8.11.10

Kapal Selam, Gayana Eco Resort, Mount Kinabalu and other merepek things

Salam..

After a few days meninggalkan anak n suami untuk bertugas di luar kawasan, serta mengabaikan belog ini, I'm back untuk membebel dengan panjang lebar, hahahaha confirm semua tak sanggup *_*

Atas tuntutan kerja, saya ke KK dan Sandakan untuk mencari sesuap nasi T_T
Misi utama untuk mengiringi lawatan orang2 besar Kerajaan, misi2 sampingan adalah makan seafood tak hingat dunia n shopping di pasar, night market serta tempat2 lain, hua hua hua

First day, lawatan di Markas Angkatan Kapal Selam.. Merasalah saya untuk masuk ke dalam kapal selam KD Tun Razak.. KD TAR tengah maintenance so tak boleh kacau.. Dengan heels 3 inci itu, saya berjaya naik dan turun tangga dalam kapal selam walaupun Dato' Panglima tak percaya dengan kebolehanku itu, hehe tapi saya mengaku saya degil kerana tidak mengikut SOP yang ditetapkan.. 

Kapal selam sangat kecik dan sempit, tak dapat nak membayangkan macammana all the submariners tahan duduk tempat sempit macam tu, dah la takde cermin untuk tengok keluar ye, so lupakan lah imaginasi anda mengenai kapal selam yang ada cermin untuk melihat ikan2 berenang2 di sekeliling anda ketika di dalam laut, dalam cerita kartun boleh lah..  
kapal selam boleh menyelam
KD Tun Razak
Second day, aktiviti melompat di pulau (island hoping).. Antara pulau yang sempat dilompat adalah gayana eco resort, pulau gaya.. Pulau ni exclusive area, orang awam tak boleh masuk.. Chalet sangat cantik dan mahal, untuk chalet biasa semalam harganya RM1,200, chalet VVIP RM4,000 semalam.. Banyak benda lain boleh buat ngan duit banyak tu!!!

Kat sini juga ada Marine Ecology Research Centre, tempat pemuliharaan untuk giant clam dan coral, sesiapa yg berminat boleh get the details from here Banyak aktiviti yang boleh dibuat kat sini.. So sesiapa yg berminat tu boleh la start mem'plan' dan menabung dari sekarang..
bilik harga RM4,000, view sangat cantik dan boleh terjun terus dalam laut dari balcony n ada private swimming pool di balcony
boleh nampak ikan dari lantai di hall
chalet biasa harga RM1,200 semalam
Marine Ecology Research Centre
starfish warna biru
ikan belut yang aneh
ikan yang pelik
Third day, kami terbang ke Sandakan untuk melawat projek disana pula, kebetulan tengah by election di Batu Sapi, tapi saya bukan pengundi hantu ye!!! 

Kalau melawat tapak ceritanya sama je lah, jalan keliling under construction site time matahari terpacak atas kepala, malas nak complain nnt korang menyampah plak!! Sampai lah petang, pastu kami patah balik ke KK naik twin otter yang transit sekejap di Kudat sebelum naik MAS untuk pulang ke Semenanjung dengan membawa hasil tangkapan; ketam 3kilo, ikan warna2, daging payau, ikan masin, brooch mutiara dan lain2 lagi...
twin otter yg menyebabkan saya kepekakkan sekejap
airport Kudat yang cute
Begitulah cara saya menghabiskan duit kerajaan hari bekerja minggu lepas, hehehe seronot tapi sangat penat dan sangat rindu pada family ^_^

On the flight dari KK ke Sandakan, saya sempat snap gambar Mount Kinabalu di pagi hari, cantik dan mendamaikan walaupon guna camera compact sahaja, hehe

Dan ini adalah gambar dari dalam twin otter bagi menunjukkan tempat2 penting untuk saya di bandar KK, hahahaha... 


 Luv,
 

2 comments:

dbalkis said...

syok2..melompat2 di sabah..

mama_umar_maryam said...

wahh,bestnyer abiskn duit gomen jln2 sambil keje,keje sikit jekan..hahahah,tp lg best klu blh angkut izz kan