28.12.10

Berkursus di Cherating

Tajuk sebenar adalah bercuti-cuti Malaysia di Cherating, hehehe...

Last week, saya telah diarahkan untuk berkursus Projek Management di The Legend Resort, Cherating.. Dan disebabkan mood cuti yang membuak-buak, saya telah berjaya memujuk en. suami untuk meneman menjaga Iskandar saya di sana walaupon cuti beliau untuk tahun 2010 telah habis sama sekali, hohoho

Kami sampai agak awal, well biasa lah saya memang orang yag mengikut peraturan *_* poyo!! Jadi kami ada masa sepetangan untuk melayan Iskandar berendam dalam swimming pool.. Bilik hotel pon quite nice, selesa untuk kami anak beranak, kebetulan plak dapat level bawah skali, bukak sliding door terus nampak pool n my dewan kuliah, sesuai sangat lah tu!!! 

Malam Rabu saya start kursus dengan hati yang tenang sebab tak berjauhan dari suami dan anak.. dan en suami mengambil tanggungjawab menjaga n melayan Iskandar, oklah bukan susah pon Izz dah besar n tahu apa yg dia nak, layan kan aje lah, cuma sabar or kurang sabar je lah... Acara wajib setiap hari adalah bawak Izz masuk swimming pool dan main game kat game room..


Hari last kursus, habis tengahari.. Lepas Izz done with his routine (swimming lah) kami bertolak ke East Coast Mall di bandar Kuantan.. Owhh saya extend satu malam, kata cuti2 Malaysia kan.. Cari-cari benda menarik tapi kat KL lagi best kot nk shopping, pastu ke acara wajib if datang kuantan; makan di Tanjung Lumpur!!! Seperti biasa mesti ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai, makan sotong goreng n ikan aji bakar, marvelous!!! On the way back, singgah kedai mainan plak (nampak jek mummy ni!!) belikan Izz superbike yang boleh gerak sendiri tu, kat KL harga lebih kurang RM200, kat Kuantan dapat RM150, oklah hadiah pre birthday Izz, hehe... Pastu terus pulang ke Legend Resort, kebetulan Christmas eve, so ramai jugak orang, siap ada sexxy santarinas n santa clous yang gendut, hehehe.. Kami tak layan, terus masuk bilik, tido lagi best!!!!

Hari Sabtu, lepas bercanda di pasiran pantai n again lepas Izz berendam, terus pulang ke pangkal jalan, hehehe balik Shah Alam dulu, lepak2 umah in law n bawak Izz main bike baru dia kat taman Shah Alam.. Midnite baru balik Keramat, so hari Ahad kami di atas katil sahaja!!!

Owhhh ada something yang terlupa nak cerita, Khamis malam tu my class habis lambat sebab nak prepare presentation esoknya, adalah dalam kul 1 pagi jugak baru balik bilik.. Masuk bilik ada buah2 atas meja dan ada ubat tahan sakit untuk Izz so saya dah sangat suspicious, bila pulak Izz ni ke klinik, tanya hubby apa dah jadi.. Rupanya masa saya ke class, hubby bawak Izz main game, tengah syok2 main Izz menjerit sakit, jari telunjuk dia tersepit kat mesin tu, tempat return coins tu, nampak macam tak bahaya tapi tak selamat jugak mesin tu rupanya.. Bila Izz tarik tangan dia, jari makin tersepit (hmmm susah lah nak explain macammana!!)  so hubby mintak tolong orang hotel untuk keluarkan jari Izz tu n bila dah keluarkan jari dia macam nak patah so terus diorang hantar ke klinik.. Sampai klinik, doktor kata takde apa2 sebab kat jari yang tersepit tu takde tulang, nasib baik lah!!! So doktor cuma kasi ubat tahan sakit je.. Jari Izz ok cuma melecet sikit je...

Berderu darah bila dengar hubby cerita, risau je jari dia patah ke hapa.. Tapi seriously, saya sangat salute ngan hubby sebab dia tak mengelabah pon, takde pon call saya dalam class cakap pape, bila saya smsed dia bagtau i might be late pon dia reply ok je.. Alasan dia sebab nak saya concentrate on my class n i'm here not for suka2, kerajaan bayar saya untuk berkursus bukan untuk jaga anak!!!! fuhhhh...

Alhamdulillah everything went smoothly, kursus selesai, bercuti dengan family pon menyeronokkan, cuaca pon sangat baik walaupon ikut logik time tengkujuh ni, area pantai timur hujan memanjang tapi 4 hari kat sana cuma hari ke2 je yang hujun turun, hari lain semua just nice... And the best part adalah, masa saya nak bayar untuk check out one night yang saya extend tu, cashier hotel bagitau semua dah selesai, so saya tak tau la kami dapat bilik free sebab tangan Izz tersepit (tak rase nak sue pon hotel tu sebab nothing bad happen to jari Izz) or sebab dah dikira dalam pakej kursus saya tu, walau apa pon, thanks The Legend Resort Cherating, tempat yang best n rockss untuk bercuti, hehehe i promote FOC ok!!!

Ok, jom layan gambar...
 
aktiviti wajib 2 beranak ni adalah berendam dalam kolam, hujan pon belasah!!!
breakfast yang enak dan banyak pilihan makanan..
the only gambar mummy sepanjang bercuti di Cherating.. oklah Izz cuti ngan abah je, mummy kena keje kan!!!
jalan-jalan tepi pantai sambil posing tengok awek sexy.. izz sunburn ye sebab mummy lupa nak bawak sun block, haishhh!!!
acara menagkap ketam comel.. beria plak si izz ni
hello mr krab!!!
goll!!!! main ball plak n abah sangat over!!!
teka tapak kaki siapa ini??
makan nasi ayam di The Chicken Rice Shop, East Coast Mall Kuantan.. personally saya rase tak berbaloi makan kat the chicken rice shop ni sebab agak mahal lah, best lagi makan kat Nasi Ayam Pak Mal, Seksyen 11, Shah Alam (promote tuh!!) but no offend ye!!
acara mengelap lantai mall, izz boring tunggu abah window shopping ni!!
acara yang ditunggu2, makan di Tanjung Lumpur.. I think kena buat entry khas untuk restoran ni, memang terbaekk!!!
customer tak ramai so kami dapat pilih sotong n ikan yang super lazat, hehehe.. yang penting murah dan sedap!!!
izz's new posing style, nak jadi ultraman tapi sebutnya peace jugak, confius lah!!!
izz dan cat, cute kan??

Ok, itu saje.. more picture di FB.. Daaa

Luv,
 

21.12.10

Ahad yang SIMPLE!!

19.12.2010 (Ahad)

Semua bangun lambat, hehe!! actually Izz bangun dulu tapi bila dia kejut mummy n abah dia, masing2 buat tak tau jek n taknak bangun so Izz pon sambung tido balik ^__^

Mummy bangun n start buat kerja rumah, menyapu n mengemop to be exact, biasalah kan tugas rutin time hujung minggu.. Half n hour later Izz pon bangun tapi sebab mummy tak siap buat keje rumah so abah bawak Izz makan roti canai kat kedai atas condo kami supaya si comel Izz tak mengacau mummy dia..

Lepas settle semua kerja, mummy start memasak, lauk simple je; nasi putih, tomyam seafood, broccoli with eggs dan ikan goreng.. Lepas zohor n lunch, kami melepak depan tv je sampai la Izz tertido..

Tengok mummy Izz yang keboringan, abah ajak ke Great Eastern Mall.. Lepas Izz bangun n solat Asar semua kami gerak ke GE Mall.. Memula masuk Pet Wonderland, tengok fish n cat.. Pastu terus ke Kids Funland, lepaskan Izz kat situ, kasi dia main puas2 n kebetulan tak ramai orang so Izz dengan happynya berlari ke sana ke mari, lompat2 n main slide semua.. mummy n abah melepak je lah sambil tengok2 kan Izz... Bila ajak balik, asyik jawab "nanak" je sampai pening kepala mummy tapi abah baik, kasi je anak dia main..
Izz swimming dalam pool penuh ball
slide!!!
swimming lagi!!
slide comel!!
aksi memanjat pulak!!!
Bila funland tu dah nak tutup baru lah kami keluar tu pon lepas abah pujuk2 Izz ajak mamam (makan).. Memula nak dinner kt Alexis tapi sebab belum gajikan hehehe sebab taknak makan berat2 so kami decided nak makan kat Deli France tapi bila nampak booth 1909 abah change mind plak nak makan hotdog sebab 19 hb harga hotdog 1909 cuma RM1.90.. Suka ati lah, kami ikut je... Before balik sempat lagi belikan Izz cat yang comel, nak bela yang hidup punya memang tak la kan so artificial pon boleh lah..

Lepas tu beli susu Izz kat Setiawangsa, makan lagi!!! n terus balik rumah.. Sekian cerita kami yang simple, hehehe!!!

Owhhh, happy birthday to kakak Niena yang pweety!!! We love u

Luv,
 

16.12.10

Kursus di Sepang

Hola, salam 10 muharram semua!!

Bersiaran dari hmmm apa nama bilik ni ntah, dewan di Hotel Empress.. Saya dipaksa berkursus utk penyediaan kertas jemaah menteri dan jawapan kabinet, memang takde kena mengena lansung ngan my tugas as project manager, erkk ada sikit lah tapi alasan yg sekretariat bagi adalah sebab saya je ketua unit yang available minggu ni, yang lain semua keluar outstation, sabar je lah!!!

Malam tadi takde kelas so saya balik la rumah walaupon bilik disediakan, pagi tadi gerak dlm kul 6.45 n sampai lebih kurang kul 7.45, drv sendiri ye!! Jauh jugak tapi sebab keta tak banyak so laju je lah, dapatla sampai cepat.. Hopefully malam ni pon takde kelas bolehla balik lagi, hehe kesian kan tinggal anak ^__^

Ok, nak concentrate ni, nnt sape nak mintak tolong buat paper kabinet, I charge fee ye, hehe.

Luv,

9.12.10

Movie : Rapunzel - A Tangled Tale

Yeayyy I finally got a chance to watch Rapunzel!!! and Iskandar behaved so well through out the movie, double yeayyyy!!! 

Last night we watched Rapunzel at MBO Galaxy, we're late so no dinner before the movie but we bought some popcorn, maruku, drinks and other stuffs to shut Iskandar's mouth up, hahaha.. and it's work ^__^ he did enjoy the colourful movie himself.. no movement at all, well yes, from his seat into my lap only..

When the scene of lanterns at the sky, he saying "cantiknya!!!" and asked me "pe tu?" every time Maximus the Horse appeared at the screen and penatlah mummy menjawab "horse" banyak2 kali... A few times he yawn but he refused to sleep walaupon susu habis sebotol, eyes still glued at the screen..


How was the movie? Awesome!!! the animation was superb.. The storyline was simple enough for kids to enjoy and yet it also had some really funny punchlines for adults to keep entertained.. It have everything in it such as humor, sadness, love and so on.. But don't put your hope so high on humor, after all it is a fairy tale movie so you will more or less what to expect at the end of the movie..

Synopsis; After receiving the healing power from a magical flower, the baby Princess Rapunzel is kidnapped from the palace in the middle of the night bt Mother Gothel.. Mother Gothel knows that the flower's magical flower are now growing within the Rapunzel's golden hair, and to stay young, she must lock Rapunzel in her hidden tower.. Rapunzel is now a teenager and her hair has grown to a length of 70 feet.. The beautiful Rapunzel has been in the tower for her entire life are curious of the outside world.. One day, the bandit Flynn Ryder scales the tower and is taken captive by Rapunzel. Rapunzel strikes a deal with the charming thief to act as her guide to travel to the place where the floating lights come from that she has seen every year on her birthday.. Rapunzel is about to have the most exciting and magnificent journey of her life.. source from here
So adorable; her long golden hair, her big green eyes, her amazing voice and she's good with a frying pan - but not in the way you think..
Floating lanterns
Charming thief.. "they can't get my nose right there"
Maximus the Horse; a real hero!! hehe
If you have the time, chill out and go watch Rapunzel!!! it's fun ^___^

Luv,
 

8.12.10

Piala Suzuki AFF : Malaysia masuk separuh akhir

Ohhh nooo saya bukan pengulas sukan, especially bola okeh!!!!

Last night, masa saya tengah best layan Betty kat tv tetiba hubby kept mumbling "tak patriotik la u ni" "tengok Malaysia lawan bola lah" n bla bla bla... After a few minutes, saya tak tahan dah pastu pass la remote kat dia, selagi tak tukar channel selagi tu lah modal tak patriotik tu dia gunakan... Nak guna laptop, si kecik pulak conquer tengok video mickey club house, barney n dibo sambil joget2.. So nak tak nak saya pon layan la bola sekali.. 

Hmm saya tak pandai nak comment banyak bab bola ni tapi saya sangat menyokong team Malaysia.. Baru saya tau yang Malaysia kena menang lawan ngan Laos dan Thailand kena kalah ngan Indonesia baru team Malaysia boleh masuk separuh akhir.. Sebelum ni Malaysia dah kalah ngan Indonesia dan seri ngan Thailand.. 

