5.2.11

Cuti Raya Cina

Salam,


Saya di kampung ni, ^__^ seronok!! Sambil menaip entry ni sambil makan chocolate buatan sendiri dan mak punya signature kuih raya; cornflakes bermadu... Memang la raya Cina tapi time kami sampai kampung aritu, Mak Long siap buat ketupat n serunding, hahahaha raya 1Malaysia la katakan!!!!


Kami balik kampung hari Khamis, walaupun my plan asal nak balik hari Selasa tapi sebab banjir melanda terpaksa lah dipostpone.. Selepas 3 tahun lebih saya berehat dari drive kereta untuk pulang ke kampung akhirnya kali ni saya yang drove the car sebab my hubby kedemaman.. Perjalanan balik yang sungguh menyeksakan sebab massive traffic jam.. Bayangkan dari lepas Kajang, kereta merangkak-rangkak sampai la ke Seremban baru smooth, gila sakit kaki menekan pedal!!! Again raya 1Malaysia kan, sebab tu semua orang Cina, Melayu, India n lain2 amik kesempatan untuk balik kampung or pergi bercuti sampai highway penuh sesak..


Sampai di Kahang, boleh nampak tepi2 jalan yang naik air banjir, sawah padi penuh dengan air sampaikan jadi tasik besar... Di Felda Nitar pon sama, habis semua pokok kelapa sawit penuh dengan air sampaikan jalanraya sama paras dengan gigi air, siap ada orang memancing dan bersampan, memang betul jadi tasik buatan!!!! Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan tanpa hujan yang lebat (saya tak suka drive time hujan lebat mencurah, one of my biggest fear!!)


Kebetulan juga all my adik beradik pon balik ke kampung so umah sangat meriah... Mak n abah yang yang paling happy dapat jumpa cucu2 semua (Ali masih cucu kesayangan atok!!).. Kak Ninie bawak balik cupcakes, muffin n cheese brownies yang maha sedap!!! memang hebat ilmu bakery dia, saya tapik spring!!! So sebab dah puji melambung Kak Ninie bagi kami kelas buat chocolate secara free, hehehehe seronok buat ramai2 sebab kalau kita malas boleh sub je kat orang lain, hahahaha!!!!!


Oklah, kena stop dulu sebab nak buat cheese cake pulak, nanti saya kongsi gambar ye!!! Daaaaa


Luv,

2 comments:

dbalkis said...

Seronok oii.. Sila praktikkan ilmu bakery k. Ninie kasik kawan-kawan testing.

HaNiE said...

yaaa!! saya akan berusaha gigih..