1.1.11

Selamat Tahun Baru 2011

SELAMAT TAHUN BARU everyone!!!  Semoga 2011 lebih bersinar untuk semua orang ^_^

Seperti biasa, bila masuk tahun baru semua orang akan start dengan azam baru kan.. Saya takde la berazam yang beria sangat cuma well, orang ada new resolution so i pon nak jugak, hehehe..My 2011 resolutions;
  1. dapatkan berat idaman!!! (50-48kg) hehehe
  2. menabung lebih banyak (shopping benda yang penting je!!!)
  3. bercuti over the sea (ermmm area asia je lah, Singapore pon ok!!!)
  4. bekerja dengan lebih gigih lagi, jadi boss yang berjaya!!! huhu
  5. spend more masa with my family!
  6. azam2 lain yang akan ditambah mengikut keperluan, hahahaha!!!
Kesimpulannya, tahun 2011 adalah tahun untuk berehat selain dari untuk mencapai azam2 tahun sebelum ni.. So far takde idea2 hebat seperti menambah anak (but if dapat, kami bersyukur sangat!!!) or tambah apa2 yang lain lah.. Seperti kata my hubby, 2011 tahun untuk honeymoon berehat n memplanning untuk tahun2 akan datang... 

Owhh mari kongsi sedikit sambutan tahun baru kami...

Bila dapat tahu je PM announced public holiday sempena Malaysia menang piala suzuki terus saya dapat smsed from my sis ajak gi bercuti kat Melaka (dia mmg plan ke sana n dah on the way pon) tapi saya still 50-50 lagi sebab hari Sabtu penuh dengan jemputan kawan2.. Bila dah bersms ngan  Kak Ninie akhirnya terpengaruh jugak nak ikut dia ke Melaka so saya msg hubby "sayang, malam ni if kita ke Melaka, logik tak??" and respond dia ok, hehe so dalam hati start berbunga2... 

Balik dari opis terus kemas barang2 yang patut, lepas Maghrib terus gerak ke Melaka, hehehe memang bercuti secara terkejut!!! Secara ringkasnya aktiviti kami adalah berendam dalam swimmimg pool pastu berjalan2 di bandar Melaka, plan asal nak ke Water Park yang baru tu tapi sebab dah lambat keluar so tukar plan jalan2 kat taman, naik cruise kat tasik n tengok orang memancing.. Malam before kami balik (Kak Ninie stay lagi satu malam) pegi Night Zoo dan melepak di dataran Hang Tuah.. Lepas tu pegi makan2 n sambut new year tengok bunga api, hehehe seronok!!! 

Kami gerak balik dalam kul 12.45 pagi n sampai dengan selamatnya kul 2.30 pagi, sangat mengantuk dan kami tido kepenatan sampai ke pagi, hehehe... Okeh, jom layan gambar..

Everly Resort Hotel, Tanjung Kling, Melaka... Nice place to stay with family, bilik sangat besar n selesa...
view dari our room, Selat Melaka..
ok kasi can kami posing without Izz ditengah, hehehe
his favorite
naik beca with Kak Niena..
di taman, Izz kagum tengok orang memancing dan juga umpan cengkerik!!
dalam boat, cruising tasik kat taman Melaka, sebelah zoo..


night zoo, menarik! dan kami akan datang waktu siang pulak!!
bapak2 sama anak2 melepak di Dataran Pahlawan Hang Tuah
"Happy New Year 2011"

Gambar super banyak dalam camera gabak Kak Ninie, tunggu dia upload dlm FB ^__^

Luv,

 

No comments: