30.3.11

Happy Night

as salam..

Iskandar woke up early this morning and started to cry when we left to the office.. His abah made a promise to bring him to the park after we return home in the evening..

But we arrived home a bit late because mummy had to attend a meeting that started at 5.30 pm, so our plan has to be cancel.. Seeing his innocent face, abah decided to bring us here..

Hehehe so here we are, at 5th level, having our dinner and let Iskandar playing at the playground as much as he wants.. Thank god we only have to jump into the lift and go to level 5 ^_^

Good night and sleep tight!!!

Luv,

--------------------------
HaNiE

I need a new shoes!!

as salam...

Sorry for not updating this blog as usual, nothing much to share.. I'm still mourning of my lost BB *__* this new handphone can't replace the older one.. So let's me see, hmmmmm

Sent mak to kampung last weekend, what a tiring trip but I know my parents were happy to see us and we will be back again next week for kenduri.. I'm glad when Iskandar seems so clique with his atuk, not because of "kelapa sawit banyak untung" hehehe but the bonding between them, it's priceless!!

Little update about Pakcik Ani, he is getting better now, had been discharged from HKL last friday, thank you for all the prays but I'm not sending Iskandar there yet because Dian still with us.. So let's bully Dian, before she start her new life either with a new job or get married, hahaha but not me who bully her, of course la little Iskandar.. he loves his ieyan (acik dian) so much!!

What else?? Hmm I think I need new pairs of black shoes lah, same goes to Iskandar, his current slippers getting smaller or should I say he is growing and his feet getting bigger so cannot fit it anymore, hahaha!! But in my case, it's just about time to buy a new one ^_^ hoho

Hubby's birthday is around the corner but I still have nothing in mind for his present, maybe a pair of working shoes or brand new perfume, yup, he did complaint about those two things recently.. So sayang, if u read this, what do u want for ur birthday? Thought of buying a iphone4 for u but since u had bought it urself so please choose for these two things ya *nasib baik hehe*

Oklah, that's all for now.. Will update some more when my mood getting better ^__^ see u guys.. Sorry if my entry looks like takde kesinambungan, hentam saja lah!!!!

Luv,
 

25.3.11

The day i LOST my precious BB

as salam...

Tajuk adalah sangat poyo!!! But yess, i've lost my blackberry  T__T 

Hari rabu lepas, i ajak hubby tengok wayang di tgv wangsa walk.. Kami tengok Hikayat Merong Mahawangsa.. Pegi without booking dulu so kira nasib je lah, sampai sana dalam kul 9 malam, takde orang beratur pon and kebetulan cuma tinggal 4 seat kosong untuk couple seat, walaupon mahal sket hubby bayar jugak tiket wayang tu sebab wifey dia dah meroyan nak menonton!!! hehehe kami duduk kat seat M19 dan M20 di panggung 9..

Movie start kul 9.30 malam so still ada masa untuk makan2.. Kami masuk awal sket so sempat la tengok preview movie2 baru akan datang.. Sambil2 tu dok sibuk posing amik gambar with my BB, selalunya tak macam tu pon sebab slalu bila kami masuk mesti movie dah nak start.. Cuma I tak perasan sama ada dah masukkan my BB dalam handbag or letak kat atas seat jek lepas amik2 gambar tu... Tengok movie macam biasa sampailah habis..

Pastu abis movie, kami keluar tanpa menoleh ke seat sebab rasenye cuma tinggal botol air mineral n bekas popcorn jek.. Sambil berasak2 keluar kami buat la review sendiri pasal cerita tu *_* Masa hubby tengah beratur nak bayar parking ticket, I sibuk berFB thru his iphone, cam biasa lah kan, pinjam buat harta sendiri!!! Pastu baru teringat nak switch normal mode kat my BB, cari2 dalam handbag dah tak jumpe, sahhh confirm tercicir kat seat wayang.. Terus bgtau hubby dan kami jalan laju2 ke tgv semula, sambil tu I call my BB tapi dah masuk voice mail, so hati I berat menyatakan my BB tu dah jatuh ke tangan orang lain!!!

Sampai kat entrance tgv, kami jumpa staff dia, bagitau la pasal my handphone tercicir tapi bila masuk panngung 9 tu, dah start movie lain tapi nasib baik tempat kami duduk tu kat belakang sekali so boleh la meninjau2.. Nasib tak baiknya, takde nampak bayang pon my BB dah.. Staff tgv pon bagitau susah nak jumpa balik hp yang tetinggal ni selalunya, so terpaksalah menerima kenyataan jodoh bersama my BB sampai situ sahaja...

Hubby syak couple yang sebelah kami amik sebab masa kami bangun diaorang masih stay kat seat lagi tapi mungkin juga staff yang membersih panggung tu amik or mungkin sesape je lah... Kata2 nasihat from hubby "nothing much to do, cuma u boleh sumpah seranah je lah orang yang amik tu!!" hahaha nasihat berguna sungguh laki aku ni!!!! Ulang kali I cakap kat hubby, if I terjumpa barang tercicir ni mesti I kena pulangkan pada tuan dia.. but well, manusia ni lain2 kan... 

On the way balik, I called celcom call center untuk block my simcard, nak dekat 50 kali dail takde orang jawab, last2 baru ada mamat angkat ngan suara serak2 cam baru bangun tido.. Susahnya nak call celcom ni, tukar service baru tahu!! 

Sampai rumah I mengadu kat mak hp hilang and mak jawab "sape suh tengok wayang!!" ohhh apakah!!! patut lah hilang, tidak diberkati rupanya!!! hahahaha

Pagi khamis dah rase malas nk gi keje, tapi I masuk opis sekejap sebab nak inform kat diorang I EL hari tu sebab tak boleh call kan, hilang semua nombor.. Lepas tu hubby teman ke Celcom HQ, tak pasal2 my hubby pon masuk keje lambat, hehehe sori sayang!! tapi rupanya kedai celcom kt HQ tu dah tutup, so kena pegi yang sebelah restoran Pelita tu.. 

Dapat simcard baru n ingat nak terus beli BB yang baru tapi bila pikir2 balik, handphone apa yang I nak guna sebenarnya, rase macam nak pakai iphone4 tapi still sayang ngan BB so cadangan untuk beli hp baru di KIV dulu sampai I dapat keputusan tepat antara iphone, BB or lain2..

Petang tu bawak mak gi carefour jap, beli barang sket.. Pastu tersinggah kedai jual hp plak, nampak hp samsung yang super cute, teberkenan n terus beli.. Harga cuma RM299, oklah kot sementara tunggu keputusan besar di buat, hahahaha!!! rasenya nak pakai hp samsung ni sampai rosak kot, tak lah membazir ^__^ Harga murah so faham2 la hp ni cuma untuk call n sms sahaja, no more internet n wifi, tapi ada radio ok!!! I like n ada touch screen also, ala2 iphone gitu ^__^

Oklah, ingat nak masukkan gambar my BB tapi rupenya tak penah ada teramik gambar pon, sori ye BB, patut lah hilang!!! Cukup setahun bersama, akhirnya berpisah jua, I beli BB bulan mac last year.. I takde sedeh sangat pon cuma terkilan banyak data dalam tu yang hilang; no contact, gambar2, my diet progress dan lain2 maklumat penting.. baru nak berjinak2 guna whats up app tau!! kan dayang kan..

So kawan2, sila sms nombor anda dan jangan terasa if saya tak kenal anda bila call atau sms..

Gud bye BB, u gonna be missed, a lot T___T huaaaaa!!!!!!!

Luv,
 

22.3.11

Love Around Us!!!

as salam...

Seperti yang uolss sedia maklum, babysitter Iskandar (makcik wok) tengah bercuti sebab husband dia sakit tenat tapi dari sms yang saya terima dari Zila (anak makcik wok), pakcik dah beransur sihat, alhamdulillah...

Malam khamis bila dapat tahu pakcik masuk hospital, saya jadi gundah gulana, 1st sebab memikirkan condition pakciklah, 2nd sebab memikir nak tinggal Iskandar dimana sebab saya ada urgent meeting and lab yang wajib attend minggu tu.. Lepas consulted with hubby, kami decided untuk stay di rumah my in law, nasib baik tengah cuti sekolah so mama tak bukak kantin and anak2 along ada dirumah untuk main2 with Iskandar.. Pagi2 khamis kul 6.45 kami dah bergerak dari shah alam ke opis kat tengah2 KL, kereta tetap banyak walaupon cuti sekolah, nasib baik hubby tak buat perangai bangun lambat macam biasa, hehehe umah sebelah LRT boleh la buat perangai!!! 

Kami tinggalkan Iskandar yang ketiduran sambil pesan pada syahmi (anak along yang sulong and Iskandar's favourite abang) untuk tengok2kan Iskandar, adik2 dia bukan boleh percaya, nanti diaorang bully Iskandar!!! Bila call mama, dia kata Iskandar ok je, bangun tido, mandi, makan n main2 sampai penat.. So saya sangat lega, Iskandar ni memang pandai bawak diri, bagus lah kan!! Hari jumaat saya kena ke Nilai pulak, nasib baik pandai auta n buat excuse so saya berbengkel satu hari je instead of 4 hari, hahahaha....

2 hari Iskandar tinggal ngan Wan kat shah alam, hari sabtu kami balik rumah.. Ikut plan asal Dian akan datang hari ahad untuk stay seminggu/sampai pakcik sehat untuk jaga Iskandar tapi malam tu mak called bagitau Dian demam pulak, hadoilah!! So saya nekad nak bercuti kecemasan hari isnin walaupon ada papers board yang saya kena present depan Datuk KSU.. Pagi ahad Dian called bagitau dia n mak akan naik bas ke KL, fuh!!! lega sangat tapi kesian plak kat mak kena naik bas sampai 6 jam tu...

Kul 8.00 malam, mak n Dian sampai kat Terminal Bersepadu Tasik Selatan, tapi lepas sejam kemudian baru kami sampai sebab kami kesesatan mencari tempat tu, dah la jam teruk kt MMR2 sebab accident.. Nasib baik abah tak ikut sekali, kalau tak mesti dia dah patah balik mersing sebab tahap kesabaran abah saya sangat nipis, jangan la buat dia menunggu confirm dia melenting.. time is very important u know, better be 2 minutes before on time!!!! huhu

Seronok gile bila mak ada, makanan sangat heaven!! semua tersedia, order je nak apa, hahaha.. Tapi kesian abah kena tinggal sorang, dia beria nak ikut tapi sebab kena naik bas n dia ada komitmen untuk menjaga keamanan kampung, terpaksalah dia kena tinggal!!!

So mak will be around sampai hari sabtu sebab abah kasi datang seminggu jek.. Lepas tu mungkin Dian akan stay with us (kesian plak kat bibik ni, tak abis2 kena menjaga anak sedara!! bila la masa dia nak mencari kerja) or hopefully makcik wok dah boleh jaga Iskandar.. worst come to worst mungkin kami akan hantar Iskandar balik kampung macam cadangan mak.. Semoga Iskandar akan jadi cucu kesayangan atok, harga kelapa sawit pon tengah naik ni, boleh la kami menumpang senang, hahahaha motip ok!!!! Tapi rasenya saya mungkin tak sanggup nak berpisah with my son tu, walaupon saya rase Iskandar takde la kisah sangat pon mummy abah dia takde.. Training jadi kampong boy pon ok jugak kan!!! ^__^ boleh la mummy n abah bercinta berdua je!!

Bila pikir2 balik, saya rase sangat bersyukur di kelilingi dengan orang2 yang sayangkan Iskandar.. at least saya tahu, bila saya takde nanti ramai akan tolong jagakan Iskandar, tak kisah la sama ada MAKCIK U or KAKAK I.. tapi saya masih rase KAKAK I akan lebih sayangkan Iskandar, hehehe joking je sayang!!!!

Dear Iskandar, u are so lucky son!! having so much love around u, and I hope u will remember it deep inside ur heart!! So don't break our heart ok!!! Mummy love u 

Luv,
 

19.3.11

A Doctor in The House

as salam..

Borrowing this book from mama's rack and hopefully she will lend it to me for a "couple of weeks/months" hehehe so that I can finish reading it from cover to cover.. 872 pages to go!!!

But now have to shut down first, got birthday party to attend tommorrow morning.. So gud nite everybody!!

Seriously, I can't stop of reading it!!

Luv,
HaNiE


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

17.3.11

Tolong doakan Pakcik Ani (atok jaga iskandar)

as salam...

Semalam petang saya amik iskandar macam biasa, hmm awal sket kot sebab kul 5.30 sharp dah keluar opis.. Dan macam biasa jugak bila saya sampai umah nenek wok, iskandar tengah main2 kat depan umah ngan geng2 dia.. Nenek wok n atok ada sekali sambil tengok budak2 tu... Sebelum balik iskandar akan bye2 n flying kiss kat nenek n atok, cuma yang tak macam biasa saya tengok atok macam tak sihat n badan dia menggigil, bila tanya dia cuma jawab demam... 

Malam tadi lebih kurang kul 9.30, saya dapat sms dari Zila, anak nenek wok.. "Salam akak, Abah masuk ICU, petang tadi kul 6 ambulance amik, jangkitan paru2 serius. Skrng kami di HKL" pastu masuk sms lagi "Mungkin koma 2/3 hr, jangkitan paru2 yg kritikal. mak tengah baca yassin" Serius memang berderu darah sebab baru petang tadi dia lambai2 iskandar T_T 

Saya terus sms hubby sebab dia masih di opis.. hubby sampai umah lebih kurang kul 10.30, terus kami siap2 barang n gerak ke HKL.. Nasib baik dah malam so senang parking.. Bila jumpa nenek rase macam sebak sangat, saya dah start mengalir airmata dah.. Atok kat wad kecemasan sebab ICU penuh, teruk sangat keadaan dia.. dengan wayar banyak n kena tebuk sana sini, sampai 2 doc standby dan siap cakap bila2 masa je, so semua kena sedia mental fizikal.. terbayang jumpa dia petang semalam T__T dan tak sangka dia terbaring comma macam tu...

Dalam kul 11.30 kami gerak ke shah alam sebab saya tak boleh amik cuti hari ni, kena attend meeting penting n hubby pon mmg cuti dibekukan.. so kami mintak tolong mama jagakan iskandar.. hopefully dia oklah kat sana....

Oklah, kena stop dulu, nak ke JKR for meeting... Saya masih dalam mood sedeh, walaupun takde pertalian tapi saya rase sedih sangat tengok atok macam tu, rase macam abah saya sendiri.. atok sangat sayangkan iskandar!!! selalunya if saya outstation n hubby amik iskandar lambat, dia mesti suruh iskandar tido dengan dia.. bila tanya iskandar mana atok dia mesti jawab "atok, ujan!!!!" sebab atok suka bagitau iskandar, kat luar hujan... hmmmmm

Tolong doakan atok (pakcik ani) ye!!! semoga dia semakin sehat dan kuat... Terima kasih

Luv,
 

16.3.11

Insurans Takaful

as salam..

My insurance's agent gave me this book.. And pujuk me joining her group to become part time agent.. Its so convincing but can I do it??

Before accepting or rejecting her offer, I want to ask u guys

"KORANG NK BELI INSURANS NGAN AKU TAK?" hahaha

Serius ni!!!

Luv,
HaNiE

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

15.3.11

Tsunami di Jepun dan Radiasi Nuklear

as salam... moshi moshi!!

Semua dah tau pasal negara matahari terbit yang dilanda gempa bumi berskala 8.9 richter dan menyebabkan tsunami di perairan timur laut Jepun pada 11 Mac hari tu.. Maklumat terkini lebih 2,400 menjadi korban dan angka dijangka semakin meningkat.. Lebih memburukkan keadaan, beberapa reaktor loji tenaga nuklear meletup dan menyebabkan radiasi...

tsunami
loji nuklear meletup
Dan sebagai rakyat yang prihatin, saya ada terima a few emails and BB messengers pasal amaran radiasi melalui hujan yang akan melanda dan memberi kesan kepada Malaysia.. Saya pon tak tahu perlu percaya atau tidak spekulasi ini.. If ikut logik akal fikiran saya yang tak berapa dalam ni, mugkin jarak yang jauh dan perbezaan suhu di Jepun dan Malaysia ni perkara ni takkan berlaku, tapi ntah lah macam2 boleh jadi kan.. Marilah kita berdoa dijauhkan dari segala malapetaka dan doakan juga keselamatan rakyat2 di Jepun..

Saya dapat ni dari BH online, dan bagus for sharing..

Kesan Radiasi Nuklear kepada manusia
  1. pendedahan radiasi berukuran 100 rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosil darah akan berkurangan.. simptom awal selsema..
  2. pendedahan kepada radiasi berukuran 200 rems ke atas akan menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit birit.. pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan..
  3. radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 rems mengakibatkan kerosakan pada pembuluh darah dan menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian..
  4. pendedahan langsung kepada radiasi berukuran 5,000 rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung..
  5. dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma manusia..
  6. menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma..
 p/s :
Caption ni saya copy dari my uncle FB's status regarding the cartoon dalam newspaper utama negara.. yang saya nak highlightkan actually the "very sad for country of my wife's granddad" line, his wife adalah adik bongsu my mum.. Yes indeed, kami adalah susur galur dari Jepun *__* should i explain more?? hehehe

pics from mr. google 

Luv,
 

14.3.11

Selamat Bertunang!!

as salam dan salam isnin uolss!!!

I dalam keta on d way ke Lumut ni tapi sebab ada pilot bawak so I feeling2 mem besar kat belakang lah, hehe tumpang rexton Navy jek.. So boleh lah update blog sket..

Nak cite pasal hari Sabtu hari tu, sepatutnya menjadi hari "sentap" sebab I nak balik JB tapi hubby ada plan lain plak.. Ingatkan nak angkut Izz n buat keras hati je drive balik JB tinggal hubby tapi kebetulan hubby kena outstation dr hari rabu sampai lah ke sabtu.. Memula kata nak balik hari khamis, pastu jumaat, last2 petang sabtu br muncul.. So tak jadilah sentap sebab bukan dia segaja taknk bawak I balik JB, hmmm tapi still merajuk lite2 okay!! T__T

Malam tu ada majlis bertunang cousin hubby kat shah alam, so after maghrib kami pon makan free kat sana.. Majlis anak owner caterer so makan besar la kami, macam2 menu ada, kuih berjenis, nasi beriani n lauk yg pelbagai, kari kambing mmg terbaikk!!

Selamat Bertunang to Jijah n pasangan!! Time diorang kawen confirm makan lagi besar, best2!!

Ohhh btw I pakai baju masa I tunang tau, hehe muat semula ok tapi ada part yg sendat sket, hahaha poyo!!

Ok, sambung nnt ye.. Selamat bekerja!!

Luv,
HaNiE


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

9.3.11

Small Gathering Ex SMTKT 98/99

as salam.. hai!!! (update laju2)

End of last month, kami ada small gathering with kengkawan lama dr teknik kota tinggi batch 98/99, tapi tak ramai yang datang... Many thanks untuk cik organizer yang cantik manis, beria watie buat perancangan, tapi maybe ramai busy dengan urusan masing2 so kehadiran lebih kurang 7% je dari total semua.. Oklah kan, dari takde orang langsung..

Dinner gathering di Empire Hotel, nice hotel n makanan pon best tapi tak banyak sangat pilihan.. But no comment la sebab i tengah diet, hahaha.... the theme is white!! so bersungguh2 la kami mencari baju putih semua, tu yang beria shopping kat pavillion.. 

mine : skirt from nichi, blouse from zara n belt reben dari bandung, hehe... hubby's : shirt from SUB and beret maher zain tu beli kat mid valley.. izz's : shirt from guess kids (baju paling mahal antara kami!!!)

