15.3.11

Tsunami di Jepun dan Radiasi Nuklear

as salam... moshi moshi!!

Semua dah tau pasal negara matahari terbit yang dilanda gempa bumi berskala 8.9 richter dan menyebabkan tsunami di perairan timur laut Jepun pada 11 Mac hari tu.. Maklumat terkini lebih 2,400 menjadi korban dan angka dijangka semakin meningkat.. Lebih memburukkan keadaan, beberapa reaktor loji tenaga nuklear meletup dan menyebabkan radiasi...

tsunami
loji nuklear meletup
Dan sebagai rakyat yang prihatin, saya ada terima a few emails and BB messengers pasal amaran radiasi melalui hujan yang akan melanda dan memberi kesan kepada Malaysia.. Saya pon tak tahu perlu percaya atau tidak spekulasi ini.. If ikut logik akal fikiran saya yang tak berapa dalam ni, mugkin jarak yang jauh dan perbezaan suhu di Jepun dan Malaysia ni perkara ni takkan berlaku, tapi ntah lah macam2 boleh jadi kan.. Marilah kita berdoa dijauhkan dari segala malapetaka dan doakan juga keselamatan rakyat2 di Jepun..

Saya dapat ni dari BH online, dan bagus for sharing..

Kesan Radiasi Nuklear kepada manusia
  1. pendedahan radiasi berukuran 100 rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosil darah akan berkurangan.. simptom awal selsema..
  2. pendedahan kepada radiasi berukuran 200 rems ke atas akan menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit birit.. pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan..
  3. radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 rems mengakibatkan kerosakan pada pembuluh darah dan menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian..
  4. pendedahan langsung kepada radiasi berukuran 5,000 rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung..
  5. dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma manusia..
  6. menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma..
 p/s :
Caption ni saya copy dari my uncle FB's status regarding the cartoon dalam newspaper utama negara.. yang saya nak highlightkan actually the "very sad for country of my wife's granddad" line, his wife adalah adik bongsu my mum.. Yes indeed, kami adalah susur galur dari Jepun *__* should i explain more?? hehehe

pics from mr. google 

Luv,
 

No comments: