28.12.10

Berkursus di Cherating

Tajuk sebenar adalah bercuti-cuti Malaysia di Cherating, hehehe...

Last week, saya telah diarahkan untuk berkursus Projek Management di The Legend Resort, Cherating.. Dan disebabkan mood cuti yang membuak-buak, saya telah berjaya memujuk en. suami untuk meneman menjaga Iskandar saya di sana walaupon cuti beliau untuk tahun 2010 telah habis sama sekali, hohoho

Kami sampai agak awal, well biasa lah saya memang orang yag mengikut peraturan *_* poyo!! Jadi kami ada masa sepetangan untuk melayan Iskandar berendam dalam swimming pool.. Bilik hotel pon quite nice, selesa untuk kami anak beranak, kebetulan plak dapat level bawah skali, bukak sliding door terus nampak pool n my dewan kuliah, sesuai sangat lah tu!!! 

Malam Rabu saya start kursus dengan hati yang tenang sebab tak berjauhan dari suami dan anak.. dan en suami mengambil tanggungjawab menjaga n melayan Iskandar, oklah bukan susah pon Izz dah besar n tahu apa yg dia nak, layan kan aje lah, cuma sabar or kurang sabar je lah... Acara wajib setiap hari adalah bawak Izz masuk swimming pool dan main game kat game room..


Hari last kursus, habis tengahari.. Lepas Izz done with his routine (swimming lah) kami bertolak ke East Coast Mall di bandar Kuantan.. Owhh saya extend satu malam, kata cuti2 Malaysia kan.. Cari-cari benda menarik tapi kat KL lagi best kot nk shopping, pastu ke acara wajib if datang kuantan; makan di Tanjung Lumpur!!! Seperti biasa mesti ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai, makan sotong goreng n ikan aji bakar, marvelous!!! On the way back, singgah kedai mainan plak (nampak jek mummy ni!!) belikan Izz superbike yang boleh gerak sendiri tu, kat KL harga lebih kurang RM200, kat Kuantan dapat RM150, oklah hadiah pre birthday Izz, hehe... Pastu terus pulang ke Legend Resort, kebetulan Christmas eve, so ramai jugak orang, siap ada sexxy santarinas n santa clous yang gendut, hehehe.. Kami tak layan, terus masuk bilik, tido lagi best!!!!

Hari Sabtu, lepas bercanda di pasiran pantai n again lepas Izz berendam, terus pulang ke pangkal jalan, hehehe balik Shah Alam dulu, lepak2 umah in law n bawak Izz main bike baru dia kat taman Shah Alam.. Midnite baru balik Keramat, so hari Ahad kami di atas katil sahaja!!!

Owhhh ada something yang terlupa nak cerita, Khamis malam tu my class habis lambat sebab nak prepare presentation esoknya, adalah dalam kul 1 pagi jugak baru balik bilik.. Masuk bilik ada buah2 atas meja dan ada ubat tahan sakit untuk Izz so saya dah sangat suspicious, bila pulak Izz ni ke klinik, tanya hubby apa dah jadi.. Rupanya masa saya ke class, hubby bawak Izz main game, tengah syok2 main Izz menjerit sakit, jari telunjuk dia tersepit kat mesin tu, tempat return coins tu, nampak macam tak bahaya tapi tak selamat jugak mesin tu rupanya.. Bila Izz tarik tangan dia, jari makin tersepit (hmmm susah lah nak explain macammana!!)  so hubby mintak tolong orang hotel untuk keluarkan jari Izz tu n bila dah keluarkan jari dia macam nak patah so terus diorang hantar ke klinik.. Sampai klinik, doktor kata takde apa2 sebab kat jari yang tersepit tu takde tulang, nasib baik lah!!! So doktor cuma kasi ubat tahan sakit je.. Jari Izz ok cuma melecet sikit je...

Berderu darah bila dengar hubby cerita, risau je jari dia patah ke hapa.. Tapi seriously, saya sangat salute ngan hubby sebab dia tak mengelabah pon, takde pon call saya dalam class cakap pape, bila saya smsed dia bagtau i might be late pon dia reply ok je.. Alasan dia sebab nak saya concentrate on my class n i'm here not for suka2, kerajaan bayar saya untuk berkursus bukan untuk jaga anak!!!! fuhhhh...

Alhamdulillah everything went smoothly, kursus selesai, bercuti dengan family pon menyeronokkan, cuaca pon sangat baik walaupon ikut logik time tengkujuh ni, area pantai timur hujan memanjang tapi 4 hari kat sana cuma hari ke2 je yang hujun turun, hari lain semua just nice... And the best part adalah, masa saya nak bayar untuk check out one night yang saya extend tu, cashier hotel bagitau semua dah selesai, so saya tak tau la kami dapat bilik free sebab tangan Izz tersepit (tak rase nak sue pon hotel tu sebab nothing bad happen to jari Izz) or sebab dah dikira dalam pakej kursus saya tu, walau apa pon, thanks The Legend Resort Cherating, tempat yang best n rockss untuk bercuti, hehehe i promote FOC ok!!!

Ok, jom layan gambar...
 
aktiviti wajib 2 beranak ni adalah berendam dalam kolam, hujan pon belasah!!!
breakfast yang enak dan banyak pilihan makanan..
the only gambar mummy sepanjang bercuti di Cherating.. oklah Izz cuti ngan abah je, mummy kena keje kan!!!
jalan-jalan tepi pantai sambil posing tengok awek sexy.. izz sunburn ye sebab mummy lupa nak bawak sun block, haishhh!!!
acara menagkap ketam comel.. beria plak si izz ni
hello mr krab!!!
goll!!!! main ball plak n abah sangat over!!!
teka tapak kaki siapa ini??
makan nasi ayam di The Chicken Rice Shop, East Coast Mall Kuantan.. personally saya rase tak berbaloi makan kat the chicken rice shop ni sebab agak mahal lah, best lagi makan kat Nasi Ayam Pak Mal, Seksyen 11, Shah Alam (promote tuh!!) but no offend ye!!
acara mengelap lantai mall, izz boring tunggu abah window shopping ni!!
acara yang ditunggu2, makan di Tanjung Lumpur.. I think kena buat entry khas untuk restoran ni, memang terbaekk!!!
customer tak ramai so kami dapat pilih sotong n ikan yang super lazat, hehehe.. yang penting murah dan sedap!!!
izz's new posing style, nak jadi ultraman tapi sebutnya peace jugak, confius lah!!!
izz dan cat, cute kan??

Ok, itu saje.. more picture di FB.. Daaa

Luv,
 

No comments: