28.8.11

Emosi Mengusik Jiwa

as salam

Hari-hari terakhir Ramadhan, rase cepat betul masa berlalu.. Insya allah lagi sehari berpuasa kita akan bertemu bulan Syawal pula.. 

Tahun ni giliran beraya di Shah Alam, saya agak emosional, biasalah dalam hati ada taman kan ^_^ tapi takpelah, walaupon tak dapat dengar takbir dari surau depan umah mak dan abah, dapat beraya di tanah merdeka pon dah kira bagus, nk compare dengan orang2 yang kena beraya diperantauan sebab tugasan, career dan lain2, saya dah kira bernasib baik ada suami dan anak disisi di bumi bertuah ni.. 

Bila abah tanya dengan Iskandar, bila nak balik kampung, saya tau soalan tu untuk saya tapi saya diamkan je, terus biarkan Iskandar bercakap dengan bahasa yang atuk tak paham dalam telefon, kalau saya cakap kami sambut raya di sini mesti abah akan sedeh, so biarlah mak je yang bagitau dia nanti, lagipon kami akan balik hari saya kedua, harap2 masa raya pertama tu abah akan sibuk dan masa cepat berlalu sampai abah tak sedar kami dah tiba  ke kampung keesokkan harinya... 

Lagipon saya taknk jadi tak adil, takkan every year balik ke kampung saya, dan sistem ni pon yang kami dah setuju masa awal2 kawen dulu, hehehe.. Oklah, ini adalah entry merepek kerana saya dalam keadaam emosi yang tak stabil ^__^

Other than that, something yang membuatkan saya agak tertekan bila en. suami mula kasi soalan yang agak sukar saya nak jawab.. I know his intention is good, supaya kami lebih mendapat keberkatan hidup, tapi saya tak mampu nak buat, saya harap dia lebih memahami dan terima saya seadanya.. The time will come sooner or later, insya allah.. Saya pon berdoa dan berharap agar transformasi itu berjaya dan berkekalan selamanya, bukan sekadar nak memuaskan hati orang lain...

^__^ jangan speku ye!!! selamat berbuka pada semua..

Luv,
 

No comments: