29.8.11

Salam Lebaran 2011

as salam

Berakhir dah bulan Ramadhan, esok confirm raya sebab penyimpan mohor besar dah buat announcement tadi, walaupon saya tak dengar sebab sibuk bersembang dengan my kakak ipar pasal penyimpan mohor besar tu adalah gred utama JUSA B, tapi bebudak dah terjerit2 esok raya, sah la esok raya... Sambil saya menaip ni, dengar sayup2 orang bertakbir dari surau , sayu rasa hati teringat family di kampung, hurmmmm T__T

Iskandar pulak tak sehat, tadi amik dari rumah nenek badan dia dah panas, sampai rumah terus kasi ubat.. Lepas kemas2 barang n iron baju raya, kami bertolak ke shah alam, sampai terus berbuka.. Badan Iskandar still panas, so lepas en suami balik dari surau terus bawak dia ke KPJ.. Check temperature dah 39 C, terus la dapat ubat bontot.. Dapat paracetamol n antibiotik untuk bawak balik.. Hopefully esok dah recover lah, kalau tak susah jugak nak beraya.. Tapi budak ni demam2 pon still active lagi, asyik main je ngan cousin2 dia.. Ni panggil ajak tido pon taknak, tengah melompat2 lagi kat bawah tu.. 


Oklah, saya tak berhasrat pon nak membebel panjang ^_^ cuma di kesempatan ni saya nak ucapkan Selamat Hari Raya pada family, kawan2 dan semua pembaca tak kisah la yang silent readers ke, yang terlalu lalang ke or sesiapa saje.. Terima kasih sebab sudi baca blog saya yang tak seberapa ni.. Maaf dipinta sekiranya ada tulisan yang membuatkan anda terasa menyampah, terkecil hati or menyakitkan mata.. 

Kepada keluarga tercinta, tunggu kepulangan kami ^_^ hehehe 

Selamat Hari Lebaran, Minal Aidil Wal Faidzin  


Luv,
 

28.8.11

Emosi Mengusik Jiwa

as salam

Hari-hari terakhir Ramadhan, rase cepat betul masa berlalu.. Insya allah lagi sehari berpuasa kita akan bertemu bulan Syawal pula.. 

Tahun ni giliran beraya di Shah Alam, saya agak emosional, biasalah dalam hati ada taman kan ^_^ tapi takpelah, walaupon tak dapat dengar takbir dari surau depan umah mak dan abah, dapat beraya di tanah merdeka pon dah kira bagus, nk compare dengan orang2 yang kena beraya diperantauan sebab tugasan, career dan lain2, saya dah kira bernasib baik ada suami dan anak disisi di bumi bertuah ni.. 

Bila abah tanya dengan Iskandar, bila nak balik kampung, saya tau soalan tu untuk saya tapi saya diamkan je, terus biarkan Iskandar bercakap dengan bahasa yang atuk tak paham dalam telefon, kalau saya cakap kami sambut raya di sini mesti abah akan sedeh, so biarlah mak je yang bagitau dia nanti, lagipon kami akan balik hari saya kedua, harap2 masa raya pertama tu abah akan sibuk dan masa cepat berlalu sampai abah tak sedar kami dah tiba  ke kampung keesokkan harinya... 

Lagipon saya taknk jadi tak adil, takkan every year balik ke kampung saya, dan sistem ni pon yang kami dah setuju masa awal2 kawen dulu, hehehe.. Oklah, ini adalah entry merepek kerana saya dalam keadaam emosi yang tak stabil ^__^

Other than that, something yang membuatkan saya agak tertekan bila en. suami mula kasi soalan yang agak sukar saya nak jawab.. I know his intention is good, supaya kami lebih mendapat keberkatan hidup, tapi saya tak mampu nak buat, saya harap dia lebih memahami dan terima saya seadanya.. The time will come sooner or later, insya allah.. Saya pon berdoa dan berharap agar transformasi itu berjaya dan berkekalan selamanya, bukan sekadar nak memuaskan hati orang lain...

^__^ jangan speku ye!!! selamat berbuka pada semua..

Luv,
 

16.8.11

Outstation di bulan puasa

as salam..

Huishh dah 2 minggu puasa and dah 2 minggu jugak i tak update blog, blog pon puasa jugak kah? hehehe biase lah makcik busy la uols <--- alasan cliche ^_^

Oklah dikesempatan saya menunggu flight ke sandakan ni, bolehla merepek sejam dua, hehehe actually saya di golden lounge airport kota kinabalu ni, transit ke sandakan, tetiba plak mas takde direct flight ke sandakan terpaksalah melepak 2 jam kat sini, so sebab tak boleh makan so kita menghadap la komputer ni sampai lemau ye...

