24.2.11

Resepi : Red Velvet Cake

As Salam...
Mari berkongsi resepi ye!! 

KEK MERAH

Bahan A
(Bahan2 kering - ayak bersama dalam satu mangkuk)

2 1/2 cawan tepung superfine
1 1/2 cawan gula caster
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk koko

Bahan B
(bahan2 basah - satukan dalam mangkuk lain dan sebatikan semua bahan)

1 cawan shortening - cairkan guna microwave
1 cawan buttermilk - pastikan dalam suhu bilik (penting!!! dalam suhu bilik)
2 biji telur - saya guna telur ayam kampung
1 sudu makan pewarna merah
1 sudu kecil cuka - white vinegar or cuka makan pon boleh
1 sudu kecil esen vanilla

if tak jumpa buttermilk, boleh ganti with this; 1 cawan susu segar campur dengan 1 sudu besar white vinegar/cuka makan.. biar 10 minit, baru guna

Cara Membuat;

Masukkan Bahan A sedikit demi sedikit hingga habis sambil kacau guna mixer dengan kelajuan sederhana ke dalam mangkuk Bahan B.. Sebatikan semua bahan sehingga jadi satu adunan.. 

Panaskan oven dan masukkan adunan dalam loyang if nak jadikan kek dan bakar suhu 175 darjah celcius (api atas bawah) selama 30-35 minit.. Atau untuk cupcake, masukkan dalam paper cupcake dan bakar dalam 15 minit...

Tips : masa masukkan adunan dalam paper cupcakes tu hentak2 sikit supaya keluar gelembung2 udara dan supaya cupcake jadi mampat...

adunan kek merah erkk ke kek pink!!
cupcake dah siap bakar
CREAM CHEESE FROSTING

250gms cream cheese - saya guna brand tantura
1 cawan gula aising
1 1/2 cawan butter

Satukan semua bahan dan mix guna mixer pada kelajuan sederhana sampai kembang sekali ganda.. 

cream cheese frosting
Bila kek dah masak, biarkan seketika sampai suhu bilik.. Untuk kek, belah tengah2 kek dan sapukan frosting di tengah2 tu then sapu keliling kek dengan frosting... sila decorate atas kek mengikut kreativiti.. Siap!!

Untuk cupcake, tekan2 kek sikit supaya rata dan sapukan frosting atas kek dan decorate mengikut kreativiti.. Boleh letak fresh fruits (strawberi slice, kiwi slice or lain2), hirisan badam, sprinkle with manik2 comel yang boleh makan tu or apa2 je lah... Siap!!!

ready for decoration
decoration by acik dian
Secara peribadi, saya sangat berbangga dengan hasil my first trial of red velvet cuppies ini, hehehehe.. Thanks to Dian yang sanggup melayan kakak dia yang meroyan nak membuat kek malam2 buta, kami start kul 12 malam dan settle semua kul 3 pagi, haha nasib baik en suami takde, kalau tak, geleng kepala la dia....

Next trial, nak buat macaroons pulak!!! ^__^

Luv,

5 comments:

ninie's corner said...

tahniah la sbb berjaya...ahad lepas wat RV Cake, tp xbjaya...resepi tu tipuuuuu
~nk try wat guna resepi yg ni plk la~

HaNiE said...

boleh.. dialu-alukan, try la sedap tau, hehehe suh dian tolong nanti, dia dah expert

mama_umar_maryam said...

fuyoh...tabik,respek,saspek!!!

A.Y.U.N.I.E said...

mar, giler kentang buat kek skang..
akan ku cuba jua..tak leh jadik ni!

HaNiE said...

zety,

huishhh tinggi sgt compliment tu.. nway thanks ye..

ayu,

ko buat pastu bg org makan, jgn makan sensorg nnt kolestrol tinggi, hehehe