27.6.11

Sehari di Semporna

as salam..

Hai!! 

Hari ni saya nak bercerita pengalaman melompat pulau "island-hoping" kat Semporna, Sabah.. Ye lah, kerja pon kerja la jugak tapi bila orang dah ajak berjalan saya tak tolak, heehehe.. 

Island-hoping ni sempena lawatan kerja orang-orang besar JKR ke projek Tawau, lepas tu bawak diorang ke Semporna untuk pengalaman lagi mengasyikkan ini dan juga supaya projek kami tak delay, hehehe ada udang sebalik batu di situ ye!!! Actually ni second time saya ikut acara melompat2 dalam kapal navy ni, cuma yang hari tu kat kota kinabalu lah, yang ni upgrade sket ke semporna...

Saya ni tidaklah gemar sangat aktiviti lasak melasak lagi2 kalau bawah terik matahari, sensitif kulit mak ni!! ter'bako' nanti, susah nak oii nak kembali putih tulus mulus semula tapi sebab kerja, ku gagahkan jugak... hahahaha poyo!!!!

So lepas mesyuarat dan keliling tapak projek dengan matahari tegak atas kepala kat Tawau, kami bergerak dan tido semalam di Semporna.. Pagi2 bangun dan bersedia fizikal dan mental untuk melompat2 pulau..


subuh gajah di Semporna, ni dalam kul 6 gitu..
other side
nampak tak orang2 beratur nak naik bot, agaknya macam ni lah cikgu2 yang nak pergi berbakti pada anak murid di kawasan pendalaman, hari2 naik bot..

First pulau, of course lah Pulau Sipadan, pulau yang di kawal ketat oleh pihak berkuasa.. Tak boleh bermalam disini kecuali kalau kau tu tentera yang menjaga kat sini lah dan pengunjung pon dilimitkan 120 orang sehari sahaja, kebanyakkan nya divers lah..

kenderaan kami..
ada escort supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku, if not apa2 jadi i masuk paper u!!!
disambut oleh ini..
comel je pulau sipadan ni, 1/2 jam abis kot keliling pulau..
sejarah "si paran"
maklumat am..
kedamaian yang ku cari, hehehe cantikan gambar ni!!!


Lepas tu kami singgah di Pulau Mabul.. Cantik sangat resortnya dan lepas berangan2 jadi tourist, kami berjalan2 di kawasan kampung nelayan bajau laut, banyak jugak kerang, mutiara dan lain2 perhiasan yang dijual, murah2 pulak tu compare kat mana2 tapi sebab saya ni takde la kreatif sangat nak mencantikkan rumah or dengan maksud lebih jelas supaya perhiasan tu tak hancur jadi mainan iskandar, so takde apa pon yang dibeli, hehehe... Kat sini, ramai budak2 kecik main sambil bogel2, hehehe nasib baik comel walaupon comot2.. Dan kenangan tak boleh lupa bila ada sorang budak lelaki berjalan2 bersama haiwan peliharaan yang lengkap ada tali, iaitu seekor ketam.. Cute sangat!!! 

Mercu tanda Pulau Mabul..
Perkampungan Bajau Laut..
One of the kedai cenderamata..
Ikan kering untuk perhiasan..
pendant kerang
siput lembu ni harganya cuma RM17, besar ni!!


Last pulau yang kami singgah dan sempat pulak diorang bermandi manda time tengah hari ialah Kapalai.. Actually, Kapalai ni bukan la pulau tapi lebih kepada resort yang dibina atas air, kawasannya agak luas jugak dan siap boleh naik basikal untuk meronda2... Tempat ni ibarat syurga kepada divers.. Tapi untuk saya, waduh2 panasnya mencengkam kulit!!! Airnya sangat jernih dan boleh nampak ikan2 berenang2, ramai yang ber"snorkling" di sini, tepi2 jeti pon banyak ikan macam2 warna tu...



Kapalai Resort..

Oklah itu saja untuk dishare hari ni.. 

Ohh balik dari Semporna saya kedemaman, hahaha sampaikan my boss cakap "owhh pegi berjalan sampai sakit!!!" tidak bos, saya berkorban untuk amanah yang telah diletakkan di atas batu jemala patik, hahahaha...

See u again Semporna!!!!

Luv,

 

2 comments:

Leonora Halim said...

saya jeles! time kasih.... huhu

HaNiE said...

janganlah jeles.. i keje uolls!!