Tapi tengok bola ni agak boring sebab kena menengok semua orang mengejar bola yang satu, dah sampai depan gol tapi tak masuk plak, tension jek.. Bila tanya hubby dia bagitau lagi 45 mins nak abis so saya give up, tido lagi bagus.. Izz sambung tengok bola ngan abah dia, tak abis2 jerit gol, macam la faham sangat.. Masa saya masuk bilik, gol 1-1 sama.. Saya bagitau hubby if Malaysia menang pon tak tentu masuk separuh akhir sebab Indon mesti pakat ngan Thailand, hehehe sangat negatif saya ni!!! 

Saya pon terus zzzzz, sedar2 hubby masuk bilik bagitau Malaysia menang 5-1 ngan Laos n Indon menang 2-1 ngan Thailand.. Maknanya Malaysia masuk separuh akhir, wahhh kagum sekejap pastu sambung tido hahahaha!!!

Hebat lah team Malaysia!!! n thank u to team Indon sebab menang so Malaysia ada peluang, hehehe...

Luv,
 

2.12.10

First Experiance of Tengok Wayang with 23 months old toddler!!

Happy 23 months birthday to my little sunshine!!! Sebulan lagi before his turning 2 years, sob sob sob T___T 

Secara tidak sengaja, we celebrated his 23 months milestone dengan membawa si comel Izz tengok wayang, hahaha sangat tak senonoh kan!! baik bawak gi library ke muzium ke, erkk apakah?? teehee 

Well, memandangkan saya sangat craving untuk tengok wayang so hubby decided untuk bawak both of me and Izz sebab bibik dian dah balik kampung so takde orang nak babysitkan Izz.. Kami ke MBO Galaxy dengan harapan tak ramai orang but we're totally wrong sebab orang sangat ramai maybe sebab hari rabu tiket murah and maybe sebab tengah school holiday so ramai parents bawak their kids ke wayang..

Saya pilih nak tengok Rapunzel sebab ini first time bawak Izz kan, so kena lah pilih movie kartun, yang ada binatang2 semua tapi sold out plak, cehhhh!! if nak kena tunggu next tayang kul 10.45, masa tu dalam kul 8.00 so saya cakap cancel je lah, kita balik rumah.. Tapi since dah ada kat situ so hubby suggested untuk tengok Harry Porter (dia memang dah lame nak tengok ni), walaupon saya rase Izz takkan bertahan lama sebab cerita Harry Porter tu kan malap jek, mesti budak2 boring and saya pon tak boleh nak tunjuk scene2 yang menarik kt Izz tapi kami redah je... cuma rulenya if Izz dah start merengek2 kita balik terus.. 

Before masuk wayang, bagi Izz makan kenyang2 dulu.. After that belikan dia junkfood (hehehe kids love junkfood kan!! rasuah nak kasi dia behave).. Bila dah masuk n duduk kat seat, dia pon sibuk nak duduk sendiri, dah la dia tak cukup berat supaya kerusi tu tak terlipat, so abah dia kena lah pegang kerusi tu sentiasa..

First 15 minutes, Izz sangat behave, duduk diam, mata kat screen n mulut menguyah snek roller coster.. Lepas tu, disaster!!! hehe not that bad lah.. Dia start nak jalan2, main seat, duduk kat lantai kutip snek yang jatuh, mintak air lah, tunjuk macam2 supaya kita jawap apa tu, pukul mummy n abah bila tak layan dia.. Macam2 saya buat suruh dia diam, cakap "diam Izz, ada baby sleep" pastu dia plak letak jari kat mulut and buat bunyi shoooo suruh diam.. Last option, bagi dia susu, diam la sekejap pastu sambung main lagi.. Rasenya mesti orang kat sekeliling tu tension jek ngan kami hehehe.. 

About 45 mins later, Izz dah start mengantuk so sumbat susu n tepuk2 terus dia zzzz.. perghh kalau dari mula macam ni kan bagus, baru lah mummy boleh concentrate ngan movie.. Kesimpulannya, takde lah susah sangat nak handle Izz dalam wayang cuma kena ada taktik yang berkesan..
izz tido, mummy n abah tgk movie
masa beli tiket
 Few tips for mommies out there;
  1. pilih wayang yang tak crowded.. supaya anak dapat duduk seat free sebelah anda
  2. pilih cerita yang menarik..
  3. bagi makan kenyang2 dulu..
  4. sediakan susu..
  5. bagi dia snek/popcorn untuk makan or main2.. rasuah supaya diam
  6. pilih tayangan masa waktu tido anak.. only if anak tak cranky bila nak tido
  7. pastikan anda mempunyai kesabaran tahap dewata raya!!!
Misi tengok wayang with Izz = berjaya!!! *__*


Luv,