Ingatkan bulan puasa ni, boleh la goyang kaki kat opis je tapi nan ado, tatap kena hantar ke luar kawasan, tapi takpe makcik redho je!! pagi tadi sebelum subuh dah gerak ke klia, bawak kereta sendiri sebab saya malas nak sentap dengan driver yang confirm memberi ayat2 sinis sebab kena bekerja pagi2 buta, i dah kena dah!! tapi outstation ni kejap jek, so takde lah kena bayar parking klia sampai beratus ringgit.. Esok petang dah fly back to KL and confirm sempat berbuka kat umah walaupon en suami takde sebab ada aktiviti berbuka with anak yatim..

Next week kena ke tawau pulak tapi tak sure saya boleh pegi atau tak sebab en suami kena outstation jugak, sebagai isteri mithali hehehe saya mengalah lah, biar dia yang pergi mengembangkan career dan saya jaga anak di rumah, hahaha poyonya!!! tapi tak tau lagi my boss ok ke tak, mana tau datang perangai dia nak jugak saya attend the meeting, time tu pasti kami akan mengelabah tahap cipan, kesian iskandar kan!!! mana plak dia nak menumpang kasih...

Hurmmm saya dah takde idea nak taip apa sebab kuat sangat bau diorang brew coffee ni, mengganggu konsentrasi lah!!!

Saya dah listed down barang2 nak beli kat sandakan ni, hehehe seafood of course lah kan, last weekend masa shopping barang dapur kat carefour, dengan bangganya saya cakap kat dian "taknak lah beli udang kat sini, kecik sangat, nanti kakni beli kat sandakan ke tawau ke" hehehe mengada!! padahal beli banyak2 pon bukan habis masak, memenuhkan freezer jek... Udang galah masa beli last month pon tak abis lagi, hehehe... Lagi satu benda yang saya suka beli ialah udang geragau, bagus untuk jadi perencah menumis, untuk sayur goreng, nasi goreng, bihun goreng, sedap wooo!!! murah dan banyak pulak tu, sepeket besar baru rm10.. Last time saya beli, siap boleh repacking bagi staf2 kat opis..

Oklah, nanti saya sambung lagi ye... Jangan jeles, hari ni i bukak puasa awal, 6.30 petang dah masuk maghrib kat sandakan kan!!! hehehe

Selamat berbuka ^_^


Luv,

1.8.11

Selamat Berpuasa 1432H

as salam..

Firstly, saya nak ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan selamat menjalani rukun islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.. Ehhh jangan salah plak rukun iman dan rukun islam ye, eheheh... Semoga diberi keberkatan dalam kehidupan kita dan semoga diberi kesempatan untuk kita melipatgandakan amalan2 di bulan yang mulia ini..

Secondly, saje nak berborak kosong pasal persediaan puasa tahun.. Mine macam biasalah, masih gigih planning untuk memasak untuk sahur dan juga berbuka.. Ikutkan en suami kalau boleh tahun ni taknak berbelanja kat pasar ramadhan sebab kami masing2 target nak turunkan berat badan, hehehe lagipon en suami taknak terlebih makan untuk buat alasan nak skip tarawih.. Alhamdulillah semoga niat kami diberkati dan seterusnya dapat dilaksanakan dengan jayanya..

Menu sahur hari pertama, lauk tomyam udang galah semalam saya panaskan dan telur dadar.. Masak nasi 1 pot je, tu pon en suami tak boleh habiskan.. Saya minum oat je, hehehe gigih diet ok!!! Lepas sahur, tetiba izz bangun mintak susu, pelik agaknya kenapa cepat sangat mummy n abah bangun hari ni ^_^ lepas tu, minum susu sambil pejam mata...

Hari ni saya sampai opis kul 7.30 pagi, tak penah2 datang awal macam ni, dulu2 lepas sahur mesti tido balik tapi kali ni plan nak keluar rumah awal pagi.. Ingatkan lunch hour tadi nak tido sekejap (hehehe orang sibuk gi tazkirah) tapi meeting dari kul 9 sampai kul 2 baru habis, tak sempatlah nak lelap mata..
Hopefully, bulan ni kurang la sikit kena outstation sebab last week 4 hari berkampung kat sandakan, sambil2 tu sempat jugak shopping udang 2/3 kilo, ikan masin, udang geragau dan ikan untuk stock bulan puasa, hehehe.. 

Saya plan nak bawak izz gi surau so saya boleh semayang terawih berjemaah, cuma risau jugak if dia buat perangai.. Hubby cakap if izz start buat perangai kena lah balik, nasib baik surau kat tingat 5 je.. Nanti lah try sebab sekarang tengah cuti, hehehe..

jangan korek hidung tau!! nanti batal puasa

Oklah, selamat berpuasa ye!!!

Luv,