk kami berharga 38,250 enrich points plus RM150 (taxes and surcharge)

Untuk hotel pulak, I cari dalam internet jek.. Tak banyak choice untuk bilik yang murah2 sebab mungkin dah agak lambat, kalau yang mahal2 macam kt The Datai Langkawi or Tanjung Rhu tu banyak la tapi semua start from RM1,000++ per night.. Tak kuasa la makcik, kalau nak gi honeymoon buleh la consider, ni nak cari bilik untuk berehat tido je, baik lebur duit kat Haji Ismail Group, hehehe... So lepas buat comparison, akhirnya I booked bilik di Bella Vista Hotel thru AsiaWebDirect, harga untuk 3 malam cuma RM456.85.. Review untuk bilik akan dibuat di next entry..

Itinerary holiday saya dah siapkan awal2 lagi, hehehe biasalah makcik kan perfectionist!! Ikut tak ikut belakang cerita ^_^ Plan kami memang untuk buat Iskandar happy je, so tempat2 lawatan semua ikut citarasa dia, maksudnya tempat yang boleh dia enjoy lah, so "makan mahsuri", "island hopping", "beras terbakar" dan lain2 aktiviti yang tak difahami oleh si kecik, tidak masuk dalam list.. Tempat2 yang masuk dalam list adalah Oriental Village, Underwater World, Langkawi Wildlife Park, Horse Riding dan Crocodile Park.. Selain dari tu, aktiviti bershopping untuk mummy si kecik wajib ada, hahaha so Haji Ismail Group (HIG), Langkawi Mall, Jetty Point Duty Free Complex were in the list... Details tempat2 lawatan akan saya buat di entry yang lain ye (hehehe dasar nak membanyakkan entry!!)


Kami parked kereta di KLIA, senang untuk pergi dan balik dan yang penting tidak menyusahkan orang lain.. Rasenya fee untuk parking lebih berbaloi dari harga naik public transport.. For 4 days the fee is RM144.. Parking untuk long term di KLIA adalah RM129 for first 3 days and plus RM15 for the following days, sila parking di Blok A, 4th and 5th floor.. 

Di Langkawi kami ranted Proton Wira dengan harga RM200 untuk 3 hari.. Bila dah 2/3 km bergerak, hubby kasi idea nak tukar kereta Vios pulak sebab condition Wira yang kami naik tu macam semput jek tapi I cakap "takpe lah kita proceed jek, jangan buang duit, if banyak sangat duit tolong bayar my corelle kat HIG nanti", terus hubby diam, hahaha.... Alhamdulillah, dalam 3 hari tu dapatlah kami keliling Pulau Langkawi naik Wira tanpa masalah, cuma aircond panas bila kereta stop dan meter minyak yang agak bengong... 

Every day, our activities started right after Iskandar woke up, after breakfast dan siap2, we went to the places as per planned.. After lunch we went back to the hotel and let Iskandar took his nap, and than resumed back the activities until early night.. Lepas dinner balik hotel dan berehat serta update gambar (my hubby lah!!) Memang kami ikut masa Iskandar je, takde paksa dia bangun awal or tahan mata sebab this holiday memang all about him!!! 

Ok guys, wait for my next entry (ies).. I'll cerita semua tempat2 best yang kami pergi dan juga restaurants yang menarik untuk dikunjungi... Hopefully uolls yang planning untuk bercuti ke Langkawi boleh dapat idea untuk create ur wonderfull holiday with family and friends ^_^

Luv,

No comments: