14.7.11

Kami ke Penang

as salam..

Sabtu lepas, masa peserta2 demontrasi haram yang majoritinya orang melayu pakai kopiah berteriak "reformasi, reformasi, BERSIH" kat sekitar KL, kami sekeluarga including my mak n abah bergerak ke Penang.. 

Awal pagi kami dah keluar rumah sebab en.suami takut jam tapi alhamdulillah jalan lengang, aman dan tenteram.. Walaupon gerak pagi tapi tengahari jugak baru sampai Penang sebab asyik berhenti kat RnR je, kejap nk breakfast la, nak gi toilet la, nak coffee break la pastu nak gi toilet lagi, hehehe biasalah kan, bawak budak!!! (tetiba anak menjadi mangsa)

Sampai Penang betul2 time lunch hour so dengan bantuan Cik Garmin GPS kami sampai kat depan kedai Nasi Kandar Line Clear.. Tapi ramai sangat orang yang tengah beratur so my abah give-up, ajak makan tempat lain dan saya sangat keciwaa... Makan kat kedai mamak sebelah line clear tapi saya tak makan sebab merajuk!!!

Dah kenyang, kami jalan2 kat Perangin Mall sebab en suami nak beli charger yang dia lupa nak bawak.. Window2 shopping, sempat pulak abah belikan baju untuk cucu2 dia, satu baju rm100++, kalau 4 helai, fuhhh untung betul cucu2 sekarang ni, dulu kami takde pon dapat baju mahal2 macam tu!!!

Lepas tu kami gerak ke Kulim, check in kat bilik suite di Impiana Inn, hehehe macam gempak nama bilik suite tapi macam bilik biasa je.. Dahlah service out... Petang tu kami ke umah adik my mak, makan durian sampai muak.. Serius muak gila, sendawa pon rasa durian dah!!! Malam kami ke Giant beli swimming short untuk Izz sebab bawah bilik kami ada swimming pool and everytime lalu je Izz mesti mintak nak "splash!!" 

Ahad pagi, bawak Izz mandi manda.. Ramai cousin2 Izz kat situ so seronoklah dia main2 air, 2/3 kali ajak keluar pool tapi dia refused, nak juga berendam sampai kecut2.. Sambil tengok Izz mandi, saya borak2 ngan mak, tetiba bila saya pusing kat pool nampak Izz tengelam, tak boleh bangun, terus saya melompat masuk pool dukung Izz.. Air dia cetek je, takat perut Izz je tapi sebab dia jatuh n tak boleh bangun, so panik la kami... Malas nk cerita banyak nanti ada pulak yang kecik hati pasal ni, tapi takde pape jadi, Izz ok cuma terkejut je.. So mak suruh bawak dia masuk bilik, mandikan and sapu2 balm supaya badan dia panas, oklah sebab dia tak demam...

After check out hotel, kami ke rumah Mak Su (makcik en suami) sebab ada kenduri sambut menantu.. Habis dah semua anak mak su dah kahwin, ni kira majlis last lah ni... Lepas makan2, borak2 kami gerak balik ke KL.. Jalan ok, tak sibuk tapi bila sampai RnR susahnya nak parking sebab ramai sangat orang, nak makan pon takde tempat.. Nasib baik time balik kami cuma singgah 2 tempat je, hehehe...


Luv,
 

No comments: