8.7.11

Plastik Kuning

as salam..

Kejadian after lunch hour tadi, masa saya nak masuk pintu gate opis..


MP   :  assalamualaikum kak.. boleh bukak bonet kereta tak, nak buat inspection sikit?

saya :  okey, tapi bersepah sikitlah (sambil keluar dari kereta nk bukak bonet) 
ni kenapa kena check kereta pulak, tak penah buat sebelum ni?

MP   :  kenalah kak, arahan bos sebab ada isu keselamatan negara sekarang ni, mana tau ada bawak bom ke.. ni apa dalam plastik warna kuning ni? tolong bukak..

saya :  takde pape, sampah je (sambil bukak plastik kuning dalam bonet) 
plastik putih ni tak payah bukak ke? (sambil tunjuk plastik putih sebelah plastik kuning)

MP   : tak payah.. ok, clear.. terima kasih 

saya :  orait (masuk kereta dan chow)


Kereta sebelah saya siap kena check bawah2 kereta semua mungkin sebab kereta dia getz warna kuning..

Nampak tak betapa menyusahkan semua orang bila ada manusia2 yang sesuka hati nak mengugat keselamatan negara.. Apasal la diorang ni, cuba bersyukur hidup kat malaysia yang aman damai ni... Entahlah, malas nak komen banyak!!!


*MP - military police

Luv,
 

2 comments:

Leonora Halim said...

MP tu cek plastik kuning?? ahhahahhahh.... apa ke bengap MP tu... ahahahhaah.... *sorry my french :D*

HaNiE said...

kannnnn!!