29.8.11

Salam Lebaran 2011

as salam

Berakhir dah bulan Ramadhan, esok confirm raya sebab penyimpan mohor besar dah buat announcement tadi, walaupon saya tak dengar sebab sibuk bersembang dengan my kakak ipar pasal penyimpan mohor besar tu adalah gred utama JUSA B, tapi bebudak dah terjerit2 esok raya, sah la esok raya... Sambil saya menaip ni, dengar sayup2 orang bertakbir dari surau , sayu rasa hati teringat family di kampung, hurmmmm T__T

Iskandar pulak tak sehat, tadi amik dari rumah nenek badan dia dah panas, sampai rumah terus kasi ubat.. Lepas kemas2 barang n iron baju raya, kami bertolak ke shah alam, sampai terus berbuka.. Badan Iskandar still panas, so lepas en suami balik dari surau terus bawak dia ke KPJ.. Check temperature dah 39 C, terus la dapat ubat bontot.. Dapat paracetamol n antibiotik untuk bawak balik.. Hopefully esok dah recover lah, kalau tak susah jugak nak beraya.. Tapi budak ni demam2 pon still active lagi, asyik main je ngan cousin2 dia.. Ni panggil ajak tido pon taknak, tengah melompat2 lagi kat bawah tu.. 


Oklah, saya tak berhasrat pon nak membebel panjang ^_^ cuma di kesempatan ni saya nak ucapkan Selamat Hari Raya pada family, kawan2 dan semua pembaca tak kisah la yang silent readers ke, yang terlalu lalang ke or sesiapa saje.. Terima kasih sebab sudi baca blog saya yang tak seberapa ni.. Maaf dipinta sekiranya ada tulisan yang membuatkan anda terasa menyampah, terkecil hati or menyakitkan mata.. 

Kepada keluarga tercinta, tunggu kepulangan kami ^_^ hehehe 

Selamat Hari Lebaran, Minal Aidil Wal Faidzin  


Luv,
 

No comments: