17.2.11

Saya Mahu Menang ipad Dari Blog MySuperKids

Salam...

Artikel ini ditulis sebab saya nak menang ipad dari MySuperKids... 

Memang dah lama saya mengidam nak ada ipad sendiri, tapi kerana kekangan kewangan dan itu hanyalah kemahuan hati bukan keperluan hakiki, niat suci murni itu terpaksa saya pendamkan di dalam hati... Dan bila Mommy Lyna bermurah hati nak bagi ipad free, saya tidak menoleh lagi untuk segera join audition ini!!! (hehehe ingat masuk reality show je ada audition, tapi kalau kena nyanyi2, memang saya surrender diri!!)

Semoga artikel saya jadi pilihan juri dan menjadi pemenang bertuah or else poket encik suami akan saya rabakkan untuk dapatkan gajet idaman umat manusia itu!! hohoho

Kenapa saya beria sangat nak ada ipad;
  1. Untuk nampak COOL; hehehe gila tak cool bila gi shopping, saya check barang apa nak dibeli kat ipad instead of tengok buku tiga lima (ehhh tu tulis hutang daaa!!!) or sambil tunggu makanan kat cafe, saya buat-buat busy tengok ipad macam buat kerja tapi sebenarnya sedang ber blog-walking.. hehehe 
  2. Untuk kemudahan anak; ye lah ipad kan ada application untuk flash card, boleh la kasi anak main sambil belajar so mak dia pon ada banyak masa untuk tengok tv, hehehe
  3. Untuk performance yang lebih mantap; bak kata vidoe commercial ipad "it's crazy powerful" especially untuk grafik games... so mungkin lepas ini encik suami akan berlumba kereta guna ipad yang saya menang tu.. (sayang, sila doakan kemenangan i ye!!!)
  4. Untuk kemudahan surfing internet dimana-mana sahaja; selalunya kalau bukan di rumah or di opis, saya akan surf internet thru my BB yang kecik comel tu, nak menaip blog pon susah sebab keypad yang cute compare to my ladyfinger (matilah bendi pulak!!!) so if ada ipad mesti best, macam kata Steve Jobs si inventor ipad ni "it's the best internet device in this world and it's a dream to type on it!"
  5. Untuk lebih disayangi suami dan anak; wehhh sape tak sayang kalau ada ipad ni!!! boleh pinjam buat harta, ye tak? hehehe or mungkin akan lebih banyak cakar mencakar sebab berebut ipad.. tak kisah lah.. nanti saya tampal stiker "ini ipad mummy yang punya, ha ha ha!!!"
Semoga saya akan menang besar... Juri please pick me!!!! thanks Lyna ^__^


Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Luv,

8 comments:

dbalkis said...

Iphone pun aku rasa best sgt dah.. Tu pun tak abis xplore.ada ipad pulak lg gile dibuatnye..

HaNiE said...

aku takdak iphone so nak gak merasa guna iphone versi gabak, hehehe

blackmountain said...

hi hanie..saja melawat blog hanie pulak heheh
same here, iPhone, iPod, Mac tak penah ada..teringin jugak nak merasa pakai tech baru ni..sblm ni heboh psl Kindle tp iPad jgk yg lebih glamer..
good luck yer!

HaNiE said...

tq blackmountain.. marilah kita mencuba nasib sama2

Ibn Mustakim said...

Assalamualaikum....

Well Done... penulisan yang bagus. Senang faham.

Akak, saya percaya akak pernah pergi interview. Sewaktu interview adakah kita akan syok sendiri menceritakan apa yang kita mahu sedangkan kita patut menyelami kehendak organisasi peng 'interview'?

Akak, 5 sebab yang akak bentangkan tu saya hanya nampak 1 je yang menghasilkan pahala yang berterusan kepada MommyLina. iaitu sebab yang kedua. Itu pun kerana hendak mudahkan anak. namun alasan akak supaya mudah si emak menonton tv langsung membuatkan ke lima-lima sebab terpaksa dibakul sampahkan.

Ulasan berdasarkan sebab:

1. Untuk nampak COOL - ada unsur ria'
2. Tv lebih penting dari anak?
3. Ipad untuk main game?
4. Matilah bendi pulak!!! tu ape?
5. Kasih sayang dibeli dgn ipad?

Apa yang aka boleh sumbangkan kepada pembaca Belog MommyLina?

Moga memberi keampuna dan maghfirah ke atas kita semua

nur said...

panjang beno ye juri komen.. Apa pun good luck dan nak juga le iPad tu..

ALL IN ONE

sayangmama said...

rasanya alasan biasa sgt...cari yg lbh the vassssss (hanum)

juanita said...

Semoga berjaya

http://www.tetikusrusak.net/contest-birthday-party-paling-happening/