After 11 years, semua dah berubah.. Me and hubby pon sama, mengimbau memori dulu2.. Siapa sangka kami akan bersama lepas berkenalan 12 years back, terpisah dan masing2 dengan hala tujuan sendiri, jumpa semula, BERCINTA, kahwin dan now having a cutest boy in earth as our son (hehehehe poyo!!!!)  ^__^

izz n mummy.. izz suka makan ice cream!! bila dh abis, siap tarik tangan mummy ke station ice cream nak refill.. 
antara yang hadir with family memasing..
posing time!!! see hot mommies, semua dah ada anak kecuali cik organizer baju pink lah, single mingle lagi!!
with my best buddy, giah!!! tido sesame, study sesame, makan nasi lemak cikgu amir sesame, outing sesame (mandi taklah kan!!) cuma kami lain2 kelas jek.... she's the best!!! love u gi-ah!!!
angle bengong!!! ikut je la cakap photographer...

Tak cukup masa berborak dengan semua sebab banyak sangat nak cerita.. Terharu juga dengan kawan2 yang sanggup datang dari JB.. Hopefully lepas ni cik organizer buat lagi dalam big scale, hehehe... Gembira jumpa kamu, kamu dan kamu!!!!!!!!!!!!

Dan seperti biasa, gambar maha banyak di FB 

Luv,
 

8.3.11

Paint the Night White

as salam...


I'm busying like a bees  right now.. More pictures and update in the next entry ^__^ stay tune

Luv,
 

6.3.11

Experiencing Turbulence from inside the Toilet

as salam..

Happy Weekend uolls!!!

Nak share pasal my experience last night masa flight balik dari sabah.. Actually sepanjang naik turun flight, few times jugak bergegar2 dalam flight kena turbulence tapi biasanya I duk diam2 kat seat je.. Last night, on the way tu ada jugak co-pilot announced cuaca a bit cloudy tapi I rase ok je smooth..

Lepas makan, I tido kejap tapi bila bangun tak jugak sampai2.. Dah la kepenatan sangat, sakit pinggang lagi sebab early that day I flew from sandakan to tawau, abis meeting ke k.k pulak.. Dh rase macam naik bas je.. So untuk menegakkan tulang belakang yang dh agak2 bengkok tu, I jalan2 la ke toilet.. Masa nak masuk toilet tu tetiba announcement pasal turbulence, tapi sebab tak tahan nak terkucil I masuk je lah.. Dh settle semua, tgh check2 makeup tetiba airplane bergegar2, arghhh sudah seriau plak dh, pegang la apa yg boleh for tahan dr jatuh..

Bila dh ok sket, I pon kluar tapi steward tak kasi I balik ke seat sbb masih bergegar n my seat jauh ke depan, so lepak la I kat pantry dlm flight.. Duduk kt crews seat sambil borak2 with adik2 steward yang agak "adik2" tu >_< tapi happening!! I tanye biasa ke gegar2 macam ni, ada sorang tu jawab "haah, tapi I like!!" Boleh? Suke ati lah dik..

After about 15 mins, agak dh ok sket, I pon dibenarkan balik ke seat asal with 2 packets free sweets.. Thanks ye!! menceriakan hari I yang panjang n memenatkan itu..

Ini hasil dr Tawau.. I tak beli kat pasar sebab tak sempat.. Orang bagi, jadilah rezeki utk mama n nenek wok.. Malas nak masak sebab ikannya besar sgt, confirm tak habis kalau kami 3 beranak je nak makan..

Oklah, nak tido lah, ngantuk sudah!! Gud nite!!

Luv,
HaNiE

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

5.3.11

Testing

Cubaan memblog guna BB secara email
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1.3.11

Petit February

as salam... 

Hello March ^__^ lets marching together, hahaha bengong!!!

Dah 1 mac, sekejap je.. lepas ni tibe2 dah oktober pastu disember pastu tahun baru.. okeh, over!!! maybe sebab feb yang pendek (petit boleh!!) sebab tu mac tiba awal ^__^ 

Dalam 28 hari bulan mac, tolak public holiday, tolak weekends, tolak cuti2 sakit, tolak outstations.. jumlah hari saya dalam opis cuma 10.. fuhhh hari cuti lagi banyak dari hari kerja dan gaji dapat macam biasa, i liokeeee!!! sebab saya makan gaji tapi kalau company sendiri boleh lingkup dapat worker macam ni huhuhu... 

rakaman masuk dan keluar opis
I wish every month is february *__*

Luv,